Jom Follow

Ahad, 26 Februari 2012

Hotel Sekitar Wakaf Che Yeh.

Wow!
Ada hotel.
Best jugak.
Senang nak shooping.
Tapi petang sehingga malam je suasana hidup.
Senang cakap, bila pasar malamnya start buka.
Kalau tak sunyi sepi je.


Ombak Inn. Lot 26 & 27. Blok C, Pasar Awam Bersepadu, Wakaf Che Yeh.

15 Hotel Avenue Inn. No. PT 1064. Jalan Wakaf Che Yeh. Pasar Awam Bersepadu Wakaf Che Yeh.
 Biasanya pelancong menginap kat KB. Malam, mereka ronda-ronda sekitar pasar ini. Mereka jadikan wakaf che yeh sebagai destinasi terakhir, selepas ronda-ronda KB. Semalam pun, aku tengok berpuluh-puluh bas. Wow! meriahnya sakan. Untungnya peniaga kat sini. Tapi ramai peniaganya datang dari Siam.

Aku semalam, jalan sorang-sorang. Berjalan dan sekadar lalu je. Tak beli apa-apa pun. Tak tahu nak beli apa. Lepas tu aku lepak kat kedai. Minum sambil tunggu sahabat-sahabat bershopping.

Pengunjung ramai. Parking tak ada masalah. Banyak parking. RM2 sahaja. Banyak tuan rumah menjadikan halaman rumah mereka sebagai tempat parking. Boleh la duit sikit-sikit. Lebih luas, lebih banyak kereta boleh masuk. Lagi banyak duit masuk. Berbagi rezekila katakan.

Wakaf Che Yeh.


Setiap orang yang melawat Kelantan, tempat ini masti sampai. Tak sampai, seolah-olah tak pernah sampai ke Kelantan. Bagi yang balik Kelantan, tempat ini, seboleh mungkin akan ke sini. Beli barang, tengok barang, borong barang. Macam-macam ada. Barangannya sama seperti downtown je, cuma suasana sikit berbeza. murah ke? itu aku tak pasti. aku ke wakaf che yeh, tak pernah membeli. sekadar tengoj-tengok je. beli makanan tu ada la.

Ziarah Kelantan baru-baru ini, gi lagi. Lagi pun ada kawan yang tak pernah sampai sini. Jadi ke sini jugaklah. Nak ke Rantau Panjang atau Pengkalan Kubur, tak sempat. Banyak urusan. Urusan bina rangkaian. Urusan cari benih. Urusan tanam benih. Urusan bina kebun kat Kelantan pulak. Mana tahu  ketemu dengan benih yang baik dan mampu bertahan sehingga kebun tercipta. Kita berusaha dan berdoa agar Allah permudahkan pembinaan kebun baru di kawasan baru.

Mereka yang tinggal dan masih buat, ada tapi tak ramai. Ada pun masih malu-malu nak main yang besar. Masih dalam bertatih untuk bina keyakinan dan sedang berusaha menjadi lebih besar. Kalau ada rakan niaga baru dan bergabung dengan yang lama, lagi molek. Lagi cepat jadi, lagi cepat kebun dapat terbina.

Kali ini beras siam pun aku nampak ada 2 orang jual. Setahu aku tak boleh jual, tapi.....'Malaysia Boleh'

Gambar yang sempat aku rakam, semasa ziarah wakaf che yeh.

Jersi-jersi. nak club mana. nak negara mana. semuanya ada.

Kaset.cd dan vcd. Aku cari dikir barat. susah nak cari yang tradusional punya.

Jam...

Kain sarung, kain batik...

Kain ppase.

WoW! Jersi Cardif City pun ada.

Permainan kanak-kanak.

Musim pauh siam.

Penyangkut tudung, cantik tersusun.

Pop-pop pun ada. Muroh pulak tu. Kat KL berapa?



WoW! ramainya dok dok tengok acara melelong.


Selain jam ada juga hand beg dan spek mata/

Macam-macam jenama jam ada dijual.

WoW! jam juga. Mungkin lebi muroh kot. Tak ada kotak??


Jam cantik tersusun. Tengok pun dah menarik. Harganya boleh tanya. Peniaganya mesra.

WoW! Baju budak-budak.

Pilih jangan tak pilih.
 

Masjid Muhammadi KB.

Wow!
Cantiknya Masjid Muhammadi Kota Bahru, Kelantan. Pemandangan dari bilik penginapan aku semasa ziarah KB, 2 hari lepas. Aku menginap di Pelangi Mall blok B. Lebih cantik lagi kalau guna kamera yang lebih canggih. Kamera cap ayam, inilah hasilnya. 1 pemandangan waktu malam dan 1 pemandangan waktu siang. 

Masjid ini terletak, Jalan Sultanah Zainab, 15000, Kota Bahru Kelantan. Depannya terdapat hotel Khalifa Suite dan Apartment.

Malam.
Siang.

Jumaat, 24 Februari 2012

Masih Menunggu

masih menunggu.
katanya jam 10 pagi mahu bergerak.
masih ada urusan yang belum selesai.
Aiman dah 2 kali call. 
tanya bila sampai?
bila nak ambil dia?
juga pesannya jangan lupa bawa termos dan kupiah. 
kami dah janji dengan dia, malam ni nak bawa makan pat pet belum kat PCB.
kami tahu, dia memang suka sangat makan belut. 
kami dah terbayang-bayang, macamana dia membelasah belut malam ini.
aku masih muak dengan belut. macam baru semalam aku makan.
padahal  kali terakhir aku makan belut, ketika balik chek aku meninggal. 
tak tahu kenapa? tapi itu rasa sebelum jumpa lagi pat pet belut tu.
mana tahu kalau jumpa, melantak sakan. hi!hi!hi! cakap tak serupa bikin pulak.
tak apa, kita tinggalkan kisah belut tersebut.
Nasi Goreng Ikan Masin, Restoran Rejab. bukan mamak goreng, tapi pekerja dari siam. sedapnya boleh tahan. tak rugi oder..

kita masuk bab lain pulak.
kenapa kami balik kelantan?
ada kelas, kecantikan. habis tu apa fungsi kamu ikut sama.
mana tahu, kot-kot ada seorang 2 yang nak gi.
mana tahu, bukan setakat gi kelas kecantikan, terpikat pulak dengan produk.
mana tahu, bukan setakat terpikat dengan produk, nak buat duit dengan produk tersebut.
mana tahu, bukan setakat nak buat duit dengan produk, nak jadikan kerjaya pilihan.
segalanya mungkin, tergantung kepada program esok.
hati terbuka, setelah ikuti kelas kecantikan. 
kalau ikutkan kelas-kelas sebelum ini, hasilnya tidak mengecewakan.
apa yang boleh kami lakukan, doakan.
doakan agar, bakal prospek tersebut akan muncul pagi esok.
segala-galanya bisa terjadi.
dah lama bergelumang dalam dunia perniagaan ini.
last minit dapat impo, tak jadi datang. 
ada kerja yang wajib buat, so lain kali kalau buat, dia akan datang.
hi!hi!hi! dah biasa sangat bertemu kes-kes begini, lebih-lebih lagi kawan lama yang dah lama tak ketemu. ajak datang pun sekadar call saja. tak bertemu mata. dia pun tak segan dengan kita. tak datang pun tak jejas persahabatan pun. kita pun tak terlalu mengharap dia datang. kalau datang. wow! seronok boleh jumpa, itu saja.

masih menunggu. dah jam 11.20 pagi. bila nak bertolak ni. lewat bertolak, lewat pulak sampai. lewat sampai, lewat dapat rehat. bukan aku yang bawa pun. naik dan duduk je. paling kuat pun tidur sepanjang perjalanan. lagi pun, aku tidur hanya sejam je semalam. tersedar, langsung tak boleh lelap lepas tu. ingatkan balik hantar anak sekolah boleh tidur, pun tak boleh, sampailah sekarang. nak simpan, atas kereta nanti.hi!hi!hi!

 

Merapu Pagi..

Semua orang tahu. semua orang maklum. semua orang buat contoh. siapa dia, kalau tak Thomas Edison. Penemu mentol lampu. bukannya sikit percubaan yang dia buat dan gagal. bukan 1 kali cuba, terus jadi. bukan 10 kali cuba dah jadi. bukan 50 kali cuba dah jadi. bukan 500 kali cuba dah jadi. malah lebih 1000 kali baru jadi. 

ha!ha!ha! cakap pandai. tapi bila kena pada batang hidung sendiri. baru tahu. jumpa seorang prospek, tak nak, dah frust. baru jumpa 5 prospek, prospek tak nak. dah kecewa sakan. baru jumpa 10 prospek, prospek tak nak. terus menyerah kalah. baru sikit, dah tak nak buat. baru beberapa orang kata 'no', dah angkat bendera putih. kalau macam ini, mana boleh berjaya. kalau macam ini, mana boleh jadi juara MLM. 

