Jom Follow

Jumaat, 14 Disember 2012

Centre Baru. Mantap Beb!

Dah petang. Hampir jam 6. Sejam lagi mahgrib. Baru sempat aku mengadap 'natag' ni. Baru boleh mencatat aku punya aktiviti semalam. Semalam begitu pantas masa bergerak. Tak sempat nak update blog. 

Semalam kami ke Penang. Tak lagi ke Safira Club. Tapi dah masuk pulau. Nama yang tepat, aku tak berapa arif. Semalam baru sampai sana. Tak jauh dari Bayan Baru. Centre baru. Pot baru. Kubu baru. Kami bertolak ke sana jam 5 petang. Sampai sana jam 8.20 malam. Tak sempat ikuti aktiviti solat hajat & bacaan yaasin. Kami terlupa. Biasanya bertola masa begitu, masih sempat sampai. Tapi kelas mula jam 9 malam. Tapi semalam majlis bacaan yasin & solat hajat. Bermula mahgrib. Pecut macamana pun semalam tak sempat juga. Sebelum sampai kawasan rehat Bukit Gantang, PLUS baiki jalan. Slow....

Setelah tiga tahun bertapak di Safira Club. Telah tiba masanya untuk buat satu centre. Nak lebih pantas bergerak. Nak lebih laju menawan Penang. Nak lebih sungguh-sungguh buat. Nak lebih jadi. Nak lebih ramai yang jadi. Nak tutup alasan jauh nak gi kelas. 

Sewa centre vs Safira club, lebih kurang sama je. Jadi mereka telah buat keputusan. Pindah lokasi kelas. Buat penghijrahan. Hijrah bawa horizon baru. Hijrah bikin modal cakap baru. Boleh guna hari-hari. 24 jam pakai. 7 hari seminggu guna. Demo sini. Closing sini.

Lihat wajah mereka semalam. Aku yakin. Keputusan mereka tepat. Bergerak. Cakap. Pikir. 1 macam sahaja. Ikut cakap CDM Fitri je. 

Kat bawah ni aku kongsi foto-foto semalam.
Bincang agenda seterusnya. Agenda 2013. Tahun buat mereka yang gile-gile bekerja.

Agenda makan-makan. Apa yang aku melantak semalam. Gulai daging yang sedap. Sambal belacan yang nyakut. Beehun goreng & Mee goreng semuanya sedap. Bukan setakat pandai berniaga, memasak pun tak kurang hebat juga.

Bersama Irtiza. Pilihan ditangan kita. Nak laju. Nak slow. Nak dan terus nak tanpa diikuti action.

Lama juga aku sembang dengan mereka. Join Hai-O, bukan untuk lihat orang berjaya. Tapi untuk jayakan diri & rakan kongsi. Kaya dan bina kehidupan mewah di Penang. Beli rumah dan aset di Pulau dan bukannya di tanah besar.

CDM Kartini sedang berkongsi idea macamana nak mantapkan lagi perjalanan biz. Perjalanan biz, sekejap naik, sekejap turun dah tak sesuai lagi untuk tahun 2013. Ubah mindset. Kerja sepanjang tahun. Rehat hanya ketika melancong bersama Hai-O sahaj. Lain-lain masa teruskan biz dan jayakan seramai mungkin rakan niaga.

Di sinilah centre baru. Tingkat atas. Pakat-pakat buat kerja, mengecat, cuci. Cantik. Lampu ok. Aircond ok.

Sama tinggi dengan mereka yang tinggi. hihihihihi.

WRY 181. Bawa kami ke Centre baru Penang. Semalam memandu lancar. Tak mengantuk...Apa rahsianya...Tunggu.
15/12 tak leh datang. Jadi Sign awal.

Dengar amanat CDM Kartini.

Fokus dengar amanat CDM Kartini.

Cantiknya jam!!

2013. Tahun gemilang mereka.
Dengar amanat CDM Kartini


Sempat juga kongsi tips dengan CDM Ayu.
Kongsi tips dengan CDM Fitri.
Jam 11.30 malam. Kami bergerak balik. Sampai rumah jam 3.15 pagi. Syukur perjalanan lancar. Tak ada gangguan. 

Buat mereka di Penang. Ayuh bangkit. Tawan Penang 2013.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger