Sekali lagi Hai-o Marketing, hantar pengedarnya menunaikan Umrah.
Kali ini hampir 200 jemaah.
Semalam dan hari ini berangkat.
Sempat juga aku dan CDM Dzulfauzillah ke sana.
Bertemu dengan mereka.
Wajah-wajah ceria.
Wajah-wajah happy.
Wajah-wajah manis.
Dapat mengerjakan Umrah.
Ziarah Masjid Nabawi dan Makam Rasullulah.
Bersolat di Masjidil Haram.
Tawaf, Sai, minum air zam-zam sepuas-puasnya dan mengucup Hajarul Aswad.
ada kali pertama.
ada dah kali kedua.
ada kali ketiga.
kali keempat pun ada.
Suasana semasa check in petang tadi.
DSM Haji Razi.
DDM Pah dan suami serta CDM Siti Rohani.
CDM Jalilah.
DDM Safuan.
DSM Bahar.
DDM Bahrin dan DSM Cikgu Talib.
DSM Dolhan dari Betong Sarawak. DSM Arsyad dari Sabah.
DDM Ustaz Yusni.
2 pergi Umrah. 2 lagi tinggal. CDM Mariam dan DDM Zarina. CDM Hasmidar dan CDM Nuri.
DDM Norkamisah bersama suami, mengerjakan Umrah. Rasanya ini pertama kali.
CDM Fitri. Dah 2 kali mengerjakan Umrah bersama hai-o.
DDM Rizal. Balik nanti dah jadi CDM dah kot. sikit lagi tu..
Dsm Rahim.
Warga Akademi Taipan dari Sabah yang telah melayakkan diri mengerjakan Umrah bersama syarikat. |
itulah beberapa foto yang sempat aku rakam petang tadi.
aku doakan agar mereka dapat mengerjakan Umrah dengan sempurna.
Umrah kali ini, pergi dengan Ash-har Travel & Tours Sdn Bhd.
harap servisnya baik dan sempurna.
sayu juga aku. rugi rasanya tak pergi. nampak-nampak lambaian Kaabah.
teringat-ingat solat di Masjidil Haram, depan Kaabah.
dah rancang nak ke sana, bulan Ramadhan nanti.
2/12/2010 aku baru balik mengerjakan Haji.
Ya Allah pilihlah aku ke sana bulan Ramadhan nanti.
mudahkanlah perjalanan rakan-rakan kami menuju keredhaan Mu.
Mudahkan segala urusan kaum keluarga mereka di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan