14 Ogos 2012.
Apa hantu yang kacau.
Pagi-pagi dah ada entri baru.
Bukan apa.
Semalam sembang dengan beberapa leader.
Sembang pasal biz. Sembang pasal syoknya berbiz.
Sembang pasal dana. Sembang pasal testimoni pakai PB.
Sembang pasal syoknya shopping raya.
Sembang pasal testimoni income rakan kongsi.
Sembang hal-hal positif. Sembang hal-hal putih.
Sembang hal-hal jadi. Sembang hal-hal 'yes'.
Banyak masa aku jadi pendengar je.
Aku jadi semangat. Momentum menjadi-jadi.
Dengan dengar je sembang-sembang positif dah teruja.
Apatah lagi kalau kita sendiri yang cakap-cakap positif.
Telinga kita paling dulu dengar dari orang lain.
Sebab telinga paling dekat dengan mulut.
Oleh itu, jagalah cakap-cakap kita.
Oleh itu, jagalah sembang-sembang kita.
Sembang-sembang yang positif. Sembang-sembang yang membakar semangat.
Biarlah kita selalu tempatkan diri kita dekat dengan orang yang suka cakap positif.
Cakap-cakap yang positif. Cakap-cakap memberi motivasi.
Elakkan dari dekat-dekat dengan orang negatif.
Kalau mahu biz bertahan lama. Kalau tak mahu putus cek.
Orang negatif, suka lihat kita tumbang. Suka lihat kita kecundang.
Orang negatif suka lihat kita gagal berubah....
Pilih kawan. Pilih sahabat.
Pilih masa depan. Pilih kehidupan.
Terima Kasih Syam... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan