Jom Follow

Selasa, 11 Disember 2012

Cuti Rupa-Rupanya Hari ini.

Ha!ha!ha!. Tak tahu pun hari ini, Selangor cuti. Sampai Library Shah Alam baru aku tahu. Tutup hari ini. Dah tutup, balik rumahla. Sebelum tu, terjah dulu SACC Mall. Singgah MPH. Dah agak lama, aku tak jenguk mana-mana kedai buku. Cari-cari buku. Mana tahu, ada yang terpikat. Akhirnya buku yang aku dok cari-cari tak jumpa. Jumpa buku lain, terpikat. Terus beli. Aiman pula dengan dunia komiknya. 

Hari ini, aku nak hantar buku sekali. Takut lepas dari tarikh penghantarannya. Kalau lewat. Kena denda. Ari tu, aku dah kena denda. Jadi kali ini, malas lagi kena denda. Pinjam dan mesti kena hantar awal. Boleh pinjam buku baru....

Dah beli. Malas nak balik lagi. Masih awal. Baru jam 11.15 pagi. Balik pun tak tahu nak buat apa. Lepak dulu. Baca buku dulu. Palma Cafe. Takkan nak minum saja. Oder juga sup kambing mamak. Dah ada sup. Kena tambah nasi. Melantak juga akhirnya. Ingatkan nak ringan-ringan je kat situ, sambil baca buku. Aiman pulak, pilih sandwich.

Lama juga lepak kat situ. Ralit dengan buku. Isinya simple. Catatan FBnya yang dibukukan. Ringkas. Padat. Menarik. Tak payah perah otak nak paham. Penulisnya orang ada nama. Sape tak kenal. Kalau aku cakap, tentu ramai yang tahu & kenal. Kalau tak kenal, mungkin jenis tak membaca. hihihihi.

Nasrudin Hassan At Tantawi. Ketua Pemuda Pas Malaysia.

Ini buku ke-2 aku miliki seumpama ini. Catatan FB yang dibukukan. Sebelum ini, 'Senyum'. Hasil tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man. Juga tak kurang hebat. Tapi buku ini, lebih ringkas lagi kalau nak dibandingkan dengan tulisan Tuan Ibrahim Tuan Man.

Aku balik. Jam 12.45. Itu pun setelah DSM Siti datang ambil set PB. 

Aku ada lagi, beberapa buah buku yang belum khatam. Mungkin hari ini, akan khatam serentak. Aku baca sikit-sikit. Sekali baca mungkin 2,3 buah serentak. Gilir-gilir. Habiskan serentak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger