bersiap-siap nak gi kelas.
mana boleh jemu.
mana boleh give up.
buat apa yang kita minat/suka.
mana ada semua itu.
apa yang ada hanyalah keseronokan.
kelaslah yang membolehkan aku masih bertahan hingga kini.
kelaslah yang membuatkan aku masih bersemangat berniaga.
kelaslah yang membolehkan aku boleh tatasi segala cabaran yang mendatang.
kelaslah yang membolahkan aku terus bina network lebar dan mendalam.
kelas bukan sekadar kelas. tapi dikelas kita boleh bertemu dengan leader/orang-orang yang dah berjaya. kita boleh berkongsi dengan mereka. mereka boleh suntik semangat pada kita. mereka boleh berkongsi laluan menuju puncak. bukan mudah. bukan senang nak capai tahap mereka sekarang. perlukan masa. perlukan wang. perlukan pengorbanan banyak pihak. upline,rakan niaga, pasangan, anak-anak dan orang tua. paling penting cuping telinga kena tebal. muka pun kena tebal. tak payah peduli dengan mereka-mereka yang menyakat dan tak suka kita berjaya. bila mereka kongsi kejayaan dengan kita, biarlah ada perasaan nak capai seperti mereka. nak jadi seperti mereka.
buang sikap.
'aku dah tahu'.
'aku dah biasa dengar.'
'orang sama je bercakap'
'cite benda sama'.
dah biasa dengar bukan soalnya tapi mesti mahir. mesti cekap. mana tahu suatu hari nanti kita pulak yang bercakap kat depan. kalau bukan kat situ, kat kelas yang kita buat sendiri.
aku hairan.
aku pelik.
nak berjaya tapi jarang-jarang nampak kat kelas-kelas.
nak jadi cdm tapi kelas jarang hadir, kalau hadir pun bila ada prospek.
nak income 5 angka, tak suka hadir kelas.
matlamat dah ada. matlamat dah nampak. matlamat dah jelas. action yang belum. kalau dah buat mungkin perlu ubah cara atau strategi. kelas jangan ponteng.
akhir-akhir ini, tabiat negatif ini lebih ketara. jom berubah. jom bangkit kembali. alasan kita tolak ketepi. bila berjaya,baru kita pikir alasan. sekarang fokus. capai matlamat lagi penting.
kelas kat USJ, Taipan. dah 7,8 tahun berjalan. dari bilik kecil hingga bilik besar. dari 1 bilik kepada 3 bilik. dari 1 tingkat, kini 3 tingkat. semakin besar. semakin luas. semakin ramai boleh muat. sape nak isi. kitalah yang kena isi. kita kena bawa rakan niaga. meniaga ratus ribu, kini meniaga juta-juta. dulu tak ramai pakai kereta mewah. kini dah biasa kereta mewah. dulu boleh.kini lagi boleh. produk dulu sikit. kini lagi banyak. makin meluas penggunaan. majlis ilmu dulu tak banyak, kini tiap-tiap minggu ada. asalkan diri yang nak. jadi kalau gagal, diri sendirilah yang salah. tak payah cakap kena tipu. oleh orang, syarikat. padahal kena tipu oleh diri sendiri. malas nak gi kelas. tak buat sharing. malas penyebabnya. zone selesa telah ikat kejap. tak berani keluar lagi dari zon selesa. kalau tak puas hati dengan penaja, cari upline atas lagi. ramai lagi yang bersedia membantu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan