Jom Follow

Rabu, 6 Oktober 2010

Rehat Lama.


CDM Noor Hanim; buat jangan berhenti, itulah rahsia kejayaan saya. halangan pasti datang. kekayaan tiba lepas halangan tersebut kita harungi dengan jayanya. AT akan membimbing sampai jaya.

kelas semalam, ada ku lihat seseorang. dah lama berehat, tiba-tiba muncul. syukur, kalau nak teruskan saki baki perjuangan. ikut pengalaman, bila dah berehat, kalau datang pun, tak lama. ketahanan mudah goyang. tapi tak mustahil, dia akan kekal dalam perjuangan baru.

AT sentiasa mengalu-alukan siapa sahaja yang nak berniaga. tak ada yang akan disingkirkan, kecuali terasa diri dipinggirkan. AT tak ada kuasa. AT lahir dari persetujuan bersama. tak ada apa-apa power. pintu AT sentiasa terbuka...

Pintu menuju kejayaan dan kekayaan sentiasa terbuka. masuki dan pelajarilah. gunalah untuk berniaga besar.

semalam juga, ada yang muncul kembali. lama tak kelihatan. ke mana menghilang. misteri... masih nak berniaga ke? mana tahu, lubang lain lebih hebat lagi. kalau nak bersama AT, ikutilah acuan AT. kalau tak suka, kena suka-sukakanlah. perjuangan akan menang lebih cepat lagi kalau kita sama-sama berusaha. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger