Jom Follow

Khamis, 30 Ogos 2012

Tunggu Nak Bagi Duit Raya!

Lepas solat hari raya.
Dok atas bendul bersama Si Amar dan Aiman.
Tunggu budak-budak mari dumoh(Bechah Kelubi).
Nak bagi duit raya.
Kalau tak panggil, mereka tok mari.
Budak-budak kampung pemalu sikit.

Budak-budak datang rumah bersama ibubapa.
Jarang berlaku budak-budak bersama gengnya datang rumah, minta duit raya.
Mak bapa pun kadang-kadang marah perbuatan anak-anak mereka.
Bagi mereka ini, beri malu kat mereka je.

hi!hi!hi!hi!
Kadang-kadang frust.
Sampul raya tak habis.
Setakat anak buah berapa sangat.
Anak-anak sain sobat, ramai jumpa lepas raya.
Bila balik KL semula...

Kalau ada budak-budak yang datang rumah minta duit raya tu.
Mesti budak-budak dok luar Kelate.
Tapi tak ramai!!!!
Inilah beberapa orang yang singgah rumah masa aku kat bendul
Dapat duit rayalah... 
Tak banyak mana pun tapi seronok sangat bila lihat mereka gembira dapat duit raya.
2,3 ringgit pun duit. Jangan pulak beli mercun pulak
Buat rugi. Kena marah makpak lagi..

1 ulasan:

Powered By Blogger