pagi tadi, tertanya-tanya pada diri.
adakah aku masih ghairah berniaga.
adakah aku masih lagi bersemangat.
adakah aku ini sungguh-sungguh meniaga.
adakah aku ini betul-betul mahu meniaga.
adakah aku ini betul-betul mahu ubah hidup.
adakah aku ini betul-betul mahu kaya.
adakah aku masih dalam meniaga.
adakah aku khayal je meniaga.
kerana aku longlai nak ke kelas.
berat melangkah ke stokis.
terlalu berat nak keluar demo.
malas nak tambah senarai nama.
meluat dengan sms motivasi upline.
kenapa?
dah puas dengan apa yang ada.
dah puas dengan apa yang dah dimiliki.
dah cukup dengan aset yang dah ada.
belum cukup.
belum selesa.
belum senang.
belum hantar orang tua ke Mekah.
belum bina rumah buat orang tua.
belum mampu bina masjid.
belum mampu bina rumah orang tua dan anak-anak yatim.
jadilah seperti awal-awal meniaga.
momentun maksimum.
semangat maksimum.
demo maksimum
senarai nama maksimum.
fokus. fokus. fokus
lepas kerja, terus demo.
jauh atau dekat bukan persoalan.
balik lewat pun bukan masalah.
beratus ribu pv sebulan.
puluhan prospek jumpa sebulan.
tak penat.
tak letih.
pagi demo.
tengahari demo.
petang demo.
malam demo.
tengahmalam demo.
panas.
rancak.
pantas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan