Mungkin Allah SWT membuka pintu ketaatan untuk anda, tetapi harus diingati bahawa mungkin juga Allah SWT tidak membuka pintu penerimaan.
Bahkan Allah SWT mentakdirkan adanya kemaksiatan yang anda lakukan kemudian anda bertaubat nasuha menyebabkan sampainya amal anda ke hadrat Allah SWT.
Kemaksiatan yang menimbulkan kehinaan dan kesedihan lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan perasaan bangga dan sombong.
Ibadat tersebut terkeluar daripada penerimaan Allah SWT apabila anda berkata. "Siapa yang boleh menandingiku? Aku berpuasa dan aku melakukan solat sunat.
Aku juga melakukan solat terawih dan solat malam. Sepanjang waktu aku bersedeqah dan memberi makan kepada yang memerlukan."
Oleh itu, anda haruslah bersyukur apabila diberikan anugerah untuk taat kepada Allah SWT. Jangan sesekali berasa riya' dan bangga diri terhadap diri sendiri.
Aku kutip dari buku 'Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin Beramal Sepanjang Masa' Karya Al-Qardawiyy
Tiada ulasan:
Catat Ulasan