Jom Follow

Isnin, 4 Oktober 2010

Oktober1

Salam. Salam Perjuangan. Salam Kemenangan.

Perjuangan belum selesai. Perjuangan bulan baru dah bermula. AT 181 menyambut bulan baru dengan 2 program besar iaitu aroma terapi minda utara dan nur wanita. Tahniah pada bertungkus lumus menjadikan program tersebut realiti. kedua-dua program ini akan memacu kita mencapai matlamat bulan ini dan bulan-bulan yang seterusnya.





kita telah bertekad untuk jadi lebih hebat. kita telah bertekad, tak mahu kecewa lagi. kita telah bertekad, lebih ramai lagi yang mesti dijayakan. kita telah berjanji, mulai bulan ini, kita lebih berjaya. kita telah berjanji, bulan ini, kita lebih fokus. kita telah berjanji, mulai bulan ini, kita akan lebih bersama dan bersatu lagi. halangan kita akan harungi bersama, walaupun apa pun terjadi. AT adalah periuk nasi kita bersama. bersama AT, kita telah berubah hidup. bersama AT, keluarga kita telah berubah hidup. orang tua kita pun telah merasai nikmatnya sejak kita bersama dengan AT.



bulan ini, kerja lebih tekun lagi. jangan pandang belakang lagi. jalan terus ke depan. datang kelas setiap minggu. AT boleh bagi semangat dan strategi sahaja. selebihnya anda mesti lakukan sendiri. AT tak akan buat untuk anda. AT melaksanakan program, bertujuan nak wujudkan suasana meniaga sahaja. kalau dah ada suasana yang anda telah hidupkan, terpulanglah.....kita bermula dulu pun dengan sedikit, lama-lama jadi besar. tak ada siapa sangka.

bulan ini sales, income dan prospek mesti bertambah. bagaimana nak buat?  ajak prospek datang kelas. mesti ada prospek setiap kali kelas. jangan harap dline je yang bawa. kita sendiri yang mesti bawa. sekurang-kurangnya seorang setiap kali kelas. baru kita tak rasa hambar. baru semangat datang kelas tu semacam je.

orang yang dok komplen, datang kelas AT boring. datang kelas AT cakap benda sama je. datang kelas AT tak dapat apa-apa. datang kelas AT, habis masa je. orang yang kata begitu, mereka datang kelas dan tak bawa prospek pun. datang sebatang kara dah lama pun. datang kelas boleh dapat semangat, tapi dok lepak kat luar, mana boleh dapat semangat. dok luar cite,pasal yang tak ada kaitan meniaga pun.

ada juga yang datang nak curi prospek orang lain. nak ajak meniaga baru. ini lagi teruk. ada juga yang datang sekadar nak tengok negatif je. senang nak goreng kat luar nanti.  


Pasar Minggu pun boleh dapat prospek, asalkan pandai senyum..

kita mesti boleh bezakan mana kerja penting dengan kerja lebih penting. mana satu kerja utama dengan kerja lebih utama. jumpa prospek seramai mungkin. jumpa semampu mungkin. buat appt sekerap mungkin. senarai nama mesti ada penambahan. setiap hari mesti ada penambahan. setiap hari mesti jumpa kawan baru. kalau tak ada appt, jalan-jalan ke tempat-tempat ramai orang, mana tahu dapat kenal orang baru. senyum, sapa dan salam. jadikan kawan dulu, lama-lama bertukar pada prospek pulak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger