Saja nak kongsi satu kisah. Kisah ni terjadi di Malaysia. Berlaku pada salah seorang penduduknya. Mungkin sedih. Mungkin tak sedih. Mungkin tak ada apa-apa perasaan.
Kisah bagaimana seorang hamba Allah sanggup serah duit gaji bulanan dan keretanya pada salah seorang pemimpin kerajaan langit yang beliau temui di R&R Air Keroh. Dalam pertemuan tersebut, mereka hanya sembang- sembang biasa saja. Macam kita jumpa stranger. Tanya tu, tanya ni.
Selepas pertemuan tersebut. Beliau teringat pada orang tersebut. Sanggup jumpa lagi. Selepas pertemuan ke dua, terus jadi pengikutnya. Duit gaji RM6000 dan kereta diserah pada orang tersebut. Lupa tanggujawab pada keluarga. Padahal sebelum tu,amat baik pada keluarga.
Perlu redha katanya. Kalau sibuk tak payah solat. Macam-macam lagi ajaran sesat.
Kes terjadi 3 bulan lepas. Kami dengar kisah ini dari salah seorang rakan kongsi ATM yang nak gi fitting PB pada isteri mangsa. Tak jadi nak fitting, dok dengar kisah tragis. Nak makan pun susah. Duit gaji diserah pada orang tu.
Kalsu ikut cerita isteri mangsa. Orang yang suaminya jumpa adalah salah seorang pemimpin kerajaan langit....
Masih ada lagi ke kerajaan langit? Atau kerajaan langit yang baru. Setahu aku, kerajaan langit adalah kumpulan ajaran sesat ajaran Ayah Pin....Kalau yang sama. Ini bererti ada lagi saki baki ajarannya. Kalau ikut cerita isteri mangsa, suaminya pernah jumpa Ayah Pin.
Aku sekadar kongsi je.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan