Jom Follow

Sabtu, 22 Disember 2012

Travelog Singapura 6

Belum habis lagi. Masih lagi di Singapura. Hari ke-3. Tak ada agenda khusus. Bangun pagi, solat subuh. Anak-anak sambung tidur. Aku & Mim, apa lagi menapak. Jalan-jalan cari makan. 

Bila anak-anak dah bangun. Makan tengahari. Mana lagi kalau tak di Hj Maimunah. Selepas solat zuhur. Kami buat keputusan pergi ke Singapore Flyer yang terletak di 30 Raffles Avenue. Tak jauh dari Marina Bay. Ketinggiannya 165M. Dapat lihat keindahan Kota Singa dari atas. Boleh lihat sampai Pulau Batam. Tempat banyak tempat-tempat menarik sekitar sini. SkyPark ada. Guna teksi. Tambangnya $12.

Singapore Flyer bukan sekadar naik tu saja tapi pelbagai tarikan terdapat di sini. Tiket dewasa $33 dan kanak-kanak $21. Ini untuk biasa. Sekali putar ambil masa 37 minit.

Ada lagi pakej-pakej lain;
Moet & Chandon champagne flight, $69. 
High Tea Flight. $99 untuk 2 orang. 
Sky Dining Flight. $269++(2 kali putar)
Pandangan dari Singapore Flyer.

Pandangan dari Singapore Flyer. Hujan.

Pandangan dari Singapore Flyer.

Pandangan dari Singapore Flyer.

Pandangan dari Singapore Flyer. SkyPark. Kat situ boleh naik. Tapi kami, nak balik KL baru tahu...
Pandangan dari Singapore Flyer.
Pandangan dari SIngapore Flyer. Cantikkan.
Bukan sekadar cantik. Pergerakannya slow. Sempat lihat Kota Singa. Singapore Flyer dibuka dengan rasmi 11/2/2008. Kos pembinaan $240 juta. 

Di sini bukan sekadar naik tu je. Ada beberapa tarikan lain lagi, seperti Fish Therapy, Be a "Real pilot"-Simulator pilot. Luxurious Car Tour- Ferrari & Lamborgini.
Kapsul 23. Kapsul yang bawa kami .Satu kapsul boleh memuatkan sehingga 20 orang.














Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger