Jom Follow

Isnin, 8 April 2013

Hari ke-2 Sekitar Grand Palace Bangkok.

Ha!ha!ha!Dah boleh update blog. Dah buat apa yang patut aku buat. Dah free. Nak tidur boleh. Nak lepak boleh. Nak baca apa-apa pun boleh. Itulah seronoknya bila biz MLM. Nak bekerja boleh. Nak rehat pun tak ada siapa yang marah.

Aku baru lepas, minum sambil baca buku di Kedai Rejab. Kini dah kat bilik. Bagi masa untuk update blog. Masih ada cerita pasal Bangkok. Belum habis lagi. Ada lagi foto-foto yang belum aku kongsi. Hihihihi. Saja-saja kongsi, mana tahu anda dapat sesuatu dari blog ini.

Aku tahu bukan aku je yang pernah pijak Bangkok. Ramai lagi. Bukan setakat ramai, malah ada antaranya setiap bulan sampai sana. Mungkin dah tak ada apa-apa yang menarik untuk mereka. Bagi mereka apa yang aku tunjuk ini dah basi.

Selepas puas putar-putar pasar pagi di sekitar Jalan Ramhamheang. Naik ke bilik. Packing barang. Dah nak check out. Malam nanti naik bas menuju Hatyai. 

Dah janji, sekitar jam 10 am, sedara akan datang. Nak jalan-jalan sekitar Bangkok. Dah sampai, tak lihat tempat tarikan pelancong. Rugi juga. Kami datang bukan sekadar mencari makan saja. 

Aku depan bilik penginapan kami.
Seperti yang dijanjikan. Jam 10 am. Kami check out. Kami hantar bagasi dulu ke Stesen Bas. Lepas tu, baru jalan-jalan. Takkan nak bawa bagasi sambil jalan. Susah dan melambatkan pergerakan.

Ambil teksi. Wow! jauh juga. Hampir 1 jam baru sampai. Itu ketika jalan dah tak sesak. Dah lepas waktu puncak, Sampai tertidur. Tambang pun baru RM 20 sahaja. Murahkan. Tinggal bagasi. RM 15 sahaja, untuk 3 bagasi.
Wow! Besarnya signboard dia. Dari jauh pun dah nampak jelas.
 Ingatkan nak ambil bas. tapi dinasihati oleh guard kat situ, lebih baik teksi. Jaraknya jauh. Kalau bas tak tahu bila nak sampai. Destinasi kami seterusnya ke tengah-tengah Kota Bangkok. Aku tanya sedara kami tu. Nak bawa kami ke mana. dia pun blur-blur je.

Banyaknya merpati. Kat sini ada dijual butir jagung untuk bagi kat burung merpati tersebut.
Minum dulu. Hilangkan dahaga. Air kelapa jadi pilihan.
Buah potong pun ada.
Wow! Ramainya pelancong. Berpusu-pusu masuk Grand Palace. Free masuk, dalam pagar je. Kalau nak betul2 masuk kena fee 500 bhat. Kalau orang tempatan free je. Kami tak masuk sampai dalam. Kat luar je. Ambil foto je. Nak masuk sini, tak boleh pakai seluar pendek. Tapi tak apa, ramai orang jual seluar panjang untuk membolehkan pelancong masuk ke dalam.

Pintu Masuk Grand Palace.
Abadikan kenangan di sudut ini. Pagoda kat belakang tu.Wat Phra Kaew.
Wow!

 Biasa melancong ikut pakej. Nak masuk mana-mana dah tak perlu keluarkan duit lagi. Bila sendiri, terasa sayang juga nak masuk. Jadi kami belah tanpa masuk lebih dalam. Ada juga kami cuba masuk ikut lorong orang tempatan, tapi guardnya cek IC pulak. Kami cuba je, sebab sedara kami tu orang sana. hihihi


Tak jadi masuk situ. Kami beredar. Singgah dulu di kedai muzium queen sirikit. Cari kot-kot ada buku pasal Grand Palace. Tak ada. Tapi ada buku pasal Raja & Ratu. Beli buat kenang-kenangan. 

Naik tuk tuk, cari tempat makan.
Dah jumpa. Lihat tanda halal. Lain-lain aku tak tahu.
Kecik je pintu masuk. Dalam tu luas lagi.
 Dari situ. Cari tempat makan. Tanya driber tuk tuk. Nak cari kedai makan muslim. Dia kata tahu. Bawa kami bertiga. dia juga tak berapa pasti kat mana. Lama juga mencarinya. Siap tanya orang lagi. Akhirnya hajat kami dipenuhi. Hasil dia tanya orang, kami menapak menuju kedai yang dicakapkan tu.
Hidangan kami hari tu. Sup tulang.
Cdm Kartini bersama dengan tuan kedai. Dah tak larat. Dah umur 77 tahun.

Mula-mula jumpa. Tak berapa yakin juga. Bila bagi salam. Pekerja situ jawab salam. Kami jadi yakin. Masuk dalam, tengok orang pakai tudung sedang makan. Kami lagi yakin. Kami lebih yakin lagi, bila lihat tuannya ada kat situ. Pakai tudung lagi. 

Kedai ni, ada banyak stall. Tapi semua yang berniaga dalam tu, anak beranak semua. Macam-macam jenis makanan ada. Kami pilih nasi sup je. Best. Sebelum belah. Sempat juga bergambar dengan tuan kedai. Dah umur 77 tahun. 
Urut kaki dulu.

Ha!ha!ha!
Lorong ni lorong popular bagi pelancong.
Terlalu banyak tempat urut kaki.

 Usai makan. Jalan-jalan kawasan sekitar. Terkejut juga. Kawasan tu kawasan tumpuan pelancong. Bar & Pub berselang-selang. Ramai pelancong. 


Tunggu teksi.
Akhirnya kami, ambil teksi. Menuju stesen bas. Tak banyak teksi nak. Jauh dan jem. Tapi belum betul jem lagi. 

Sampai stesen bas. Mandi dulu. Kasi segar sikit. Lepas tu, melantak & beli bekalan dulu. Kalau tak kelaparan nanti. Tak tahu, bila bas berhenti. Kat mana berhenti. Ada makanan halal ke tidak.Semuanya masih jadi tanda tanya pada kami. Jalan selamat makan kenyang-kenyang dan naik bas tidur saja.
Bas telah tersedia di platform 29.

Jam 7 pm. Bergegas cari platform 29. Jumpa bas dah tersedia menunggu. Jam 7.45 pm. Terus jalan. Bye-bye Bangkok.
Jumpa kawan dari Medan pula. Boleh luaskan jaringan kat sana pula.

Atas bas pula. Jumpa sahabat. 3 sekawan dari Medan, Indonesia. Komplen kena tipu. Tiket yang mereka bayar RM200 seorang. Kami hanya RM80 sahaja. Dah jumpa, sempat promote bvsm. Mereka ok je. Mereka ni peniaga. Dah selalu datang Bangkok. Ambil barang untuk dijual di Medan. 

Mereka balik Hatyai dan terus ke Penang dan KL. Nak cari barang di Jalan Kenanga. Dah nak raya. Cukupkan bekalan. 

Bukan itu saja. Barang Indonesia juga mereka bawa ke Malaysia. Berkontena-kontena. Kaya tu.

Bas ok. Selesa. 2 tingkat. Penuh. Ada seorang petugas khas. Driber bas tak payah buat apa-apa tentang urusan penumpang. Bilik air pun bagus. Cuci. Tak berbau.

Orang balik kampung, Songkran punya festival. Orang cuti lama. Sikit kurang selesa. Aircond tak berapa sejuk. Kepanasan kami. Tapi peliknya orang lain siap selimut lagi. 

Jam 12 bas berhenti rehat. Makan. Kami yang muslim. Dihidangkan bubur nasi. Nasib baik ada juga. Ini dah masuk dalam harga tiket. Tak sibuk-sibuk cari makan lagi. Lepas makan, aku solat. Siap solat bas dah nak jalan.

Kali ini, tidur saja lepas tu......terganggu dek panas. Komplen kat driber. Lepas tu baru boleh tidur. 

Di sini bas rosak.
Sampai satu stesen. Bas turunkan penumpang. Bas pula buat hal kat situ. Rosak.

Tunggu bas penyelamat tiba.
Terpaksa tunggu kat situ. Sekitar jam 6 am. Nasib baik di stesen bas. Boleh cuci muka dan tunai hajat dengan lebih selesa.
Sempat juga tambah kawan. Inilah satu-satunya yang boleh BI. Sunee.

Sejam kemudia sampai van. Ambil dulu satu puak. Lain-lain kena tunggu lagi. Datang lagi van. Ini van kami naik.
Stesen Van untuk perjalanan jarak jauh. Bas pun ada. Pilihan ditangan anda. Tiketnya juga berbeza.
Van ini hantar kami ke Stesen Van dekat Hatyai. Dari situ naik tuk-tuk ke hotel regency. Geng Indonesia, teruskan perjalanan ke Penang dengan Van yang lain pula.

Cukup dulu. Nanti kita sambung lagi ye! jangan jemu baca.



 



Ahad, 7 April 2013

Kenduri Kahwin Di MBSA: Cdm Haryati Punya Adik.

Dah sampai rumah. Boleh doh kalu no guling-guling atas katil. Bui sepukul duo. Doh la tengoh kenyang. Lepas kenduri kahwin adik Cdm Haryati. Majlis ini diadakan di dewan MBSA Shah Alam. Kami gi dale jam 12.45 tadi. Kena nasi minyak + Gulai daging + Dalca + Acar Buah. PPalut molek.

Tak habis makan, sampai pula Cdm Faridah & Cdm Abe Zul. Duduk pula satu meja. Wow! Lagi best. Lagi panjang cerita. Kami juga kongsi pengalaman gi Thailand. Murah dan menarik. Tak banyak melawat tapi pusing pasar malamnya. Masuk pulok, Abe Talib. Lagi panjang ceritanya.

Semua tetamu dihiburkan oleh alunan lagu-lagu nasyid oleh adik Cdm Haryati. Suaranya boleh tahan. Boleh bertukar dengan penasyid asal. Ada bakat + ada minat. JJadi molek.

Sebelum melangkah ke dewan. Pukul dulu gambar, buat kenangan. Ambo mace doh kuruh tu. hihihihi
Make satu meja dengan Cdm Faridah & Cdm Abe Zul. Downline kesayangan. Lepas tu gi demo. wow! hebat.
Wow! Pukul gambar berdua. Depan pelamin tu.
Tadi 2 ore jah. Nok balik pukul sekali lagi. Kali ni 6 ore pulok. Kemah ke blako tu.
1.50 kami bergerak balik, Tak sempat lihat mempelai bersanding. Cdm Kartini ada hal petang nanti. Kena balik rehat dulu lah. Ambo pulok, tak dok ggapo. Keroh!keroh!keroh! jah agenda ambo.

Sebelum ambo bubuh noktah. Terlebih dahulu, ambo nok ucapkan terimo kasih buat Cdm Haryati dan Cdm Jai, sudi jemput kami. Keno pulok, nasinya sedap. Untuk makluman semua. Dengan berkahwinnya adik Cdm Haryati ini, maka 14 adik-beradiknya telah berumah tangga.

Pagi Di '10 Ramkhamheang Rd, Bangkok.

Selamat berhari minggu. Apa aktiviti anda hari ini. Bagi yang kerja, selamat bekerja. Bagi yang cuti, selamat bercuti. Bagi yang biz MLM @ Unit Trust @ Takaful. Hari ini, biasanya akan lebih sibuk jumpa customer. Ada ketikanya appt dari pagi sampai malam. Wow! Hebat. Ada juga hari ini, diadakan kelas-kelas ilmu, untuk lebih tajam lagi dalam biz.

ATM181. Dah lama tak buat kelas hari ahad. Bagi peluang pada rakan kongsi, bertebaran ke seluruh negara, bina biz sebesar-besarnya. Mereka boleh ke mana sahaja, tanpa ralat tak hadir kelas. Kesannya telah jelas. Ramai yang dapat network baru dan ada masa untuk bimbing mereka menjadi seorang fighter hebat.

Aku pun agak sibuk. Kena update blog dulu. Pagi-pagi ni, idea banyak sikit. Kisah kami ke Thailand pun belum habis lagi. Masih belum khatam lagi. Semalam aku share hari terakhir kami di Negara Gajah Putih. Hari ini, aku nak share sehari sebelum tu. Pelik sikitkan. Tapi tak apa. Cerita tetap cerita. Tak cerita, nanti kenangan indah tu hilang begitu saja. Sekadar memori sahaja. Untuk diri sendiri. Bila aku tulis, untuk aku dan untuk siapa yang membacanya.

Baru dua hari. Dah ada yang lupa. Dah ada yang tertinggal. Tunggu sampai seminggu, lagi banyak yang lupa. hihihihi. Itulah aku. Ingatan tak berapa tajam. Tapi hutan orang dengan aku, tak lupa tau. hihihi.

Hari ke-2 kami di Bangkok. Hari ke-dua sebelum kami angkat kaki. Panjang kisahnya. Banyak pula fotonya. Tak apakan. Harap sudi membacanya sampai habis. 

Abadikan kenangan depan Signboard Hotel Anda.
Kita mulakan belah pagi. Usai solat subuh. Siap-siapkan diri untuk keluar. Cari makan dan lihat suasana pagi di sekitar kami punya Hotel Anda di 10 Ramkhamhaeng Rd. Pagi-pagi ni, nak tengok orang berniaga, terutamanya peniaga muslim. Boleh kami breakfast sekali. Kami menapak sejauh 1 KM. Terdapat banyak gerai peniaga muslim. Ada can breakfast. Tapi kat sini dah lain menunya. Tak ada lagi nasi kerabu @ roti canai. 

Gerai satay ke ni...Makan dengan nasi tau.
Boleh tahan. Nasi dengan sup tulang.
Gerai apa eek?
Gerai ada ada jual nasi sup.
Salah satu gerai yang kami singgah. Jual nasi kuning dan pulut ayam. Kat sini, kami beli seketul ayam je.
Tak tinggal fb. Mana tahu kot-kot ada yang tanya pasal bvsm.

Kami singgah beberapa gerai. Isi perut juga. Isi pun sikit-sikit. Kalau bedal sekali gus, alamak tak boleh menyinggah gerai-gerai lain pula. Kami makan bubur nasi. Ayam goreng. Satay. Lain-lain gerai, kami snap foto je.

Misi ini, sekitar 1 jam sahaja. Lepas tu naik kat bilik. Lepak-lepak sebelum sedara kami tiba, untuk bawa kami ronda sekitar Bangkok sebelum kami naik bas sebelah malamnya.

Foto-foto atas tu gerai-gerai sebelah kanan jalan Ramkhamhaeng. Kat bawa ni pula sebelah kiri jalan. Sebelah sini pula, peniaga Siam yang kuasai. Kalau ada peniaga muslim hanyalah 1,2 gerai sahaja. Sempat juga aku lalu sini.

Suasana kat sini. Sibuk jual


Ramai-ramai yang dok meniaga kat sini. Inilah gerai peniaga muslim.

Pagi-pagi. Orang sibuk keluar pergi kerja. Sekitar ini, ramai muslim. Kalau datang Bangkok dan menginap sekitar ini. Mudah nak cari makan. Tak kebulur. hihihi. Bukan setakat makanan mudah, tapi sedap-sedap pulak tu. Masjid pun ada.

Persaingan cukup hebat kat sini. Jadi nak ikat pelanggang, mesti atas masakan. Mesti sedap dan lain dari yang lain. Tak perlu bomoh membomoh. Kat sini, kalau tak sedap. Mesti mati punya biz. Ada tu, hanya jual air saja, pun boleh hidup. Bukan air tebu, bukan air kelapa tapi air teh, itu macam.

Lagi satu, dapat lihat orang muslim yang kaya. Aku rasa la. Kalau ikutkan kereta yang keluar masuk kat kawasan sini.

Kita jumpa lagi lepas ini.




Hari Terakhir Di Bumi Thailand: Hatyai & Alor Setar.

Dah lapang. Anak-anak dah tidur. Bola pun dah habis. Tengok wall pun dah sudah. Tibalah masanya aku update blog. Sambung perjalanan kami. Hari terakhir di Bumi Gajah Putih. 

Sampai hotel. Kami tak terus naik ke bilik. Jenguk-jenguk dulu, orang dok berniaga tepi jalan. Nampak dari jauh, macam ada sesuatu yang menarik. 

Jual baju-baju je. Tak ada yang berkenan. Untuk anak-anak tu memang sesuai. Harganya tak murah sangat. Mungkin mereka tahu, kami ini orang luar. Katok sikit regonya. 

Usai dari situ. Kami balik hotel. Packing barang. Dah nak balik. Barang tak banyak sangat. Tak membeli sangat. Niat pun bukan untuk shopping. Sekadar jalan-jalan dan belajar budaya orang. Mana yang positif kami kutip, mana yang tak elok kita ketepikan. 

Sikap rajin. Man jadda wajada. Kreatif. Bersih. 

Jam 10.15 am. Kami check out. Settle semua. Cari tuk tuk. Minta hantar ke tempat van penumpang(Road tuor), untuk ke Padang Besar. Nasib baik, ketika kami sampai kat situ dah ada van yang nak ke Padang Besar. 

" Nak terus, 100 bhat seorang. Kalau tunggu 50 bhat seorang?" Tunggu bererti ikut time yang tertentu. Tiket pun kena beli dikaunter. Paling penting tak ada ulat tiket.

Kami pilih untuk terus bergerak. Kami hanya 2 orang sahaja. Kami agak-agak, van tersebut memang ada urusan di Padang Besar. Jadi ambil kami pun, sekadar lepas duit minyak kot.

100 bhat tu amat murah. Kalau dua orang baru 200 bhat. Tukar duit RM, lebih kurang RM 20 sahaja. Terlalu murah, kalau nak dibandingkan dengan kereta sapu. Kereta sapu minta RM150 untuk hantar kami ke Hatyai dari Padang Besar. Dah tak tahu. Kami setuju je. Lain kali tobat, tak nak guna khidmat kereta sapu. Baik masuk padang besar belah siam, cari van sana. Murah dan efesien. Selesa lagi. Aircond pun kuat. hihihihi.

Hampir sejam juga baru sampai Padang Besar. Van turunkan kami depan imigresen Siam. Masa kami turun van, ada satu kereta ni. Dah macam nak berhenti. Nak ofer kami. Tapi kami buat tak layan. Taku juga kena cekik. Kami tak terus chop passport. Rehat dulu di kantin Imigresen. 

Kat kantin ramai orang. Lama juga aku dok lepak, mengenang saat indah di Siam. Nak terus keluar pun, nak tunggu Cdm Che Mat kat mana.

Lamo juga aku dok perati orang-orang dok lepok. Aku pun buat-buat tanya.

"nok gi mana dik?"
"nok gi Manjung."
"kijo ssano ko."
"kijo kedai makan."
"pah ni kelik dumoh ko?"
"dok, mari chop passport. Ni nok gi terus. Dok tunggu driver mari."
"driver ttinggal passport di Danok."
"chop passport dan gi terus."
"boleh ko gitu."
"boleh."
"bayar brapo?"
"RM160. RM100 tambang, RM60 bayar chop."
"sapa sini bilo?"
"Pagi tadi."
"ni ssemo mari skali blako?"
"Skali, tapi lain-lain kedai."
"Hari-hari ado gini."
"Memang kerjo dia doh gitu, bawa orang chop passport dan gi selalu."

Tak lama lepas tu. Geng mereka ni dah boleh bergerak ke Malaysia. Mungkin van dah sampai. Kami juga yang masih tercokoh kat situ. Makan nasi juga sikit. Lapik perut dulu. Perancangan asal, nak makan kat Padang Besar belah Siam dulu. Dah sampai sini. Malas nak gi.

Setelah geng-geng tu beredar. Aku masih kat situ lagi. Saja-saja duduk. Update status fb. Tiba-tiba ada 2 lelaki duduk kat meja sebelah. Aku agak, mereka inilah yang uruskan chop-chop passport. Salah seorang dari mereka, dok kalut sikit sejak aku sampai sini. Bila geng-geng tu dah beredar dari situ. Dia nampak relax. 

