Jom Follow

Khamis, 2 Ogos 2012

Hotel Summit: Buka Pose

Majlis buka puasa Hai-O Marketing.
1 Ogos 2012.
Hotel Summit USJ.
CDM yang terima jemputan.

Setiap tahun ada majlis berbuka puasa..Terima Kasih Hai-O Marketing. Tahun depan buat lagi. Insyaalah kami pasti datang. Makan free sape tak nak. Paling penting dapat bertemu dengan ramai CDM-CDM hebat. Majlis sebegini sentiasa menyuntik motivasi pada siapa yang hadir. Rugi siapa yang dapat jemputan, tetapi tak dapat hadir.
Aku sampai, Ustaz Halim Din sedang bagi tazkirah. Ramai yang seronok dengar tazkirah darinya. Ternyata berpengalamn luas dalam bidang dakwah. Ustaz Halim Din, Director Of Islamic Support. 43, Osprey Close, Bicester, Oxfordshire OX26 6YH. United Kindom. Penyampaian bersahaja tapi menyentuh hati. Ada pesannya yang masih terngian-ngian.
Anak-anak yatim juga dijemput berbuka puasa semalam. Sebelum tu, diadakan pertandingan mewarna dulu. Liza orang kuat Hai-O sedang melayan anak-anak yatim.
Sebelum berbuka sempat 'pukul' gambar dengan Ustaz Jemputan. Bukan senang nak bertemu dengan Ustaz, jadualnya sibuk. Bersama kami juga CDM Cikgu Ali Bachik.
Keadaan dalam dewan. Penuh dengan usahawan-usahawan Hai-O Marketing. Masih banyak ruang boleh diisi. Insyaalah tahun 2013 lebih ramai CDM yang hadir. Bersedia untuk pegang title CDM kalau mahu hadir.
Lama tak jumpa. Panjang perkisahannya. Ada suka dan ada sedih. Kongsilah kisah-kisah suka, agar dapat inspirasi si pendengarnya.
Wow! Penuh meja. Melantak sakan.
Wow! bergaya sakan. Macam dah raya. hi!hi!hi! belajar-belajar pakai baju melayu dengan lengkap...
Dari Penang turun mari. Nak bertemu dengan orang-orang hebat. Mana tahu dapat sesuatu berharga dari pertemuan tersebut.
Wow! Pasangan hebat. Semakin hebat. Tak berhenti jadi hebat. Sedang perturunkan kehebatan pada warga ATM.
Pasangan terhangat. Pasangan tersibuk. Pasangan bermotivasi. Kalau boleh tak payah ada malam. Nak demo tanpa henti.hi!hi!hi!
Wow! Kegembiraan terpancar setelah masuk waktu berbuka.

Meja 5.
Semakin hebat. Semakin mengganas. Semakin meluncur laju.
CDM Aida & DSM Azizi. Masih bertahan. Masih kembang. Sedang bangkit. Tabur benih. Jaga kebun.
CDM Double K.hi!hi!hi! Dah 12 dok gomo biz Hai-O. Insyaalah akan gomo lagi untuk tahun-tahun yang akan datang. Selagi Hai-O hidup serta kami hidup, selagi itu kami gomo. Misi kami masih jauh. Masih ramai yang belum kami jayakan. Masih ramai lagi yang kami jumpa. Khazanah Hai-O, masih belum diterokai sepenuhnya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger