rabu.
macam biasa. selalunya tak ada kelainan. anak-anak sibuk bersiap nak ke sekolah. masing-masing tunggu kereta. satu ke bangi dan satu ke usj.
tapi pagi tadi, lain macam je. seram sejuk. tapak tangan gatal-gatal je. kata orang rezeki nak masuk. harap-harap masuk banyak-banyak. kalau boleh makan setahun pun tak habis. tak boleh sebanyak itu pun tak apa, asalkan double dari bulan masuk bulan lepas. ada peningkatan. ada naik. ada tambah. bonus masuk kot. semalam, tak masuk lagi. kalau betullah masuk....seronok. happy sakan. tak sabar nak tahu berapa masuk.
setiap bulan, selalu letakkan target. berapa bonus bulan ini. itu dulu-dulu. itu 4,5 tahun masuk. kini tak lagi. insyaalah income mula stabil. janji buat kerja dengan betul dan jujur pada permulaan bina network. berapa sm baru setiap bulan. berapa ssm lahir bulan ini. siapa naik dsm bulan ini. siapa naik ddm dan berapa orang pegang cdm bulan ini. target dah berubah. kena lebih besar lagi. bukan setakat money je, tapi kelahiran leader amat penting. penerus kejayaan.
baru-baru meniaga. duit jadi keutamaan disamping bina dan kukuhkan network. target mesti ada. bulan mac, nak dapat RM15K, berapa BV mesti ada. dari mana BV tu datang. kaki mana? bekerja dengan rakan niaga. rakan niaga pun mesti ada target juga. lagi senang wat kijo, bro. baru kerja kita lebih bermotivasi. kita lebih bertenaga. lebih segar. tak ada istilah 'tok cek kat.'. semakin jelas, semakin mudah capai. semakin terang, semakin sudah kerja. jangan target kabur. susah nak dapat. bawa kereta pun jalan mesti clear, baru boleh drive laju. kalau tak, perlahan je.
matlamat mesti ada dan jelas. bila dah ada, buat perancangan. bertindak ikut perancangan. baru betul. baru capai. baru hebat. kalau tak asyik dok buat matlamat. tapi tak pernah capai. lama-lama tak buat matlamat. main ikut je. berapa dapat ok. dapat sikit pun ok. padahal, berpotensi capai lebih banyak lagi.
banyak buku yang dibaca. kunci kerajinan kerja mesti ada matlamat. matlamat jangka panjang. matlamat jangka pendek. matlamat bulanan. matlamat mingguan. matlamat harian. bertindak hari demi hari, menuju matlamat jangka panjang. ingat tak ada yang mustahil. tak ada yang tak boleh. orang lain boleh, kita pasti boleh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan