Jom Follow

Isnin, 28 Mac 2011

Penipuan Skim Cepat Kaya.


Apa khabar semua.
Harap semua sihat dan semakin menjadi-jadi meniaga.
Semakin mudah dapat prospek.
Semakin berani tegur stranger, dah tak malu-malu lagi.
Semakin mudah closing, dah tahu bila nak buka cite.
Semakin mahir cite MP, semakin hebat. terpikat/terpegun bila prospek dengar.

Berita hari ini, mungkin ada yang terkejut dan marah. ada yang terkedu. ada yang terduduk. ada yang dah tak jadi masuk, kita punya syarikat. berita pasal ditipu oleh syarikat MLM. sampai RM 50 juta. ada yang jual harta semata-mata nak masuk. bagi aku itu bukan meniaga. itu pelaburan. ada yang masuk sampai RM200K. pemberita tak boleh tulis syarikat mlm. tulisla pelaburan. dok gitu. kesianla orang yang cari makan melalui perniagaan mlm yang betul. sedikit sebanyak pasti terjejas. nak kena jelaskan pada rakan niaga baru dan prospek.

yang masuk pun satu hal. tak study dulu ke. main masuk je. main bubuh duit. main ajak je.  bila dah jadi lagu ni, mula lah kalut. lebih baik kalut dulu, senang kemudian. mlm mesti dapat income setiap bulan, kalau ada jualan. kalau masuk dan tunggu dapat pulangan. itu sah-sah pelaburan. pulangan pulak mencecah 60%. besar gile tu. tak ada dalam dunia, pulangan sebanyak itu, kecualilah skim cepat kaya. mengalahkan waren buffet. hebatnya tokey tu. kalau betul mesti PNB sapu dulu. KWSP mesti melabur. Tabung Haji pun tak dok diam, mesti melabur punya. Boleh bagi dividen lebih besar pada pencarum. Boleh percaya ke ada lombong berlian di Kanada dan kilang pemprosesan di China. kaya benar syarikat tu.

nak cepat kaya. nak kaya dengan mudah. nak kaya dengan goyang kaki. sorry bro. tak ada dalam dunia ni, kecualilah datuk nenek kita dah kaya raya dan wasiatkan kepada kita berjuta-juta ringgit. nak kaya kena kerja keras. MLM pun kena kerja kuat. kena tekun bekerja. kena ambil masa juga. kena buat itu, kena buat ini. dah 10 tahun aku berada dalam dunia MLM. syarikat yang aku bernaung pun dah cecah 18 tahun. tak ada masalah.  masih bertahan. masih teguh berdiri. masih berniaga. masih boleh buat duit. masih boleh buat harta, bertahan dan buat. kalau jenis tak paham konsep MLM tu lain la. mereka ingat masuk dan dapat duit bulan-bulan.

jom. mari ikut aku. mari join aku. masuk apa yang aku dok buat. meniaga bersama aku.  akademi taipan akan bimbing. akademi taipan akan ajar. akademi taipan akan jayakan anda.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger