Jom Follow

Isnin, 10 Disember 2012

Malaysia vs Thailand.

Sabtu.
9/12/12.
Layan bola.
Piala AFF Suzuki.
Semifinal pertama.
Malaysia vs Thailand.
Keputusannya 1-1.

Aku, Aiman & Aki.
Masuk Stadium Bukit Jalil.
Tiket beli 5 dewasa.
3 je yang pi Stadium Bukit Jalil.
Mim nak ikut, tapi hujan.

Kami bertolak dari rumah, jam 6.40 petang.
Singgah dulu di 7E, beli dulu baju hujan.
Ketika itu hujan masih renyai-renyai.
Dari rumah, jalan clear. 
Dekat-dekat stadium baru sesak.
Aku parkir tepi jalan.
Senang nak keluar.
Kena menapak jauh sikit tak apa.
Nak balik nanti tak sangkut.
Menapak meredah hujan.
Nasib baik ada baju hujan.
Menapak lebih kurang 15 minit juga.
Sampai-sampai stadium, solat dulu.
Syukur, surau banyak.
Mudah je dapat ruang untuk solat.

Mana nak tuju?
Mana nak masuk?
Mana nak duduk?
Tengok kiri penuh.
Tengok kanan penuh.
Mesti cari sampai dapat.
Masih ada lagi kekosongan.
Dapat belakang gol, ok asalkan dapat.
Clear, spek baru. Dapat di sebelah scoreboard.

Game semalam.
Tak puas sangat.
Kerap kehilangan bola.
Hantaran kurang tepat.
Padang lembab.
Cepat puas hati bila satu gol di depan.
Padahal masa masih panjang.
Tak cukup fit. Kepenatan bila permainan cecah minit ke 80.
Tapi syukur dapat score juga satu gol.

Thailand pula.
Banyak main hantaran pendek.
Kerap serang melalui sayap kiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger