Jom Follow

Rabu, 21 Disember 2011

Bowling.

Main bowling petang tadi.
Aku sekadar temankan anak-anak sahaja.
Dah malas nak main.
Layan buku je, sambil tunggu anak main.
Main sampai puas.
Bila dah sekolah, dah tak ada peluang lagi.
Makan mana boleh tinggal. Padahal kat rumah, aku dah suruh makan. kenyang katanya. bila main je, belum separuh dah minta nak makan. nak sandwich. makan sampai 3 sandwich.

Masam je baby. frust sakan. bola asyik masuk longkang saja. Kecil lagi baby. Main lagi. Belajar lagi. Fokus lagi. Lepas ni ok la tu baby. Relax la baby.....

'Tang' bergambar happy saja. Kecil lagi ni. Umur baru 7 tahun. Baru darjah 1.

Amboi anak aku. Bergaya nampak. 2 2 suka begini.

Seronok main bersama-sama. Jangan gaduh sudah.

Galaxy y.

Pagi tadi.
Breakfast kat Jabatan Pertanian Serdang.
Lewat ke sana.
Jam 10 pagi baru sampai sana.
Bukan apa,
pagi2 dok relax2,
 sembang2,
santai2 kat rumah.
Tapi sempat lagi.
Mee sup memang pilihan utama aku.
Itu je yang aku makan setiap kali ke sana.
Kalau nak cuba, boleh gi.
Lagi baik, belanja aku sekali.

Balik.
Singgah kat UPM dulu.
Ada Road tour oleh samsung.
nak promote hp baru.
Samsung Galaxy y.
Harganya RM499 sahaja.

Sungguh-sungguh promote. Baru ramai orang tahu. Lebih ramai yang tahu kelebihannya. Baru laku. Baru laju. Baru ok. Lebih gempak. Tadi siap ada hip hop lagi.

RM499. Nak beli. Tak nak tak payah beli. Beli hari ini, esok keluar yang lagi canggih. Beli hari ini RM499, dua bulan lepas tu harga dah jadi RM200. Lebih baik tunggu dulu. Lambat pakai, tak jadi masalah. Tak kuno pun kita. Dok kejar kecanggihan hp pun sampai bila. Gunalah apa yang sedang pakai sekarang, kecualilah dah hilang ke, rosak ke...

Wang Gaji!!!

Wang Gaji....

Dapat habis.
Dapat habis.
Dapat habis.

Tak menabung ke?
Tak menyimpang ke?
Simpanan hari tua tak buat ke?

Hasrat nak menyimpang ada.
Niat nak menabung tu memang ada.
Simpanan hari tua, tu memang nak buat.

Nak makan, tak berapa cukup.
Belanja harian semakin naik.
Belanja sekolah semakin naik.
Belanja hidup, semakin niak.
Gaji tak berapa nak cukup, sampai sebulan.
Kalau lebih pun terlalu sikit.....

KFC nak.
Pizzt Hut nak.
McD nak.
A&W nak.
Astro mahu.
Unifi nak.
Hp canggih nak.
Baju opis kena banyak.
Itu semua duit...

Kalau ada simpanan pun,
Potong gaji siap-siap kat Tabung Haji.
Kutu sesama rakan sekerja.
Dapat duit tu, dah ada tempat nak gi.
Road tax keta....dah pasti...
Sebelum bayar road tax, bayar sama dulu....
hi!hi!hi!i!

Nak sekat yang keluar memang tak dapat.
Dah belanja wajib semua tu.
Makan pakai.
Belanja sekolah.
Minyak, tol,
tambang bas..
macam-macam lagi.

Apa yang mesti buat.
Pastikan tingkatkan yang masuk.
Caranya memang banyak.
Kaedah memang mudah.
Ikhtiarnya mesti ada.
Asalkan rajin.



Semalam Punya Kelas.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Semalam.
Selasa.
20/12/2011.

Kelas BOP.
Diadakan seperti biasa.
Tapi dengan semangat luar biasa hebat.
Tapi dengan keghairahan yang luar biasa.
Tapi dengan passion yang luar biasa.
Mahu ubah kehidupan.
Biasa-biasa kepada kehidupan luar biasa.

Cdm Haryati menjadi kemudi kelas malam tadi. Bersemangat. Celotehnya menyuntik semangat juang untuk terus berikhtiar menuju kehidupan impian. Kehidupan lebih bercahaya. Kehidupan yang sedikit kesulitannya. Kehidupan penuh warna-warni. Ikut saja landasan yang dah terbentang. Follow sahaja. Pasti sampai. Kalau tak sampai, hanya lambat sahaja. Bukannya tak sampai langsung. Kalau berhenti, sah-sah tak sampai. So jangan berhenti. Jangan rehat terlalu lama. Jangan leka terlalu lama. Kos kelangsungan hidup semakin meningkat.
Cdm Hanim. Baru balik bercuti bersama keluarga di Singapura.  Pendidikan berterusan diamalkan di Akademi Taipan181. Leader ke. SM ke, SSM ke, DSM ke, CDM ke. Tetap belajar untuk jadi lebih hebat lagi.
Cdm Jai. Kenapa pilih Akademi Taipan181? Prinsip jaya dan menjayakan diamalkan di Akademi Taipan181. Tak ada tipu-tipu. Tak ada agenda tersembunyi. Telus dan jelas MPnya. Bimbangan berterusan. Ilmu cukup penting demi kelangsungan biz bersama Akademi Taipan. Perkongsian ilmu berlaku bila-bila masa sahaja.
Aku kena biz, Hai-O bersama Akademi Taipan181. Peningkatan kos kehidupan terutamannya belanja sekolah anak-anak meningkat begitu cepat. Persiapan untuk 2 anak, bisa cecah RM1000. Banyak tu. Belum sesi persekolahan bermula lagi. Buku tu nak beli. Buku ni nak kena ada.

Datang kelas boleh hilang stress. Hilang penat. Enjoy.

Tak jemu datang kelas. Tambah ilmu. Tambah masyuuuk. Follow upline yang juga teman sekampung ternyata berbaloi-baloi. Follow orang yang betul. Follow orang berjaya. Follow orang tak berhenti cipta kejayaan.
Setia dengan Akademi Taipan181. Ribut ke, taupan ke, gempa bumi ke, tsunami ke. Kelas tetap datang. Kutip semangat. Kaut ilmu. Lepas tu share pulak dengan rakan kongsi.

Ilmu sentiasa dikongsi. Baru boom biz. Kat sini pun ada ilmu yang ditransfer.
Semalam juga, rakan niaga yang lama tak datang pun datang.
Syukur sangat-sangat, mereka masih sayangkan akademi taipan181.
Masih mahu dibimbing oleh akademi taipan181.
Mahu kaya, cara akademi taipan181.
Mahu senang, cara akademi taipan181.
Kesibukan tugas, sedikit merencat perjalanan biz mereka.
Sekarang ni dah bebas dari ikatan kerja.
Dah boleh sambung semula perjuangan.
tangan dihulur, bersambut, ayuh terus bergerak.
anda akan dibimbing...

Selasa, 20 Disember 2011

2012 Tahun Power;CDC

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.

Encik Teo Nee Sian. Pengurus besar Hai-O Marketing.

Selasa.
20/12/2011.
Kami ke HQ.
Ada meeting CDC.
Semua CDC hadir.
Mula jam 10.35 pagi.
Tamat jam 12 tengahhari.
Mantap. Kemah. Tepat masa.
Tak banyak agenda, hanya serba sedikit pasal syarikat.
Agenda acara mega tahun 2012 sahaja.
Wakil Syarikat...

Kesungguhan dari syarikat.
Cuma belah pengedar juga kena lebih serius.
Belah pengedar kena lebih tekun/rajin/bombastik lagi.
Belah aku, belah cdm, belah akademi taipan181.
Dah nampak jelas. Dah nampak terang. Dah clear.
Cdm Safiah. Cdm Jamsari dan Cdm Chan.

Aku kena fokus. Anda kena fokus.
Fokus pada biz. Positif pada biz.
Ghairah pada biz. Loyal pada biz.
Cdm Ah Hock, Cdm Hamdan, Cdm Azlan, Cdm Kartini, Cdm Rohana dan Cdm Kak Miah.

Kalau masih mahu kaut duit dari Hai-O.
Kalau masih mahu, punyai banyak duit.
Kalau masih mahu, hidup lebih warna-warni.
Kalau masih mahu berjalan-jalan melihat dunia orang lain.
Fokus pada killer produk. Baru boleh kaya...

Syarikat dah sediakan ladang.
Bercucuk tanamlah semahunya.
Kutip hasilnya nanti.
Susah memang susah.
Penat memang penat.
Letih memang letih.
Kita pindah syarikat lain pun letih.
Kita pindah syarikat lain pun belum tentu duit lebih.
Kita pindah syarikat lain belum tentu kita kaya.
Kita pindah syarikat lain belum tentu kita lebih mewah.
Kerja kat Hai-O pun sama dengan kerja kat syarikat lain.
Hai-O White Coffee. Slim drink...

Tahun depan ada beberapa produk akan dikeluarkan.
Lebih kepada kesihatan terutamanya slimkan badan dan awet muda.
Produk kegilaan ramai dan peminatnya meluas.
KFC jadi hidangan tengahari tadi...tak padat kena nasi juga lepas itu...biasalah....

Boleh jual. Boleh masuk pasaran.
Lebih banyak pilihan.
Tak ada masalah. Berapa banyak pengedar nak beli produk.
Semua orang penting.
Masuk hari ini atau masuk 15 tahun dulu.
PV dan BV paling penting. Ini yang syarikat lihat setiap bulan....
Paling penting juga mesti turun padang.
Tak boleh tunggu rakan kongsi turun padang.
Kita mesti sendiri turun. Kita mesti jadi sm semula.
Kerja gile-gile untuk dapat hasil yang bombastik.

Lupakan kehebatan lalu.
Dah lepas. 
Bina kejayaan baru.
Bina kecemerlangan baru..


Sabda Rasulullah s.a.w


Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Apabila berlakunya kiamat sedangkan ketika itu terdapat di tangan salah seorang kamu benih kurma, jika kamu berupaya menanamnya sebelum terjadinya kiamat, maka tanamlah benih tersebut."

Kenapa ia perlu menanamnya sedangkan kiamat sudah hampir berlaku. Dia, malah sesiapa pun tidak akan mengambil manfaat dari tanamannya itu?

Ini membuktikan bahawa amal itu sendiri dituntut dan setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dan produktif sehingga sampai ke detik akhir kehidupannya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:
"Sesungguhnya kamu meninggalkan pewaris-pewaris kamu dalam keadaan kaya adalah lebih baik bagi kamu dari meninggalkan mereka dalam keadaan miskin dengan meminta-minta dari orag lain."

Isnin, 19 Disember 2011

X ada hari, X demo.

Sahabat Blog.
Sahabat Biz.
 
Prestasi Biz hari ini?
Ada yang baru nak demo.
Ada yang beru lepas 1 demo.
Ada yang dah lepas 2,3 demo.
Ada yang sedang tunggu demo.
Ada yang dah 2,3 demo dah siap, 
masih ada lagi demo malam ini.
Malah ada 2,3 demo lagi malam ini.
Klass gitu.
Apa-apa pun aku ucapkan tahniah buat anda semua.
Masih setia dengan perniagaan yang telah dimulakan.

Kami pun masih buat demo.
Kami pun masih settkan appt.
Kami pun tak duduk goyang kaki saja.
Kami tetap jumpa prospek.
Kami tetap tambah senarai nama.
Kami tetap buat kerja, demo,
seperti biasa. Hari hari kami buat.
x ada hari, tanpa demo.
 
Dah 11 tahun berniaga.
Masih berniaga.
Terus berniaga.

Hari ini ada 2 demo.
Syukur, nampaknya positif.
Cuma perlu follow up dokumen.
Doa2 agar tak berubah pikiran.
Apa-apa bisa terjadi.
 
Malam ini x ada demo.
Cdm bawa anak2 tonton wayang.
Aku melepak kat rumah.
Nak layan buku saja.
Ada lagi beberapa buah yang belum khatam lagi.

Koleksi terbaru. Travelog Wartawan Islam dah habis petang tadi. Malam ni nak tengok Hotshots pulak. Tak banyak cite, lebih banyak foto-foto saja.

Tengahari tadi pun beli lagi buku.
Semasa temankan Cdm demo kat IOI.
Nak kata demo pun tak juga, sekadar kutip dokumen.
Dah demo 2 bulan lepas. Dah submit kat bank.
Dah lulus pun tapi tolak.
Takut. Tapi bila pikir-pikir balik sampai bila nak hidup begini.
Lebih baik memulakan sesuatu usaha untuk keluar dari situasi begini.
Maka nak buat semula. Kena submit lagi. Harap2 pihak bank tak ada masalah.

Petang pulak ke Seri Kembangan.
Ada demo juga kat situ. 
Jumpa 2,3 orang prospek.
Harap2 tak ada masalah 'tang' dana. 
Masa Cdm berdemo, aku pulun habiskan buku2.
Syukur, capai target aku hari ini.
Ini yang seronoknya bila berniaga.
Ada lebih masa untuk buat apa yang aku minat.
Tak ada gangguan. Apatah lagi bila demo dengan 3,4 orang.
Kadang-kadang makan masa 2 jam.
Berapa tebal buku, bisa aku habiskan.
Seronoknya hidup.

x buat demo, x ada meniaga.
x ada appt, x ada meniaga.
x jumpa prospek, x ada meniaga.

Kena bijak serta kreatif tambah senarai nama..








Powered By Blogger