Jam 11 malam. Dapat call dari CDM. Ajak keluar. Ajak makan colek. Dah tak ada nak buat. Syoknya dapat keluar.
Ingatkan sekitar Pasir Putih. Rupa-rupanya sampai KB.
Gerai 100 mokniko colek. Terkejut aku. Ramainya manusia nak makan colek. Dok tunggu meja kosong pun ramai. Ada yang jenis malu-malu nak cari meja 0. Lebih 1 jam tunggu.
Bila dapat colek. Senyap belako. Makan sekejap, tunggu lebih lama. Memang mables.
Tak rugi. Harganya murah. 1 kepala RM5 sahaja.
Semalam nampak macam orang luar. Baru sampai. Itu yang sanggup tunggu wpun lama. Kebulur nak bedal colek. Aku pasti tempat mereka tak ada colek sebegini. Tengok colek tersusun pun dah teruja nak bedal. Gi pula dengan CDM Fazlan yang sama-sama kuat membedal. 2.30 pagi baru blah. Sampai Pasir Putih jam 3 pagi. Tidur....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan