Kami sampai KL. Jam 5.45 pagi. Itu yang pasti. Jam berapa kami bertolak dari Kelantan. Susah nak cakap. Keluar dari rumah Mek Putih dari jam 11.30 pagi lagi.
Destinasi pertama kami hari sabtu tu ialah Kg Jelor Pasir Putih. Ngatar Kak Ngah. Acara bermula lebih kurang 12.45 tengahari. Nak awal. Ramai yang sangkut jem. Ada yang datang dari KB. Ada ang datang dari Jertih. Ada yang datang dari Kuala Kerai. Serbuan bermula bila semua sampai. Ngap sekejap je. Memang dah kosongkan perut. CDM Indawati & DSM Wan pun datang.
Lepas sini. Kami bergerak ke KB. Lalu ikut Bachok nah, nak elok jem. Nak hantar Aiman ke asrama. Sebelum hantar, kena beli dulu barang-barang keperluannya dululah. Macam-macam kena ada. Kalau tak ada susah kami. Nanti tak ada orang nak tolong beli pulak. Kami singgah di Billion dulu.
Billion KB. |
Lepas Billion. Kami singgah pulak. Makan maggi celup dulu. Nasib baik. Masih sempat. Kami customer paling akhir. Selepas kami masih ramai yang datang. Tapi barang dah habis. Kelik ssajo. Tapi kami rasa, mereka boleh datang semula esok. Kami tok leh doh. Oder 4 maggi celup dengan 1 mee celup. Kena extra sokmo kalu makan...
Lepas makan-makan. Baru gi hantar Aiman ke sekolahnya. Kami kena 2 kali gi. Gi mula-mula, tertinggal tuala. Kena pusing semula. Nasib baik belum jauh lagi.
Lepas tu kami keluar KB. Nasib baik jalan tak jem. Sekejap je sampai Masjid Lemal. CDM Kartini, solat jamak kat situ. Aku dah solat semasa tunggu mereka shopping kat Billion. Sempat bincang-bincang. Nak ikut laluan mana, nak gi KL. Kami pilih ikut Jeli-Gerik.
Jam 7.15 malam, kami bergerak ke Tanah Merah. Lepas tu langsung ke Jeli. Kami singgah solat Jamak di Masjid Batu 8.
Lepas solat kat situ. Kami sambung perjalanan menuju KL. Singgah dulu di Petronas Jeli. Isi petrol. Beli apa-apa yang patut sebagai bekalan sepanjang perjalanan. Kat sini dah jam 9 malam.
Nasib baik. Atas bukit. Aku tak mengantuk. Boleh bawa drive ok je. Sampai hentian Perah. Rehat. Isi perut dulu.
Dari situ menuju ke Kuala Kangsar. Penuh liku. Mengantuk yang amat. Drive pun slow je. Nak tidur. Tak ada tempat sesuai. terpaksalah drive juga. Beberapa kali juga aku berhenti. Basuh muka dengan air garam buluh. Drive sehingga tak boleh drive. Tidur juga kat tepi jalan. Pilih lokasi dekat dengan kedai makan. Lena juga hampir 30 minit.
Sambung perjalanan. Akhirnya sampai juga kat Plaza Tol Kuala Kangsar. Singgah. Jatuh hukum dulu. Mula-mula plan nak tidur kat situ. Tapi macam tak sesuai. Jadi aku paksa drive sehingga Hentian Sungai Perak. Tidur sakan. Sejam juga aku tidur kat situ. Hampir jam 4 pagi baru tersedar.
Drive lagi. Sampai Hentian Simpang Pulai. Tukar pilot. Pilot sebelah dah lena sejak atas bukit lagi. Sambung lagi dari Gerik ke Hentian Simpang Pulai.
Gilir aku pula tidur. CDM Kartini pula drive....
Sampai rumah KL. Menjelang subuh. Lepas solat subuh. Tidur kembali....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan