Aku nak kongsi dengan anda semua. Kisahnya ringkas je. Tak panjang mana pun. Tak hebat mana pun. Tapi aku rasa nak kongsi juga. Jangan marah?
Tengahari tadi. Aku ada jumpa dengan aku punya kawan. Aku lepak di Kedai Rejab sambil baca Harakah. Sahabat aku ni datang, duduk semeja dengan aku. Dia rehat dan selalu makan tengahari kat Kedai Rejab.
Aku dan dia ni dah selalu jumpa. Tapi kali ini, sembang kami sikit lain. Bukan pasal hari ini dan esok. Tapi pasal 5 @ 10 tahun akan datang. Gaji masa tu dah boleh agak. Inflasi masa tu dah boleh agak. Kalau harapkan makan gaji, hidup tertekan.
Tak kan nak kerja sampai pencen kot. Mesti buat biz. Saran aku. Apa biz terpulang. Tapi kalau dah ada pengalaman sebagai chef, apa salahnya cuba biz makanan. Banyak yang boleh dibuat. Mula-mula tu kecik2 dulu. Ambil masa untuk besar. Bila besar, boleh buat biz sepenuh masa. Buka restoran. Buat western food. Kuih muih tradisional. Kuih sejuk beku. Catering dan banyak lagi
Dia pun kongsi dengan aku. Adiknya cikgu. Sambil-sambil buat kuih Cek Mek Molek. Hanya ini satu saja yang dia buat. Mula-mula sikit, hantar kat satu opis. Lama sikit, ramai yang kenal. Mulut ke mulut orang promosi. Lepas tu dah kencang orang minta.
Mula-mula usaha, dalam masa 3 bulan dah boleh simpan RM1000. Itu baru permulaan. Bila semakin ramai, ternyata berbaloi, buat usaha selepas balik sekolah. Mungkin bagi setengah orang RM1K tu sikit. Tapi banyak yang boleh buat. Ketika muda-muda nilah nak usaha gile-gile nak kukuhkan ekonomi keluarga. Dapat beli 3,4 buah rumah. 1,2 rumahh kedai. Unit trust ada simpan. Ada pula tanah kebun....
Bila dah ada semua itu, kutip sewa berapa RM dah sebulan. Silap-silap 2,3 kali ganda gaji. Nak berhenti jadi cikgu pun dah boleh.
Kalau balik sekolah, goyang kaki, memang tak dapat apa. Rajin & Tekun amat perlu...
Aku nampak. Peluang buat duit, dari industri makanan. Semua orang makan. 3,4 kali sehari. Buat sedap-sedap. Jangan pikir nak untung saja. Buat seolah-olah diri sendiri yang nak membedal. Mesti tersedap punya kita buat. Nak jual pun, mesti buat tersedap juga. Mahal sikit orang tak kisah, asalkan sedap dan penuhi selera.
Aku hairan. Nak meniaga. Tapi tak sedap. Kalau kedai makan, nasi campur. Kalau ramai yang makan, tapi tak habis. Buatlah sikit kajian kenapa orang makan tak habis. Kita takut kerana lauk pauk kita tak sedap. Belajarlah sikit. Carilah kaedah macamana nak bagi sedap lagi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan