Jom Follow

Jumaat, 21 Disember 2012

Travelog Singapura 4.

Hari ke-2. 
Isnin.
Berada di bumi Singapura.
Agenda kami hari ini USS.

Niat dihati nak bertolak awal.
9.30 pagi dah bergerak.
10 pagi USS dah buka.
Tapi lepas solat subuh, sambung tidur.
Tidur agak lewat. Sembang dengan anak.
Sambil tengok TV.
Terjaga jam 10.15 pagi. 
huhuhuhu.

Kami bertolak ke USS jam 11.20 pagi.
Selepas melantak dulu di Restoran Hj Maimunah.
Ke sana dengan teksi.
Lebih senang dan cepat berbanding naik bas dan MRT.
Tambangnya sekitar $12 sahaja.

Sampai jam 12.20
Terus masuk USS.
Tiket beli awal-awal lagi.
Beli secara online.
Kalau tak jenuh beratur.
Kami tak beli pun pass express.
Orang tak berapa ramai, hari kerja.

USS terletak di Pulau Sentosa.
Dulunya dikenali Pulau Belakang Mati.
Terletak dihujung pulau.
Nak ke sini.
MRT boleh.
Cable car boleh.
Bas boleh.

Universal Studio Singapura ke-2 di Asia selepas Osaka.
Pertama di Asia Tengara. Ikut Keluasannya 29 hektar.
Mula dibina pada 19/4/2008 dan dibuka pada 18/3/2010. 

Tarikan utama Pulau Sentosa ialah Universal Studio.
Ada lagi tarikan-tarikan lain seperti.
Imbiah Lookout: 
Tiger Sky Tower.
Butterfly Park & Insect Kingdom.
Merlion Statue.
Underwater World.
Banyak lagi.
Biasa orang pi ialah USS je.
Tiket masuk USS $79 dewasa $50 kanak-kanak.

USS.
Terdapat 7 zon.
Hollywood.
New York.
Sci-Fi City.
Ancient Egypt.
Madagascar.
Far Far Away.
The Lost World.
Setiap zon ada tarikan tersendiri.

Zon yang kami main:

Tarikan utama Sci-Fi City:
Transformers The Ride.
Battlestar Galactica. Cylon & Human.
( Blue track & Red Track)
Kat sini ada surau.

Ancient Egypt;
Revenge of the Mummy.

Far Far Away;
Shrek 4-D Adventure.

Madagascar;
A crate Adventure.(Baby 2X)

The Lost World ;
Jurassic Park Rapids Adventure.

Dari jam 12.20 masuk.
Kami keluar jam 9.20 malam.
Itu pun main tak habis juga.
Tapi anak-anak puas hati main.
Permainan utama mereka boleh naik.

Paling akhir sekali main.
Transfomers, kali ini tunggu hanya 20 minit.
Nak masuk awal-awal, lama sangat tunggu 80 minit.
Kat bawah ini aku share foto-foto sekitar USS.

Di luar Universal Studio.

Laluan pintu utama.
Seronok bila bersama anak.
Tempat simpan barang..

Add caption
Universal Studio Store. Kat luar je. Malas nak masuk.
Pintu masuk Revenge of the Mummy.
Duel Roller Coasters: Human & Cylon dibuka pada 2011.
Human Coasters Trak Merah.
Roller Coasters Cylon. Trak biru.
Wow! Dapat juga bergambar kat sini.
Syoknya.
Mim bersama Aiman & Baby.
Wow!Bergambar berlatarbelakang Battlestar Galactica. Nampak tu ada track merah & track biru. Aiman & Baby je yang berani naik. Kami.hihihihi Tunggu kat bawah je lah.
Makan nasi dulu. Lepas ini sambung lagi. Oasis Spice Cafe, terlatak di Ancient Egypt.
Tunggu teksi. Aiman yang beratur. Panjangnya boleh tahan. Tapi sekejap je, teksinya banyak.
 Sampai hotel.
Hampir jam 11.30 malam.
Melantak dulu sebelum naik ke bilik.
Kepenatan yang amat.
Tapi semua orang syok dan puas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger