Tak sampai sejam naik train. Dah sampai Seremban. Masalah engin pula. Dah lebih 40 minit sangkut kat sini. Kat Kajang tadi pun lewat. Kata jam 11.30 akan sampai tapi lajak jam 12. Esok jam berapa akan sampai.
Kami naik train kelas 1 duduk. Agak selesa tapi kerusinya dah lama. Kurang dijaga. Kalau lama pun. Tukar cover pun dah kira ok. Setakat ini kami diberi air mineral & sekeping kek pisang.
Lagi satu. Kantin ada tapi macam tak ada. Tak ada coach sendiri. Hanya tumpang coach lain. Spacenya kecil sahaja. Makanan ada. Sedapnya boleh tahan. Kami awal-awal dah membedal. Itu yang tahu.
Aku sempat sembang dengan salah seorang pekerja kantin. Kenapa tak ada coach kantin. Dah lama bang. Banyak dah rosak. Kami kerja pun tak selesa..
Kami sepatutnya naik train di kl sentral. Lewat. Takut tak sempat. Terus buat keputusan nail di kajang. Wan Inda yang tolong hantar. Dia tunggu sampai kami naik train...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan