Salam. Salam Kemenangan. Salam Perjuangan. Salam Kejuaraan..
hari ini lewat sikit update. terima kasih kerana masih sudi melayari blog ini. bahasanya tak berapa bagus, tapi aku tetap meneruskan catatan ini. aku bertekad untuk meneruskan minat baru ini. biar pun blog ni, terlalu simple, nak wat guane, bukan reti pun IT ni. cuba-cuba minat je. sekadar kongsi ilmu dan pengalaman meniaga bersama anda semua. nak tulis buku rasanya belum tiba masa. jadi catatan inilah jadi penggantinya.
malam ini kami telah berada di Sabah, Negeri Di Bawah Bayu. Negeri yang punyai alam semulajadi yang amat indah. bisa menarik pelancong bertamu ke sana. flight sentiasa penuh. pertang tadi pun hampir penuh. setiap kali datang sini, banyak hotel-hotelnya penuh. kalau nak datang sabah, pastikan anda tempah hotel awal-awal.kalau tak, susah nak dapat hotel yang mewah.
jom duit raya; salah satu program AT yang berjaya menarik ramai orang. |
kami dah lama nak menginap di le meredian. asyik penuh je. tapi malam ini,nasib menyebelahi kami. dapat, walau pun sedikit lewat. sampai kk jam 9pm dan terus gi makan di kedai pak din. lepas tu check in hotel. tak pergi ke kelas pengukuhan di ttc. cdm faridah buat kelas untuk leader-leader AT yang masih yakin dengan AT. belum dapat info lagi. harap-harap masih ramai lagi yang bernafsu untuk mencipta kejayaan dan kekayaan bersama bimbingan AT.
Sebahagian warga AT sabah yang layak pakej melancong ke Switzeland |
Warga AT sabah semasa anugerah sm&ssm di kk. |
aku yakin masih ada sinar. mereka yang dah pergi, biarkan mereka pergi. usahlah tangisi yang pergi. masih ramai lagi yang dok tunggu peluang. jumpalah mereka yang dok menanti tu. sabah tak akan kehabisan prospek. janji kita buat, buat dan terus buat. lebih kreatif mencari prospek je. semangat baru. strategi baru, orang baru dan kekayaan baru. kami cdm-cdm tetap datang ke sini. kita bina AT berwajah baru bersama. anda tak keseorangan. telah banyak kejayaan yang AT capai. itu membuktikan strategi yang kita buat berkesan. cuma bila berlaku sedikit masalah, strategi tersebut perlu pengubahsuaian je. dah kita dah berubah. tunggu masa jadi je. kami yakin lepas ini lebih jadi lagi. lebih ramai yang bertukar kereta, lebih ramai lagi yang boleh pergi melancong, lebih ramai lagi yang jadi cdm. percayalah, anda semua hebat.
Go Go Go Taipan!!!!! |
siapa yang dah jemu. siapa yang dah berpaut dahan baru. siapa yang dah pergi, siapa yang dah tenggelam. biarkan mereka. kita bekerja dengan orang baru. orang baru, lagi gile.orang baru, lagi boom. percayalah. strategi terkini AT pasti meletup. cepat-cepat naik train baru ini. dah mula bergerak.jangan tunggu lagi.
sabah tetap unggul. sabah tetap hebat. sabah tetap mengancam. sabah tetap no1.sabah tetap juara. terbukti sudah. kenapa sedikit cabaran dah nak mengalah. dah nak undur diri, dah cari laman baru. bertahan dan bina semula. strategi AT tetap ungul. AT tetap kreatif. dah banyak aktiviti yang AT buat dan mula menampakan hasilnya. bulan ini bulan kita, bulan ini, bulan kita dapat income besar. meniaga dah mula rancak balik.
AT tetap bersama anda walau apa jadi. jangan takut kami tinggalkan anda. kami takut anda yang tinggalkan kami. kalau ini terjadi, kami warga AT tetap pasrah, tapi kami teruskan jua perjuangan. kami tahu sinar akan muncul setelah mendung berlalu. kami pasti mereka pergi, bukan kami yang hambat. diri sendiri mau pergi.
AT sabah terdiri 10 cdm. berapa yang tinggal? tak kisah, bina cdm baru. tahun depan 10 lagi yang baru naik. tak ada yang mustahil. prestasi semasa, AT ada harapan cerah. bersama dan bersatu saja formulanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan