Jom Follow

Sabtu, 15 Disember 2012

FF1...

Assalamualikum.

Buat CDM Fitri & CDM Ayu serta rakan-rakan kongsi mereka. 

Terlebih dahulu kami mohon maaf. Tak dapat hadir majlis hari ini. Kami tahu, kami tidak sepatutnya tak hadir hari ini. Tapi ada hal lain yang tak boleh kami elak. Bagi kami detik hari ini, detik terindah buat anda dan kami. Sepatutnya kami datang dan memeriahkan detik-detik ini. Detik-detik untuk dikenang sepanjang hayat. Punya centre sendiri. Mungkin bagi sesetengah orang ini ada biasa-biasa saja. Tapi bagi kami, ini adalah luar biasa. Centre untuk menyelaraskan aktiviti biz anda. Kerja-kerja biz, jadi lebih profesional lagi. Lebih banyak aktiviti boleh dibuat di sini.

Bukan mudah. Bukan senang. Tapi tidak mustahil, bila punya keberanian. Pengalaman handle group selama lebih 3 tahun, telah mematangkan anda. Tak jemu cari & gali ilmu. Punya mentor-mentor hebat. Segalanya akan digunakan di sini. Lepas ini, biz jadi lain. Semangat jadi lain. Sales jadi lain. Kesatuan jadi lain. Kesatuan hati-hati jadi lain. Lebih mantap. Lebih rasa kebersamaan. Centre ini milik bersama. Pakat-pakat guna. Pakat-pakat jaga. Pakat-pakat bayar apa yang patut.

Dah ada centre. Bila-bila masa boleh guna. Bila-bila masa boleh buka. Tapi kena ingat. Jangan jadikan ini tempat lepak-lepak. Kurang buat demo. Terbalik kuang.

Mula bulan ini. Graf biz, akan mula naik. Suasana semakin mudah. Pikat orang muda, yang punya impian besar. Pikat orang muda, yang punya keinginan berjaya. Pikat mereka & jayakan mereka. Bila berjaya, mereka datang seperti tsunami. Kita tak boleh tahan. Beri apa yang mereka mahu. Jadikan apa yang mereka mahu jadi. 

Kami dah dapat bayangkan kemeriahannya hari ini. Dah berminggu-minggu dok bersiap. Hari ini, awal pagi dah bersiap. Ada yang tak boleh tidur. Ada yang ambil bakal prospek. Kalut. 

 

 

2 ulasan:

  1. Jutaan t.kasih pada cdm berdua yg mengasuh kami. Mengasah bakat kami. Memimpin tgn kami. Insyaallah FF1 akn bergerak laju. Fast & Furious.

    BalasPadam
  2. Jutaan t.kasih pada cdm berdua yg mengasuh kami. Mengasah bakat kami. Memimpin tgn kami. Insyaallah FF1 akn bergerak laju. Fast & Furious.

    BalasPadam

Powered By Blogger