Jom Follow

Rabu, 12 Disember 2012

Merabu Hari Rabu...

Rabu.
12/12/12.
Comel nombor.
Susah nak jumpa.
Mungkin tak akan jumpa.

Aku & Aiman kena gi Imigresen Shah Alam.
Renew Passport Aiman dah tamat tempoh.
Nasib baik, Aiman semak semalam.
Kalau tahu semasa di Imigresen nak keluar Malaysiananti.
Dok ke paroh.
Hujung minggu ini nak ke Singapore.
Bercuti bersama anak-anak.
Dah lama dok nok gi ke Universial Studio.

Tiket keretapi dah ada. Saja nak naik train.
Hotel dah settle, tunggu nak check in.
Cuma tiket Universal Studio belum ada.
Sebelum pergi sana, mesti beli siap-siap.
Tak payah beratur beli tiket.

Dah siap. Dah ambil.
Tunggu 2 jam selepas buat pembayaran.
Tunggu, sambil baca buku.
Syok juga. Dapat lebih kurang 90 minit.
Baca tanpa gangguan. Nama restoran aku tok ingat.
Main masuk je tapi restoran orang kelate, dalam PKNS.
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger