Salam. Salam Perjuangan. Salam Kemenangan. Salam Otak Kanan.
Hari Isnin. Hari yang dinanti-nantikan oleh semua orang. Hari pertama minggu ke 40 untuk tahun ini. Semalam tak catat apa-apa diblog ni. bukan apa sikit sibuk. ada kerja yang kena buat. Syukur, yang nak buat semalam dah buat.
Ke mana hari ini?
Apa perancangan hari ini?
Siapa nak jumpa?
Bagi yang meniaga mlm seperti kita, persoalan ini paling penting. Seelok-eloknya sebelum tidur, dah siap perancangan untuk esok. Kalau tak tak tahu nak buat apa. Dok sajalah hari esoknya. Ramai juga yang kena peyakit, dah tak ada aktiviti. Melangut je, padahal dah buat meniaga ni full time. Rugi beb!!! tak kerja, tak ada fulus masuk. Stress bila income kecik dan tak mampu nak tanggung kos. Mulalah menyesal dah berhenti kerja.
Berhenti kerja tak salah, asalkan kita sanggup buat meniaga ini betul-betul. Buat giler-giler. Jangan cepat give up. Income turun, tambah kerja. tambah prospek. tambah appt. selesai masalah. semua perkara, bersebab.
buat part time pun kena ada perancangan. kalau tak, tak meniaga. sibuk dan penat. ada yang terbeban tugasan yang bertambah, bila bos tahu kita buat meniaga ini. inilah cabarannya. kalau boleh lepas, kita adalah juara.
CDM Norita( tengah), sabar dalam mengajar impian. ternyata menjadi jua akhirnya. |
kunci kejayaan adalah bersyukur.
syukur masih ada masa nak buat perubahan. syukur dah bertemu dengan peluang terhebat ini. syukur dah meniaga. syukur sinar kejayaan telah muncul. mega mendung telah berlalu. kemarau telah berakhir, hujan talah turun. ayuh ambil kesempatan. bulan ini telah naik sale. warga AT, telah penuh appt. kelas penuh semula.
CDM Sariah; sabar kunci kejayaannya bersama AT. |
tak boleh buat pakej besar, jual produk kecil-kecil dulu. hari-hari mesti ada sale.jangan tak ada langsung. banyak yang boleh jual. asalkan rajin je. jangan dok rumah,peluk tubuh tapi mimpi nak berjaya.
Jangan undur diri, berjuang selagi terdaya. |
syukur kunci kejayaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan