Jom Follow

Isnin, 6 Ogos 2012

Kuantan Kami Datang!!!

SEMALAM.
Ahad.
5 Ogos 2012.
Bergerak di sekitar Kuantan.
Bimbing rakan niaga berdemo secara praktikal di lapangan.
Sempat juga bimbing 3 kali pada rakan niaga tersebut.
Nampak gayanya rakan niaga cepat belajar dan punya keinginan untuk belajar.
Paling penting berani share biz dengan prospek dan tak malu berdepan dengan prospek.
Kalau takut-takut berpuluh kali upline bantu pun masih tak boleh buat sendiri.
Kalau takut sukar untuk kembang dan bertahan dalam biz MLM.
Kalau mencapai pangkat tertinggi pun, networknya tak berkembang subur.

Plaza tol Kuantan. Singgah untuk 'jatuh hukum'.
 Kami bertolak ke Kuantan.
6.15 pagi, lepas solat subuh.
Angkut semua anak dan maid.
Sampai Felda Bukit Goh lebih kurang 8 lebih.
Jalan clear, hari cuti, boleh sikit pecut.
Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Sungai Karang. Demo pertama di kawasan parkirnya. Masjid tepi jalan je. Senang jumpa.
 Tinggal anak dan maid kat situ.
Kami bergerak ke Beserah.
Appointment pertama jam 10 pagi.
Jumpa kat parkir masjid sungai karang.
Nampak isi borang dan berminat.
Doakan semoga minat tu bertahan lebih lama.
Sambil tunggu prospek datang rumah rakan niaga. Sempat juga aku menelaah buku ni, milik rakan niaga. Alhamdullilah dapat beberapa ilmu baru dari buku ini. Dah masuk dalam list buku yang akan aku miliki.
Appointment ke-2 jumpa di rumah rakan niaga.
Jemput prospek datang rumah.
Prospek rakan sekerja suami rakan niaga.
Dah pakai PB, cuma nak terangkan biz PB yang betul.
Isi borang, esok urus dokumen.
Rakan niaga dah expert urus dana.
Appointment ke-3 kami semalam.
Appointment ke-3 di Kerteh.
Lepas zuhur kami bertolak dari Beserah.
Sampai Kerteh hampir jam 4 petang.
Prospek seorang guru, suaminya 'orang minyak'.
Drive ketika mengantuk, itu yang lambat sampai....
Mereka jumpa prospek, aku tidur dalam kereta.
Wow! dapat 1 jam lena, segar smeta-meta.

Ketiga-tiga prospek, aku tak tanya.
Nak ke tak nak.
Malas nak tanya.
Jarang orang tak nak, masa didemo.
Biasanya selepas tu baru tak nak.
Sejam atau sehari lepas tu, baru call tak jadi.

Habis situ, bertolak ke Beserah dan Felda Bukit Goh.
Kami berbuka puasa di rumah sepupu maid kami.
Nasib baik jugalah sempat berbuka.
Masuk rumah je, azan....

Jam 9 malam bertolak ke KL.
Singgah Mentakab.
Patin Tomyam dulu.
Sampai rumah jam 12.45 pagi...





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger