Jom Follow

Jumaat, 4 Mac 2011

Safira Club9; Hong Kong!!!


Bertemu kembali.
Rasa dah lama tak bersama-sama dengan anda semua. 
Harap semuanya sihat.
Harap semuanya ceria.
Harap semuanya semakin berjaya.
Harap semuanya semakin menjadi-jadi meniaga. 
Harap semuanya masih berada dilandasan yang betul menuju puncak. 
Harap semuanya semakin bahagia rumahtangga. 
Harap semuanya semakin besar network.
Harap semuanya semakin melebar dan mendalam network.
Harap semuanya melayakkan diri ke Hong Kong.

apa ni, asyik harap je. mana boleh harap. kena buat, baru dapat. kena usaha baru capai. 3 langkah menuju kejayaan;
1- usaha
2- usaha
3- usaha 

tak ada jalan pintas menuju puncak.


Jam 10am pagi khamis, aku dah ke sini. kena sejarum baru boleh jalan. kalau tak...itulah akibatnya makan tak jaga. main ikut sedap je. sampai hari ini, nak libat lutut pun tak boleh. seksanya bila solat terutamanya nak duduk antara dua sujud.

Makan tengahari kat sini. pekena nasi dengan kari angsa dan puyuh. sukar untuk dilupakan. mau lagi.
Secondhand book shop. terletak Atas Pasar Chowrasta. aku pun tak tahu ada kedai buku sebegini banyak buku. hari rabu ada keluar dalam Kosmo. aku apa lagi. khamis terus ke sini.
Beribu buku ada. pilih mana mahu. harga memang murah. sukar nak dapat kat tempat-tempat lain.
Beberapa buku yang aku beli. Jenuh nak pilih. Lagi cepat, impian aku tercapai. 1000 buah buku untuk tahun 2011. dah ada beberapa kedai yang mesti dikunjungi.
Lepas kedai buku aku ke sini. Rumah siapa? Rumah Dsm Am. Tidur dulu. dapat la 3 jam lebih. buat bekalan.  semalaman aku tak lena. sakit kaki punya pasal. selain itu juga semangat meniaga begitu memuncak selepas kelas di safira club. terbakar sehingga sukar nak lelapkan mata.
Acara semalam. siap ada makan-makan sekali. terbakar habis. fokus hanya pada hong kong. fight hong kong. sikit lagi. mudah nak capai. bawa ramai-ramai pi hong kong. sepatutnya mereka dah bagi tahu semua kawan-kawan dan sedara mara. " aku akan ke Hong Kong bulan jun ini". bila semua orang kita dah war-warkan. kalau tak dapat malu, jadi kita kerja lebih giler sampai dapat tiket. kalau tak malu bro.... kalau perlu buat banner sekali, gantung kat pagar rumah. lagi booom.
Semalam juga, aku berkesempatan berkongsi sedikit ilmu dengan warga akademi taipan utara. sedikit yang aku kongsi, mereka dapat manfaat semaksimum mungkin. meniaga menjadi-jadi dan layak melancong ke Hong Kong bersama-sama Hai-o Marketing.

Antara leader yang hadir, beri sokongan pada rakan niaga masing-masing. happy rakan niaga bila upline turun padang. dapat salam pun dah cukup.


Akademi Taipan 181.
Seminar Kejayaan Dan Kekayaan.
2 hari 1 malam.
Tarikh; 30/4 dan 1/mei
Bayaran; RM250.00
Penceramah; Tuan Hj Hanim dan RM (insyaalah)
Pendaftaran segera. Tempat terhad. Buat pendaftaran dengan CDM masing-masing.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger