Jom Follow

Ahad, 20 Jun 2010

Ziarah Seberang Tambak.


semalam di batam.
hari ini dah di singapura.
rehat dan jalan-jalan sehari dulu.
tak pernah sampai sini.
ambil masa sikit.
dok di hotel grand central ltd.
terletak di Orchard Road.
sampai tadi tengahari. 
cdm kartini gi pusing-pusing dengan gengnya.
aku malas nak ikut. 
jalan sendirian je.
naik juga beberapa shooping mall. 
sales sehingga 70% potongan
. tengok, tengok.
rupa-rupanya pesta jualan murah kat sini.
banyak pilihan, tapi sayang aku nak perabis duit.
beli 2 buah buku je kat sini.
semalam kat batam aku dah perhabiskan 750,000 rupiah beli buku.

walau sekejap aku pusing-pusing tadi.
banyak boleh belajar kat sini.
bergerak kena pantas. 
10,20 minit berjalan kaki tu biasa je.
jangan kisah dengan orang, orang tak ada masa nak perhatikan kita. 
duit kena banyak kalau nak hidup sini.
perniagaan adalah pekerjaan utama kat sini.

semua itu boleh kita bawa dalam meniaga kita. 
kena cepat bertindak. buat,buat dan buat. 
tak payah pikir apa orang kata pada kita.
dah betul pilihan, buat je terus.
meniaga ini tak ada yang gagal. 
orang yang berjaya adalah orang yang tekun, ada perancangan dan
buat ikut perancangan yang telah dibuat.

Akademi Taipan181 Bergerak di Batam

mc hebat dari batam. celotehnya bisa membakar semangat.

cdm kartini bersama pelopor hai-o di batam.
warga Batam sedang kusyuk mendengar/melihat demo BA.
encik shah sentiasa membantu Taipan.

Bertemu kembali pada hari ahad.
Hari yang ditunggu oleh banyak orang.
Hari boleh rehat dari kerja.
Hari rehatkan minda, dari pikir pasal kerja. 
Hari boleh jalan-jalan dengan anak-anak. 
Hari untuk tidur bagi sesetengah orang. 
Hari ini juga hari terakhir cuti sekolah di Kuala Lumpur
dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. 
Bagi peniaga seperti yang meniaga di car booth sales Shah Alam, 
hari ini hari bertuah bagi mereka
. boleh meniaga dan menjadi tempat tumpuan ramai.
pasaraya pun penuh dengan anak-anak muda lepak-lepak.

Bagi warga Taipan, hari juga hari yang ditunggu-tunggu.
pagi tadi ada kelas di USJ Taipan.
tempat untuk kutip sebanyak ilmu mlm untuk
menjadi panduan sepanjang menelusuri liku-liku mlm. 
Kelasnya untuk prospek baru dan untuk orang-orang lama. 
Kelas untuk orang baru, berkisar kepada kenapa perlu berniaga dan 
kenapa pilih hai-o serta Taipan 181.
Orang lama boleh cas semangat.
Bertuahnya kalau ikut Taipan berniaga.
Kita sentiasa dibimbing.
Kita sentiasa dibakar semangatnya.
Kita sentiasa dapat sms motivasi dari leader-leader.
Kita sentiasa dihati leader.
Kita seperti adik beradik. Kita bagaikan satu keluarga.
Kita boleh berguru direct cdm leader.
Kita sentiasa bersama dan bersatu berjuang/berusaha menjadi lebih baik. 
Kita tak bekerja seorang diri, walaupun ke mana kita pergi
, ingatlah semangat taipan sentiasa bersama
doa warga taipan sentiasa dititipkan untuk kita.
Taipan berada di seluruh negara. 
Kelas-kelas bimbingan dimerata tempat.
Pergilah ke tempat kelas-kelas taipan.
Bawa diri dan prospek. Beri peluang untuk dibimbing.
Di sana kita akan dapat ilmu dan semangat untuk terus berjuang, 
Berjuang sehingga tercapai kita punya impian.
Dari Perlis sampailah ke Sabah, Taipan telah melebarkan sayapnya.
Memayungi dan membimbing sesiapa sahaja yang mahu dibimbing.
Dalam Taipan siapa sponsor anda dan siapa uline cdm anda tak penting,
yang penting anda mahu dibimbing. 
Cdm-cdm mana sekali pun tak loket untuk berkongsi rahsia kejayaan masing-masing.
Semakin ramai cdm berkongsi semakin berjaya cdm tersebut. 
Cdm taipan tak ada yang kedekut ilmunya. 
Kalau ada alamat dah nak mati meniaga.
Semalam juga aktiviti taipan pun ada. 
Roadshow di Hotel Seri Malaysia Kuantan. 
Sambungan siri roadshow Taipan. Sambutan amat menggalakan.
Yang hadir terbakar habis. Meniaga mesti jadi. Tak boleh dok tunggu-tunggu lagi.
Buat sekarang jugak. Tak payah tunggu semua halangan tak ada.semangat yang ada pada abe zainal tak pernah padam. medan dah gi sekarang ni di batam pulak. tahniah juga pada uplinenya cdm zaiton tak henti-henti bagi dorongan kepada abe zainal dan kak ana.
di batam juga ada meeting. 
dsm kak ana, abe zainal serta yan yang berusaha sungguh-sungguh buat meeting.
dengan bantuan rakan kongsinya yang dah ada di batam. 
kehadiran lebih 50 orang. dah kira ok tu, buat pertama kali. 
yang datang tu memang dah biasa buat MLM.
dah tahu apa kerja yang kena buat kalau mahu berjaya
. kami datang untuk support mereka je.
ditempat-tempat lain juga Taipan akan kembangkan sayapnya.
seperti di medan, padang, makasar, dan
beberapa tempat lain lagi, dalam perbincangan.

lepas meeting; terus sign up. dapat kopi ginseng percuma lagi.
banyak lagi kelas-kelas taipan yang berjalan semalam. 
syukur pada Allah kerana memberi kepada kita kekuatan untuk terus bertahan dalam meniaga ini. bersyukur juga kerana prospek baru sentiasa ada dan malah semakin bertambah dari masa ke semasa. syukur juga pada Allah kerana leader Taipan sentiasa bersama dan bersatu.

Sabtu, 19 Jun 2010

adake luck2?


sambungan luck...........................
baru je lepas sembang dengan leader-leader. esok kena pagi-pagi dah kena gerak ke kuantan. jam 5am dah kena bertolak dan mesti sampai sana sebelum jam 8am. itu kalau dari kuala lumpur. jam mereka kena bangun. berapa jam je mereka tidur. ada yang masih belum tidur lagi niiiiii. luck ke macam ni?

ada yang dari Penang pun gi. Kena lalui KL. Ambil rakan kongsi dulu. Lihatlah betapa jauhnya perjalanan yang mereka kena tempuhi. berapa banyak tol yang mereka kena bayar. betapa pengorbanan yang mereka lakukan. semua itu nak berjaya dan menjadi apa yang mereka mahu jadi. luck ke macam ni?

ada juga yang datang dari Kelantan. datang nak dapatkan ilmu. semata-mata nak berjaya. semata-mata nak tinggalkan kesenangan buat anak-anak. semata-mata nak bagi pendidikan terbaik untuk anak-anak.

ada lagi dari KL ke Alor Setar, ke Kelantan dan ke Kuantan pulak. dari KL hari rabu lagi. wow hebatnya. dengar cite malam ni dah sampai kuantan. luck ke macam ni?

nanti ada pulakk yang tak nak buat, kalau kena kerja seperti ini. tak nak sebegini kerja pun tak apa. tapi jangan harap dapat lebih banyak dari mereka lah. kerja ikut kemampuan dan kesanggupan diri sendiri. kalau tak mampu tak apa, bina meniaga ni dekat-dekat dulu.
orang buat 5 tahun, dah stabil dan kukuh ekonominya. kita kena 9,10 tahun je. lebih lama sikit la. tapi tak apa janji capai juga seperti orang lain dapat. buat berterusan je.

Jumaat, 18 Jun 2010

pencen1


masa aku nak resign. cc tanya aku, tak sayang ke jawatan. sayang tak dapat pencen. meniaga ni tak sentiasa jadi. kawan-kawan aku kata. 'sayangnya tak sempat pencen". kadang-kadang aku tertanya sendiri pencen tu wajib ke? aku jawab senang." kalau hidup macam aku sekarang ni tak sempat pencen pun, mati dulu kot. jadi tak sempat pencen pun. jadi kalau aku nak merasa pencen kena resign awal.

orang kerja sendiri, mana ada istilah pencen. mereka akan berkerja selagi termampu. aku tengok orang kampung yang kerja kampung. tak pikir bila, nak pencen. kerja, kerja, kerja. walaupun semua anak dah kejo sendiri. malah dah berderet cucu. duit yang anak-anak bagi dah cukup, tapi masih nak buat kejo jugak. kerja, kerja, kerja kerana tenaga masih ada dan kena kerja. suka pada kerja sebab dah berpuluh tahun bekerja. masa ni kerja bukan lagi pasal duit.

tak payah nak pikir pencen. pikir wat kerja je. bila duit dan aset dah cukup. tiap-tiap bulan masyuuuuk. contoh mudah. kalau kita ada simpanan dalam tabung haji; rm5 juta. andaikan keuntungan 5% setahun. kita akan dapat rm250k setahun. banyak tu bebbbb. kita boleh pencen dari bekerja secara aktif. kerja kerana suka wat kerja. wat kerja percuma pun boleh. ngajar rumah anak yatim ke.

nak jadi macam tu. tetapkan bila nak capai impian tersebut. kerja kena kuat, kerja mesti rajin, kerja mesti lebih lama dari orang lain. buat mlm adalah cara tercepat nak capai tahap tersebut. bagi masa pada diri, buat kerja giler-giler 5,6 tahun. kumpul duit dan aset banyak-banyak.

pilih syarikat yang betul, kukuh, dah lama wujud. bukannya 1,2 bulan. kita kena kebanyakan syarikat akan mati sebelum cecah 2 tahun. perhatikan dah banyak syarikat mlm yang dah berkubur. MP juga kena perhatikan. boleh gi jauh ke tidak. boleh buat duit ke.

syarikat dah betul. kena tengok pula upline dan team. upline ada wawasan ke tidak? upline penting diri ke tak? upline hati besar ke tak? upline ada mentor ke tak? risik-risik juga dengan dlinenya dulu sebelum masuk. nanti menyesal pulak. tersalah upline. tapi kalau upline ada group yang mantap, kita boleh terus ke upline leader.dapat bimbingan terus dari upline leader.

kami pun sentiasa berusaha kearah itu. matlamat kami rich young retire young. target dah ada tinggal usaha saja. kami sentiasa positif dan yakin, kami boleh kami akan berjaya,kami yakin dan pasti anda juga....so apa tunggu lagi,kita dah team taipan 181 lambang keunggulan dan kejayaan.PASTI HEBAT....


adake luck?



semalam, masa dok tengok bola. saya dapat satu sms."biz mlm ni ikut luck". disent oleh salah seorang leader. ade ke luck dalam dunia ni? kalau ada saya pun nak. nak dapat kat mana. jom gi ramai-ramai ambil luck tu, kalau betul adalah.

Allah tak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum tersebut mengubahnya. mana ada luck kat sini. kena buat usaha baru dapat. kita kerja sekarang ni ade ke pasal luck. belajar dari sekolah rendah, sekolah menengah, masuk u dan mintak kerja. bila dapat kerja, orang kata pasal ada luck pulak.

biarlah kami cite apa yang kami buat untuk berjaya. anda boleh lihat mana ada luck. kami buat dan doa pada Allah supaya dimudahkan bagi kami mencari rezeki melalui perniagaan ini.
kami join dah 10 tahun. tak berhenti usaha sampai sekarang. dah beribu prospek yang telah kami jumpa. semua negeri dah kami jelajahi. lepas sekolah terus jumpa prospek. kadang-kadang balik malam. hujung minggu, seawal pagi kami dah keluar rumah dan baliknya pulak tak tentu masa. keluar pagi balik malam. keluar orang belum bangun, balik orang sudah tidur. sebulan kami bergerak lebih 10k km. dah berapa banyak duit, buat bayar saman. dah berapa banyak tol yang kami bayar. dah berapa minyak yang kami dah guna. dah berapa banyak bill telefon yang kami dah perhabiskan. dah banyak duit guna servis keta. dah berapa puluh kali kami ikuti seminar-seminar. dah beribu meeting dah kami hadiri. berapa banyak buku yang kami dah baca. dah berapa banyak duit habis dok bayar sewa dewan untuk buat meeting. dah banyak kali tidur tepi jalan, kepenatan.
adakah ini yang dikatakan luck? ini bukan luck tapi usaha/ikhtiar yang kami buat untuk sampai ketahap ini. kalau ada luck tak perlulah kami usaha sekuat ini. sampai sekarang ni pun masih berusaha lagi. bukannya kami dok saja.tanyalah cdm-cdm kita tu. apa usaha yang mereka dah buat untuk jadi seperti sekarang.

itu yang kami lalui. tanyalah cdm juliani, cdm faridah, cdm ku yah, cdm siti rozana, cdm siti rohani. bagaimana usaha mereka, nak capai seperti hari ini. tanya mereka. ade ke luck?
tak ada luck tapi ada usaha yang berterusan. buat sampai jadi.

Khamis, 17 Jun 2010

semalam1

sekadar nak cite. tak cite pun tak apa. tapi rasa nak cite. aku rasa ada juga paedah. kalau aku cite. cite biasa-biasa. tak pelik mana. semalam aku gi makan nasi, di warung pak din, berhadapan dengan kedai baiki motor. sedap. memenuhi selera aku. sape-sape nak try boleh datang. hari sabtu dan ahad tak meniaga. lepas zohor dah buleh makan. banyak jenis lauk ada. pilih je. harganya tak mahal sangat.

masa aku nak gi makan, memang dah niat nak jumpa dengan seseorang. nak cakap-cakap. kot-kot melekat. jadi tt baru. makan pun sorang-sorang. cdm kartini gi dengan anak-anak. aku jenis malas nak ikut-ikut. sedang baca buku pasal 'law of attraction'. nak cuba. betul ke jadi...

memang betul berlaku. sembang dengan kawan. aku tak kenal pun. dia duduk semeja dengan aku. warga malaysia, asal seberang. surabaya.

datang sini 1998 lagi. dah lama. namanya ashari. dah kahwin dan anak ada 2. semuanya dok kat kat surabaya. buat kontrak kecil-kecil. dah 10 tahun buat kerja ini. selalu ada projek. tak menang tangan. pekerja ada 5 orang. tinggal 1 rumah je. jimat belanja. semuanya dari 1 kampung. tolong menolong. bantu sesama orang kampung. erat kerjasamanya. gilir-gilir balik kampung.

projek tak mahal sangat dia ambil. lepas gaji dia dan pekerja serta ada sikit-sikit untung sudah. paling penting gaji pekerja mesti lepas. jangan makan titik peluh orang lain tanpa bayar. sikit-sikit lama-lama jadi bukit. dah buat rumah di kampung. banglo besar. habis rm60k.

kenapa tak balik dok sana?
peluang buat duit. kenapa tak ambil kesempatan. duit banyak gunanya. tabung pendidikan anak-anak belum cukup lagi. nak hantar anaknya belajar di Mekah. banyak juga pakai belanja. nak harap sape lagi. dia kena persiapkan duit tersebut. bila sampai masanya nak guna. kena berjimat. kat sini tak beli ape pun. motor tak ada. basikal pun dia tak beli.

kenapa kontraktor lari?
biasanya tokeynya main perempuan. nak untung cepat dan pentingkan diri sendiri. alasan rugi. ni 3 sebab kontraktor renovation rumah lari. lain-lain sebab aku tak tahu. aku tulis ni pun dia yang cakap.

bagi dia, mesti buat sampai tuan rumah puas hati. tak boleh cincai-cincai je. duit dok no 2 sekarang. duit boleh hilang sekelip mata je, kalau ambil duit orang dengan cara tak betul.
mula-mula datang dulu susah. datang naik pom pong. tak ada permit. masuk haram. kerja gajinya murah rm15. dah la datang sampai jual lembu. harga masa tu amat murah. rm60 je kalau tukar pada duit kita.

datang sini, mintak restu orang tua. restu mak bapa paling utama, kalau tak susah cari rezeki. itu keyakinannya. kenapa? betapa susahnya mak mengandung. tidur susah, sakit dan macam-macam lagi. gadai nyawa semasa melahirkan kita. jadi restu ibu dan doa ibu paling penting. maknya pesan, jalan mesti lurus. jangan serong. hidup kita ni tak lama. mati juga akhirnya.

tak pakai ilmu kebal ke? tanya aku
"tak payah pakai. guna kunci ilmu je dah cukup"
"baca bismillah setiap kali nak buat sesuatu" yakin dengan Allah sahaja.

itulah serba ringkas citenya. ambillah paedahnya. mesti rajin buat kerja. kena jujur dan jalan mesti lurus. sentiasa berdoa dan mohon restu dari ibu. pergunakanlah mana yang baik. gunakan untuk besarkan kita punya meniaga. kita tunai, apa yang kita janjikan. jangan janji yang pelik-pelik. nak tolong cucuk orang ke. nak tolong jual barang ke.

jangan pulak kencing rakan kongsi. ambil sales dline. tak punch sales dan banyak lagi. buat mana yang boleh je. dapat duit banyak pun tak guna, boleh hilang sekelip mata je. orang pun tak lama meniaga dengan kita. selalu penat, sentiasa ganti baru. baru datang, lama hilang.

tipah tertipu

apabila gagal.
mulalah dok cite;
syarikat penipu,
tak betul,
buat aniaya orang,
bayar loan sampai mati,
upline tipu,
upline tinggal,

macam-macam lagi kutukan pada syarikat. pada orang yang masih setia dengan syarikat. jumpa keta yang ada sticker pun sumpah-seranah, belum lagi jumpa orangnya. tengok iklan pun marah. tengok papan iklan pun marah.
kenapa?
syarikat tak salah. kita yang gagal, jadi diri sendiri yang salah. kena tipu dengan upline. diri sendiri yang salah. dok percaya bulat-bulat pada upline.
"masuk dengan aku, barang tak payah risau, aku tolong jualkan"
" kalau join dengan kita orang, orang pun kami bagi"
bila masuk, tak buat pun. tak jual pun barang. tak cucuk pun orang. nak ajak gi jumpa prospek pun tak turun dengan berbagai alasan. tipu je. siapa yang kena tipu. diri sendiri juga. kenapa nak join dulu tak pikir masak-masak. percaya bulat-bulat pada mereka yang ajak.
dalam mlm ni mana ada orang cucuk. kalau janji tu tipu.
Powered By Blogger