Jom Follow

Sabtu, 18 Ogos 2012

Kisah Sahabat.

Sebelum berbuka.
Pusing kampung.
Terjumpa dengan salah seorang sahabat.
Dah lama tak jumpa & sembang.
Tadi dalam masa 10 minit sempat bertanya kabar.
Sekarang ni sedang sakit.
Sakit buah pinggang.
Mula ikuti dialisis sejak puasa.
Kena buat dialisis kat Machang.
Kat Tanah Merah dah full.
Kena 3 kali seminggu.
Sekali buat perlu empat jam.
Lepas buat memang penat....
Dah tak boleh kerja penat.
Sekadar bantu isteri menoreh getah.
Mula dialisis jam 2 petang.
Jam 6 baru siap.
Betul-betul siap bisa terlepas solat asar.
Aku pernah dengar, orang dialisis boleh solat jamak.
Simpati pada sahabat tersebut.
Anak 3 orang.
Sulung dah 17 tahun...
Kos dialisis ditanggung JKM.
Ikut ceritanya, buah pinggang rosak akibat ubat darah tinggi....

Paling penting. Jaga kesihatan. Jaga makan. Bila dah sakit, duit banyak diperlukan. Simpanan boleh kering.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger