Jom Follow

Khamis, 20 Disember 2012

Travelog Singapura 2.

Sambung lagi kisah kami . 

Dalam Travelog Singapura 1. Aku dah cite, sampai di Stesen Seremban. Sampai di Seremban, 12.45 pagi. Pada mulanya aku tak syak apa-apa. Bila dah 15 minit masih tak bergerak. Aku turun keretapi. Sempat tanya petugas keretapi. 

"Kenapa?"
"Engin problem, sedang baiki."
"Berapa lama boleh siap."
"Tak lama. Kalau tak boleh, ganti engin lain."
"Ambil kat mana engin?"
"Dari KL."
"Agak-agak pukul berapa bertolak?"
"Jam 3 pagi."

Bukan aku boring. Orang lain pun sama. Penumpang yang tidur je tak ada masalah. Aku& Aiman & Baby. Turun train. Lepak-lepak. Jalan-jalan. Nak tunggu jam 3 pagi lama lagi. Nak tidur, tak mengantuk lagi. Sempat juga cas bateri hp. Mim lena sakan. Nak lepak kat kantin, tak ada kantin.
Baby.

Hampir jam 3 pagi. Sunyi sepi je stesen keretapi Seremban.
Stesen Keretapi Seremban.

Jam 3.15 train bertolak semula. Sepanjang perjalanan lepas itu. Aku tidur je. Aku terjaga lebih kurang jam 6 pagi. Solat subuh dulu. Lepas solat subuh. Sambung sikit lagi. Masih belum sampai lagi. 

Toiletnya ok. Ada tandas duduk. Ada tandas cangkung. Air pun tak ada masalah. Kebersihannya terjaga. Nak guna pun tak ada masalah. Boleh guna dengan selesa.Terjaga aku punya seluar. 
 Kelas 1 duduk.

Kerusi je yang kurang ok. Dah lama sangat. Dah patut tukar cover. Kasi lebih cantik. Sejuk mata memandang. Nak lena pun pun ok. Aku tengok, asal ada je. TV dah rosak. 
Keluar dari stesen keretapi. Dok tunggu bas.

Apa-apa pun. Kamu tetap sampai ke  Woodland. Imigresen Malaysia cek di Stesen JB. Mereka naik atas train. Cek pasport. Kat sini lebih kurang jam 8.20 pagi dan berhenti sini agak lama. Urusan cek pasport. Lebih kurang 40 minit juga. Lepas tu train teruskan perjalanan menuju Stesen Woodland, di Singapura. Tak sampai 20 minit.
Dok beli tiket.
Di Stesen MRT Woodland Checkpoint.

Jam 9.20 sampai Stesen Woodland. Stesen ini seberang Tambak Johor sahaja. Selesai urusan imigresen Singapura, kami menapak ke stesen bas, jaraknya boleh tahan. Dengan beg-beg lagi, jauhnya lagi terasa. Nak naik bas menuju stesen MTR Woodland. Semasa menunggu, sempat juga Mim tanya pada kawan yang sama-sama tunggu bas. Orang tempatan.

"Naik mana-mana bas, semuanya akan ke Woodland Checkpoint. Kat sini baru ambil MRT."

Kalau gitu, lagi senang. Dapat bas, masalah nak bayar tambang. Semuanya orang guna kad . Kalau nak guna cash mesti cukup-cukup. Kalut juga, tapi mujur akak yang kami tanya tadi beri duit untuk cukupkan tambang.

Kami turun di Wooodland Checkpoit. Panjat tingkat atas. Naik pula MRT. Beli kad dulu @Touch & Go kat sinilah..

MRT Woodland Checkpoint menuju ke Stesen MRT Paya Lebar dan mesti buat pertukaran MRT di City Hall. Dari MRT Paya Lebar, kami perlu menapak lebih kurang 15 minit.

Semasa perjalanan Mim sempat bertanya pada salah seorang penumpang. 
"Maacamana nak gi Hotel81 Classic Geylang?"

Lain pula caranya. Kami perlu turun di Stesen Tao Payoh dan naik bas. Kalau turun di Stesen City Hall.  Jauh dan lama. Turun di Tao Payoh ada pilihan terbaik. Lagi pun akak ini bekerja dekat dengan hotel yang kami cari. Ikut dia je lah.

Menapak boleh tahan juga. Tapi memang dah niat dah susah sikit. Menapak pun tak sampai 15 minit dah sampai hotel. Tapi tak boleh check in lagi. Tinggal beg je. Lepas tu gi melantak dulu. 

Pasar Geylang Serai

Nasi ayam & Sup kambing cicah roti.
Biryani ayam saja tinggal ketika kami sampai.

Nak cari makan. Mudah. Kiri kanan hotel ada restoran & food court. Kami mengisi perut di Pasar Geyland Serai.
Ketika rehat. Penuh. Self servis.

Wow! Banyaknya stall. Lebih 30 stall. Macam-macam menu. Semuanya menyelerakan. Ramainya orang dok beratur. Nak beli makanan. Kami tiba pun masa orang rehat.
Singgah dulu kat kedai buku. Banyak buku-buku dari Malaysia dan Indonesia. Tak hadi borong buku. Buku boleh beli kat malaysia, buat apa beli kat sana.

Kami pilih. Biryani ayam. Oder 2 pinggang. Wow! terkejut aku. Rumbu pinggang. Tak habis kalau makan sorang. Kena share baru licin. Sup kaki kambing dengan roti. Sedap sangat.
Pelbagai makanan ada. Ada lebih kurang 15 stall di sini.

Lepas situ, masuk pula Joo Chiat Complek. Cari buku & Majalah. Na baca kat bilik. Hujan lebat.

Selepas jam 2 petang. Check In. Lepak-lepak. Tidur. Malas nak keluar. Penat naik train belum habis lagi. Malam pun sama. Rehat dan turun bawa. Melantak. Mencuba pelbagai makanan. Kat sini tak usah risau. Halal.

Akan disambung pulak. Petang pula punya acara. Melantak dan melantak...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger