Jom Follow

Isnin, 25 Mac 2013

Bola Kampung The Movie 3D.

Monday. Minggu terakhir bulan Mac 2013. Minggu closing. Minggu kritikal. Minggu sibuk kejar target. Belum qualify car fund, minggu inilah untuk pulun gile. Belum qualify bonus wawasan, minggu inilah yang tinggal. Kalau dah qualify, tahniah. 

SM mesti lompat ke SSM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
SSM mesti lompat ke DSM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
DSM nak ke DDM. Ada berapa lagi yang belum cukup?
DDM nak ke CDM. Ada berapa lagi yang belum cukup?

Anda kena tahu dengan tepat. Senang nak buat kerja. Senang upline nak support. Senang mentor nak bakar. Jangan main agak-agak. Bila agak-agak, silap-silap tak achieve. Lagi sedih, bila sikit je yang kurang. 

Minggu closing, kebetulan pula dengan cuti sekolah. Cabaran juga, cikgu cuti. Ramai juga yang ambil kesempatan bercuti bersama-sama anak-anak. Kena bijak cari plan alternatif. Kalau tak kena gaya, dok saja je. Tak ada demo. Rugi tau.

Minggu closing. Ada juga rakan niaga yang balik kampung. Kenduri kendara. Masa untuk biz, hampir tak ada langsung. Mungkin darinya tak ada volume yang keluar. Kita kena bijak, atur langkah. Kongsi panduan, balik kampung demon tak tinggal. Masih boleh biz, walaupun di kampung. BVSM dan tools biz mesti sentiasa ada bersama.

Balik kampung, jumpa sahabat. Sedara mara. Orang kampung. Orang kampung yang sama-sama berhijrah ke bandar dan tak pernah jumpa. Ketika sama-sama balik kampung nilah nak jumpa. 

Kalau rakan niaga tak balik kampung. Wow! boleh pulun biz. Boleh double volume dan in shaa Allah income juga double.

Aku pun ada tugasan. Tak follow Cdm Kartini keluar demo. Kena layan anak-anak. Agar tak boring. Cuti sekolah ada juga manfaatnya.

Layan 'Bola Kampung The Movie 3D'. Boleh tahan. Menarik. Tak boring. AKu boleh ikuti sepenuhnya. Cuma, kesejukan yang amat.
Usai tonton cerita, KFC jadi sajian. Anak-anak zaman sekarang. Nasi dah tak penting. Makan apa saja, asalkan boleh kenyang.

Sempat lagi singgah sini. Seliparnya asyik hilang je...
Abang beli, adik pun nak.

Dari IOI, vroooom ke BBK. Ambil JTX1000. Kawan nak. Hantar ke Aeon Big. Ini kali ke-2. Prestasinya ok. Lebih jimat.
Kat sini kami jumpa kawan. Tak balik kampung. Anak nak SPM & PMR. Cepat kahwin.
Balik rumah. Rehat kejap. Malam ini, vrooooom ke Damansara Damai. Prospek hari jumaat minggu lepas, nak jumpa lagi malam ini. Nak lebih yakin kot. Nak tengok bukti-bukti terkini.

Ahad Yang Panjang.

Salam. Bertemu lagi. Harap tak ada yang termuntah. Tak ada yang pening-pening baca aku punya blog. Kalau dah berisi tu, pening-pening tu biasalah. Kalau tak pening-pening, macam tak sah.

Hari ini, lewat siki. Tak apakan, asalkan update. Sebelum tidur tu sempat, sempat follow aku punya entri. Hari-hari nak update. Kadang-kadang terlepas juga. Terlepas kerana ada hal-hal yang tak dapat aku elak. Sejak dua menjak ni, terlepas update kerana malas dah tak ada. Dah boleh kontrol. hihihihi

Semalam tak update. Why? Amboi orang putih pulak. Tak update, bukan malas. Aku, Mem & Baby balik kampung. Line tak berapa molek di kampung. 

Lagi satu Samsung aku dah tak boleh update blog. Sejak kat Paris lagi. Tak tahu kenapa. Tak tahu, rujuklah pada yang pakar. Itu yang tak update. Lagi satu sebab, jiwa kacau. Tidur tak cukup. Kami keluar KL, jam 11 pm dan tiba kampung jam 4 am. Nasib baik, mudah jenera. Dapatlah tidur 2,3 jam. Cas tenaga.

Sampai je, aku terus bagi bvsm buat Mek. Buat selimut. Agar kencing manis dan sakit-sakit & lenguh-lenguh kaki bisa hilang. Dah lama, Mek solat sambil duduk. Aku harap sangat bvsm, berikan semula kesihatan buat Mek, dengan izin Mu Ya Allah. Boleh solat berdiri. Kena tunggu dalam 2,3 hari. Baru boleh tahu.

Bandar Tanah Merah. Singgah beli bekal untuk dibawa ke KL.
Jam 9 am, bertolak ke Chuchur Puteri. Kenduri menyambut menantu. Abe Li & Kak We. Sampai situ jam 11.30 am. Terus membedal. Tak nak tunggu-tunggu. Makan saat panas-panas. Lagi nyakut. hihihi. 
Sempat jumpa & bergambar dengan Pok Sdara. Datang sebelah sana.

Sebelum sampai situ, kami singgah dulu di Tanah Merah. Beli apa-apa yang patut. Dah balik kampung. Ulam-ulam la yang beli. Nak bawa ke KL. Terutamanya lada solok. Di KL tak ada lada solok. Susah nak makan solok lada.

Tetamu agak reda. Jam 4 pm, kami beredar menuju KL. Sempat juga aku rebah belakang seketika. Cas tenaga, nak memandu menuju KL.

Sebelum sampai rumah. dua kali, Mem drive. Tak larat. Dah mengantuk sangat. Pertama di Merapoh sampai Stesen Petronas Felda Kechau. Kali ke-2, highway Karak menuju ke R & R Gombak.

Cdm Kartini drive kereta...

Menghampiri Bandar Raub. Baby ternampak papan tanda "Simpang Temerloh'. Terus dia ajak makan ikan patin masak tomyam. Mula-mula aku tak nak. Baby pujuk. Aku masih tak nak. Baby pujuk lagi. Akhirnya aku mengalah, dek sungguh-sungguh baby pujuk. Nak sangat makan ikan patin tomyam kedai rezqi tomyam. Mulanya Mem pujuk. "esok mama masak ikan patin tomyam. Mama beli kat pasar tani Shah Alam." Baby setuju tapi tak 100%. Diam seketika. Tiba-tiba baby bagi lagi syarat. " Mama masak mesti sama dengan Pok Lah Masak."

Sampai Bentong, naik semula ke Temerloh. Tak sampai 20 minit pun. Pecut habis. Dah oder siap-siap. Sampai je, terus boleh membedal. Dua ekor ikan patin. Masak tomyam. Makan sana, dan tapaw. hihihi RM 90 sahaja. Tak lah mahal sangat. Regonya masih terjangkau.

Baby & Patin Tomyam

Sampai KL. Hampir jam 12 malam. Rehat dan tidur. 

Belah pagi tak buat apa. Hanya rehat dan sesekali terjenera. Kasi cas betul-betul.  

Warung Kopi MAK JAH.

Petang baru bertenaga. Ke Giant, Putra Height. Bayar P1 dan Maxis. Dua-dua line internet. hihihihi. Singgah Kedai Mak Jah. Nasi Biryani kambing. Sedap! Capai standard. Dah lama orang dok promote kedai ini.

Usai makan. Vroooom ke Alamanda. Ada rakan niaga lama nak bayar hutang. Sampai sana, solat Zuhur. Habis je solat, Call masuk. "Abe Din, dok mana. Kita nak gi sana. Kat mana nak jumpa?" Aku tunggu dia kat tingkat atas, pintu dekat tempat main kanak-kanak. Aku suruh dia berhenti tepi jalan je. Tak payah masuk parkir ALamanda. Ramai sangat. Susah nak dapat ruang kosong.  Jumpa. Sembang sekejap. Dia belah. Aku pun hihihii.

Hasil melontar hari ini.

Masuk MPH. Cari buku. Tambah koleksi. Dah niat nak cari novel @ cerpen BM. Dapat 3 buah buku. Aiman sebuah. Kami keluar. Cari tempat lepak. Baca sambil tunggu Mem siapkan kerjanya.

Aiman & bukunya

Burger King lokasi pilihan. Baca dulu.  Dapatlah hampir 60 minit aku & Aiman dok kat situ.

Usai urusan di Alamanda. Bergerak ke Hospital Serdang. Sebelum itu, solat Asar dulu di Kompleks Kejiranan P16. Mem nak ziarah, pembantu makmal jabatan biologi yang tenak diserang kanser paru-paru. Dah pakat dengan geng-geng lama. Mem dan Aiman je masuk. Aku tunggu dalam kereta. Baca buku & tertidur.

Rupa-rupanya pesakit tu tak ada kat situ. Hospital Putrajaya. hihihihi. Mereka call. Aku tak perasan. Hp Aiman mood silent. 

Kenapa boleh tersalah hospital. Itu aku cerita lain kali.

Balik rumah. Rehat. Makan nasi ayam penyet. 


Belah malam. Kami ke Ampang. Jumpa sahabat. Bagi buah tangan dari London Paris.

Balik rumah. Update blog lagi. Sat lagi nok tidur pulok la.






Jumaat, 22 Mac 2013

Jiwa Jangan Kerap Kacau Kalau Nak Berjaya.

Bertemu lagi. Hari jumaat. Dah nak Maghrib. Lewat sikit. Tak apa, masih hari yang sama. Maaf kalayu ada yang dok tunggu. Ayat perasan!!Bukan tak nak kongsi. Tapi ada masalah sikit. Masalah tak sihat. Letih semacam je hari ini. Gula naik kot. Gout nak menyerang kot. Semalam sakan bedal hati lembu. Tapi dah 2 sachet, minum garam buluh. Macam nak ok dah.

Pagi-pagi hantar baby ke sekolah. Balik, makan nasi belauk. Rehat dan kat rumah. Tunggu Mem balik, dari ambil Aiman. Aiman balik, naik keretapi dan turun di stesen KTM Kajang. 

Sampai rumah. Kami keluar demo. Demo bvsm. Kena ambil mesin sweep kad kredit dulu. Prospek suruh bawa. Mana tahu ada orang nak guna kad kredit.

Cuba kehebatan bvsm.

SMV Sepang. Destinasi kami. Sampai jam 11 pm. Jam 12.30 habis. Keputusannya Ok. Memberangsangkan. Boleh pergi jauh lagi. Boleh pecut lagi. Prospek hari ini, akan join. Nak mula biz balik. 
Bacaan hari ini. Buku BM sekejap je habis. Buku BI je yang lambat. Tak apa, asalkan baca, hihihi

Aku buat apa. Baca buku je. Nak buat apa lagi. Nak jumpa Cikgu Saleh, dia pula tak ada. Cikgu Saleh ni PK kat situ. Dia ni mengajar satu sekolah dengan aku di SMT KL. 

Seronok dan puas hati. Seronok juga, lihat gelagat guru-guru dan pelajarnya. Ada juga yang datang ambil result SPM.

Aku juga nak share sikit. Pasal Mak budak. Datang sekolah dengan suami. Temankan anak ambil result SPM. Dia tunggu depan opis je. Anaknya yang sibuk-sibuk jumpa cikgu. Urus hutang dulu, baru boleh ambil result. Hutangnya RM300 lebih. Hutang apa aku tahu pasti.

Bila dah dapat result. Maknya nak jumpa dengan satu cikgu ni. Namanya tak jelas. Tapi anaknya kata cikgu tak ada. Eantah betul ke tak betul aku tak tahu. Macam nak sound sesuatu je. Tak puas hati dengan cikgu tu. Cikgu tu cakap sesuatu. "mana boleh cakap macam tu." rungutnya. Kalau jumpa cikgu tu, aku pasti akan disemburnya cikgu tu.

Nasi Ayam Penyet. Aiman temakan aku petang tadi. Tambah dengan sayat daging. Tak cukup sedap. Mungkin tak perap. Main bakar je. Tapi mungkin ini, cara satay Jawa Barat bikin. Aku tengok geng-geng mereka seronok je makan. Mereka makan dengan nasi tau..
 
Petang. Rutin biasa. Ambil baby balik sekolah. Jam 4.40 pm. Aku keluar rumah. Sampai sana jam 5 pm. Sekejap je tunggu. Mereka dah balik. 

Sampai rumah. Makan dulu. Nasi Ayam Penyet. Tumpang kaki lima, pasar basah Aida. Kedai ni, endlot, jadi sesuai untuk buat kedai makan, khusus makanan Jawa Tengah. Aku je melayu yang sering makan kat situ. Tak tahu kenapa? Nak kata sedap. Tak sedap sangat. Tapi ...

Mula-mula tumpang. Mana tahu, suatu hari nanti ada restoran sendiri. Tak mustahil. Kita tunggu. Sekarang ni dah ada seorang pekerja. 

Man Jadda Wajada. Siapa yang berusaha dialah yang dapat/jadi. Jom usaha lebih gigih lagi.

Biz MLM. Biz semangat. Biz mood. Tak ada semangat. Tak buat. Tak ada mood, tak jalan biz. hihihihi. Biz perasaan. Bila perasaan kacau, biz tak gerak. 

Ada orang, ketika semangatnya tinggi. Wow! kencangnya biz. Mampu jumpa ramai customer. Bila semangat kecut, Berhari-hari ponteng biz. Orang lain sebut pasal biz pun rasa nak termuntah.

Bila moodnya kacau. Biz mati seketika. SMS upline tak replay. Call tak berangkat dan tak call balik. Tapi ketika moodnya ok. WOW! biznya amat kencang. Kerap call/SMS upline. Minta nasihat/strategi.

Biz oh Biz. Macam-macam boleh terjadi. Kaya memang doh.

 




Khamis, 21 Mac 2013

Nak Berjaya, Pastilah Ada Pengorbanan.

WOO! Cepatnya masa berjalan. Dah hari khamis. Esok Jumaat, Lusa Sabtu dan Tulat Ahad. Lepas tu, minggu baru. Minggu terakhir. Minggu ligat gile.

24 jam sehari. Tak cukup rasanya. Kalau boleh nak tambah lagi. Tapi dah tak boleh. Semua orang dapat jumlah jam yang sama. Boleh ke, minta dengan sape-sape yang tak pakai sepenuhnya jumlah jam yang dia dapat. Kalau dapat berebut orang nak. Tapi dah tak boleh. Terpaksalah guna 24 jam tu dengan sebaik mungkin. Jangan persiakan, hatta 1 saat sekali pun. 

Bagi kaki biz. Nak-nak biz MLM. Lagi tak cukup masa. Mana nak jumpa prospek. Mana nak personal touch dengan downline. Mana nak bersama mentor. Mana nak hadir majlis ilmu. Mana nak bersama pasangan & anak. Mana nak jumpa orang tua. Mana nak ikuti kenduri kendara. Macam-macam lagi. Mana mahu tidur. hihihihi. Mana nak gi kerja hakiki lagi.
Ha!ha!ha! Melancong juga perlukan pengorbanan. Tinggalkan keluarga hampir 10 hari. Terlepas hari sukan sekolah baby, akibat delay terbang balik akibat ribut salji melanda eropah.

Tak apalah. Buatlah yang terbaik untuk diri dan keluarga. Buat biz rajin-rajin. Berkorban hari ini, untuk kehidupan hari esok yang gemilang. Kalau asyik dok kesian kat anak-anak yang selalu kena tinggal. Usahlah mimpi nak jadi jutawan kemudian hari. Tanyalah mereka yang berjaya hari ini, sudah tentu mereka telah korbankan masa bersama anak-anak. Mereka dah korbankan masa tidur. Mereka dah korbankan masa rehat. Mereka dah korbankan banyak perkara. Baru mereka boleh berada ditahap sekarang. Pengorbanan wajib. Tak lakukan pengorbanan, kejayaan biasa-biasa saja yang kita mampu capai.

Dah cukup cite pasal tu. Panjang-panjang, nanti ada yang jemu. Bila jemu, tak baca. Bil tak baca, tak singgah sini. huuhuhuhu.

Semalam. Biz jalan. Siang aku tak ikut. Malam je aku ikut. Siangnya aku terpaksa tidur.hihihi. Malam tu, aku lewat tidur. Sukar tidur. Bila tidur, susah nak bangun. 
Wow! Pagi-pagi dah ke Alam Damai. Dah jumpa banyak kisahnya. Macam dah lama tak bersua. Padahal semalam baru jumpa, ketika kelas. Cdm Hanim, sudah dapat rentak biz. Sudah jumpa beberapa rakan niaga yang nak berjaya. Hari-hari ada demo. Hari-hari ada appt. Hari-hari ada tanya. Bila Cdm Hanim full swing. Jaga-jaga letupan hebat bakal terjadi.

Tugas aku. Hantar baby ke sekolah. Tapi semalam Mem ikut, bawa sekali Amza. Sebab lepas hantar baby ke sekolah. Kami kena gi Alam Damai. Ambil kunci TTC dengan Cdm Hanim. Ada barang tertinggal kat kelas. Pagi-pagi keluar, tahu la. Jalam jem. Lambat sikit sampai. Nasib baik bukan hari-hari sangkut jem. Kalau kerja, memang dah rolek.

Dah ambil kunci, vroooom, ke TTC. Ambil barang yang tertinggal. Balik rumah. Aku tidurrrrrrr. Jam 12 Mem gi ke SMK Lembah Pantai. Jumpa rakan kongsi. Hantar barang. Demo produk. Positif semua yang Mem jumpa. Seronok. Ada yang dah guna bvsm, berikan impak positif. 

2 jam juga aku tidur. Bangkit tu, keluar. Ambil baby balik sekolah. Gi awal, jam 3 pm. Lepak dulu kat kedai Mamak USJ 1. Baca buku. Syok, tanpa gangguan.

Dulu ngajar sekali dengan aku di SMTKL. Suaminya pun sama. Kini bertugas di SMT Sepang. Dulu dah join. Tapi kini, join lagi. Tapi tak 100% lagi join. Masih ada impian yang belum tertunai dengan kerja guru. Tambah sikit usaha, dengan join MLM, mana tahu akan tercapai impian tersebut.

Jam 4 pm. Gi Stokis. Abil filter A,B,C. Kawan nak tukar. Bio Aura yang lama punya. Filter A yang dok kat luar. 5 lagi filter dok kat dalam. Dah tak keluar. Tapi Filternya masih ada.

Malam kami ke rumah kawan. Alang-alang gi, demo juga bvsm. Alhamdullilah positif. Mungkin join. X join, tak apa. Next pula..

Ohhh! Semalam kami dijamu laksam. Boleh tahan sedapnya. Apa lagi, bedal sakan. Poberet akulah katakan. 

Sampai rumah jam12.45 am....Mata kuyu, jam 2 am, baru tidur.


Rabu, 20 Mac 2013

Paris Hari Ke-2: Seine River

Hari ke-2. Aku di Kota Paris. Lepas breakfast, kami di bawa menyusuri Sungai Seine,menikmati pemandangan indah kiri kanan Sungai Seine. Sungai Seine mengalir di tengah Kota Paris. Panjangnya 776 km. Terdapat 37 jambatan yang melintasi Sungai Seine. Ada untuk kereta. Ada untuk kenderaan berat dan ada untuk pejalan kaki.

Harga tiket? Tak tahu. Travel agent dah settle. Kami naik je. Sebelum, naik, bergambar dulu. Pukul banyak-banyak gambar. Belum tentu datang lagi ke sini.

Jom tengok keseronokan sepanjang menyusuri Sungai Seine. Maaf terlalu banyak foto yang aku upload. Sayang nak buang. Semuanya penting bagi aku. Mula naik, sampai turun. Tak habis-habis bergambar.
Suasana jeti. Bukan kami je, ramai sangat.

Cdm Kartini turun dari bas.

Turun je, sibuk snap situ sini.


Bergambar ramai-ramai buat kenangan.


Seronok tak terkata, bila effiel tower berdiri kat belakang tu.hihi

Wow! Aku & Effiel Tower.

Gaya Cdm Kartini, spek hitam bro...


Cdm Kartini & Cdm Roshila.

Wow! Jeti Sungai Seine.

Wow! Jeti Sungai Seine

Upline & downline. Kawan sejak kecik.

Wow! Cari sudut paling menarik.

Wow! Macam nak terbang tu.

Wow! sampai baring, nak cari sudut tercantik.

Beratur naik bot.

Beratur naik bot.

Beratur naik bot.

Atas bot, cari tempat duduk baik punya. Tapi tak duduk pun. Masing-masing sibuk bergambar.

Wow! Mereka dah mula.






Semakin jauh tinggalkan Effiel Tower.


Fokus jangan tak fokus.








Pakat dok tengok ggapo.







Wow! Pasangan panas.


























Wow! Pasangan hangat.





Effiel Tower.

Wow!
Wow! Menakjubkan. 45 minit menyusuri Sungai Seine dengan bot. Menyusuri Singai Seine menjadi wajib, bagi pelancong ke Kota Paris. Dengan menyusuri sungai ini, kita dihidangkan dengan sejarah Kota Paris. 2007 datang Paris dah naik. 2013 datang, naik lagi bot. Ini menandakan kepentingannya Sungai Seine.
Powered By Blogger