Jom Follow

Sabtu, 22 Disember 2012

Travelog Singapura 5.

Bertemu lagi.
Tapi kali ini.
Nak share pasal makan.
Aku jenis suka makan.
Aku pun tak tahu kenapa?
Asyik lapar je. Perut minta diisi.
Tak boleh lama sikit. Nak menguyah.

Stall Putu Piring. Keinginan membeli datang tiba-tiba, bila lihat panjangna orang beratur. Aku dok minum dekat-dekat situ. Setengah jam minum, orang tak putus-putus beratur beli putu piring. Stall ini terletak di Mr Teh Tarik (Onan Rd).
Ini dia putu piring. Memang sedap. Memang patut ramai yang membeli. Empat orang yang buat putu piring ini. 5pcs $2.
Teh Ais...Memang kaw. Biasanya dua gelas baru puas aku minum...$1.20.
Ini pula Milo Dinasour. $1.70. Kat sini Milo Tabur. Biasanya kedai kat sini, jarang guna milo....Kesukaan Aiman & Baby.
Bubur ikan...pun sedap. Bubur dipanas dahulu...sebelum dihidang.
Lontong. Aku tak berapa minat dengan lontong, tapi bila kena lontong ini, masih teringat-ingat. Susahnya nak cari lontong setaraf dengan yang ini.
Sup kambing. Berbezakan dengan sup kambing di kedai mamak. Tulangnya panjang. Isinya lebih banyak, Mangkuk lebih besar. Harganya $4.50. Makan cicah roti. Semangkuk kena makan 2 orang baru habis.
Nasi biryani ayam. Satu orang tak habis...Tak biasa. Kami oder dua pinggang untuk dua orang. Bila tengok nasi. Wow! banyaknya. $8.00. Kena berbagi dengan Aiman. Itu pun masih tersisa.
Goreng-goreng pun ada. Pisang goreng, Sukun goreng, Cempedak goreng.
Garam buluh mana boleh tinggal. Makan macam-macam, bilas dengan GB.

Dalam restoran ini semuanya best-best. Siap jual sambal belacan lagi, setiap hari sabtu. Terdapat tiga restoran hj Maimunah. Jalan Pisang. Joo Chiat Road dan Bencoolen Street.
Paling penting makanannya HALAL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sociable