duit nak, tapi tak nak susah. duit nak, tapi tak nak cabaran. duit nak, tapi tak nak orang kata 'no'. susah, cabaran serta 'no' itu kena tempuh dulu. kena lalui dulu. kena langgar dulu. baru berjaya. tak percaya, tanyalah leader-leader anda. mudah ke. senang ke. semua prospek yang mereka jumpa kata 'yes' ke. semua prospek yang mereka temui, semua setuju join ke. tak bukan. malah mereka temui 'no' lebih banyak dari anda. tapi mereka tak give up. mereka tetap tekun. mereka tetap buat. akhirnya mereka berada dikedudukan seperti hari ini. dah jadi leader, dah tak ada penolakan ke. dah jadi leader, dah tak ada orang kata 'no' ke. masih ada kan.




Jumpa Kawan Lama.

Restoran Mamak Original Kayu Nasi Kandar, Bandar Permaisuri. Tempat bertemu dengan 2 sahabat aku. Kami dulunya sama-sama mengajar di SMTKL.
Sahabat lama. ABZ(berketayap) dan Cikgu Daud. Kenal baik semasa sama-sama mengajar dulu. Sekarang aku dah cabut dari kerjaya cikgu. ABZ berpindah ke Politeknik Dungun, manakala Cikgu Daud masih menabur bakti di sekolah yang sama. Kini dah menjawat Guru Penolong Kanan 1.
Sebenarnya kami dah lama tak bertemu. Masing-masing sibuk dengan kerja. Aku pun dah lama tak singgah kat SMTKL. Dah hampir setahun bokali. Gi sekolah pun bukan boleh borak lama pun.  Malas nak ganggu masa kerja cikgi-cikgu. Kalau aku ke sana pun, aku lebih suka sembang-sembang dengan staf makmal. Boleh borak lama sikit. Tak ganggu kerja mereka.

Dengan ABZ lagi lama aku tak jumpa. Mungkin dah 3,4 tahun. Lagi pun dah lama tak ziarah Terengganu. Kalau ke sana pun bukan boleh jumpa. Sibuk dengan tugasan sebagai penjawat awam. Hari jumaat je, boleh jumpa. Hari lain, memang sukar. Balik kerja pun dah penat. Berulang-alik dari KT ke Dungun. Aku pun terkejut tadi. Dapat call, tengok nama pemanggil ABZ. Dia ajak jumpa. Ok saja.

Mungkin aku akan ke Terengganu minggu depan. Kalau jadi. Mana tahu jumpa leader hebat. Boleh boomkan market sana di bawah jenama Akademi Taipan181. Tak cuba, kita tak tahu. Orang Terengganu juga nak duit. Orang Terengganu juga ternanti-nanti peluang hebat ini. Orang Terengganu juga nak keluar negara juga. Orang Terengganu menanti-nanti aku barang kali, baru nak booom.(jangan dok perasan)

Tukar Kepada Astro B.yond

Jam 5 petang tadi. Dah tukar dari Astro biasa kepada Astro B.yond. Terpikat dengan cakap-cakap orang(share kemolekannya), layan bola Astro B.yond best. Lebih jelas gambarnya. Mungkin lebih syok menonton perlawanan bola sepak, tak ada lagi penyakit TV tengok aku. hi!hi!hi! biasalah tu, tahan mata bagai nak rok, bila perlawanan mula, mengantuk pun tiba. Sekejap nampak bola, sekejap tak tahu nampak apa, tahu-tahu habis.

Setakat ini belum menikmati sepenuhnya Astro B.yond. Malam ni kan ada bola. Tapi rasanya tak tengok kot. Esok pagi-pagi lepas hantar anak ke sekolah. Bertolak ke Kelantan. 

Piring putih ditukar kepada piring hitam. Aku sempat juga bertanya. Berapa rumah pasang sehari. Hari ini ada 6 buah rumah. Rumah aku yang last. Biasanya dalam seminggu ada 20 pemasangan. 1 pasang dapat claim RM100(ada kawan yang buat ni). Kalau 20 seminggu, dah dapat RM2000. Satu bulan, cecah RM8000. Tapi 3 bulan baru dapat duit tu.



Kotak dekoder baru.


Powered By Blogger