Mereka dok sembang-sembang. Tak tahu ujung pangkal. Tapi aku nampak kawan dia tu dok kira duit. Lepas tu hulur ke dia. Aku kira-kira lebih kurang RM600 lebih. Sekali bagi RM100 dan 6 kali hulur. Lepas dia dapat duit. Dia minta izin nak pergi dari situ. Nak hantar orang.

Lepas je dia belah. Datang lagi seorang lelaki. Naik motor. Plat RX XXX. Aku dah lupa. Datang dan duduk kat sebelah kawan dia tadi. Berbasa basi. 

"Driver van, sampai pagi. Gi berehat dulu di Danok. Rumah kawan. Tertinggal pula passport. Itu yang lambat." Ini aku dengar dia cakap pada yang baru sampai.

Lepas itu, aku menapak keluar dari imigresen. Berjalan kaki menuju ke Imigresen Malaysia. Bawa beg, agak berat. Singgah di Kerajang Emas dulu. Kedai Bebas Cukai. Pilihan tak banyak. Tak ramai pengunjung. Lihat-lihat apa yang patut. Lagi penting, Cdm Che Mat boleh masuk sampai sini. Tak sampai 20 minit pun kami dok pusing-pusing dalam Kerajang Emas. Cdm Che Mat dah sampai. Bersamanya Nik dan Cdm Pak Su.

Kenapa Cdm Che Mat datang ambil? 
Sebenarnya kami tinggal WRY181 ke Cdm Che Mat. Malas nak tunggal kat Padang Besar. Tak dok sape nak start. WRY181, kalau tak start, bateri boleh kong. Bila tinggal kat Cdm Che Mat. Dia boleh start dan naik sekali. Bawa balik Klate.

Lepas tu. Masuk Pekan Padang Besar sekejap. Makan dulu. Masing-masing kelaparan. Belum makan lagi. Ketika itu jam dah 2.30 pm. Supn tulang dan nasi putih. 

Kedai Emas Musleem Gold. Baru 4 bulan beroperasi. Prestasinya menakjubkan.
Lepas makan. Vroooom ke Alor Setar pula. Sampai Alor Setar, dekat-dekat jam 5 pm. Di Alor Setar, singgah dulu di Kedai Musleem Gold, MBSA. Ziarah kedai Emas Cdm Che Mat. Wow! Tak sangka. Dah ada kedai. Dah ada pekerja. Ketika kami sampai. Pelanggangnya boleh tahan juga.

Keluarga Cdm Pak Su. Isteri Cdm Pak Su ni, seorang guru. Mengajar di Sekolah Teknik Alor Setar.

Lama juga dok kat situ. Tengok Cdm Che Mat dok layan pelanggang. Boleh tahan juga. Skillnya hebat. Dari situ kami ke rumah Cdm Pak Su. Ini rumah Mak Su yang lain. Kami tak pernah jumpa. No 2.Rehat dan mandi dulu. Lepas solat Maghrib. Beredar tapi tak terus balik. Makan dulu. 

Kami makan. Restoran di Jalan Kuala Kedah. Dekat dengan rumah Cdm Che Mat duduk. Kat sini lama juga. Hampir jam 10.30 baru bergerak balik KL. Kat sini, melantak sakan. Sedap. Capai piawai.

Kami sampai rumah jam 3 am...

Sabtu, 6 April 2013

Hari Terakhir Di Bumi Thailand: Hatyai

Selamat pagi. Dah lama juga aku tak muncul di ruang siber ni. Bukan apa, aku berkelana ke luar negara bersama isteri. Tak jauh. Negara jiran je. Thailand. Semalam baru kembali ke Malaysia. Dan pagi ini, boleh beraksi seperti biasa. 

Ada yang rindu tak? Ada yang termimpi-mimpi tak? Ada yang tertunggu-tunggu tak? Ada yang berulang kali singgah, mencari cerita baru dan terkini. Itu semua ayat-ayat perasan. Setakat blog macam aku ni, mana ada yang tertunggu-tunggu. Tak payah perasan lebih-lebih. Baik aku buat kerja aku. Pelayar alam siber dengan dunianya. Singgah sini, Alhamdullilah. Tak singgah pun tak dapat apa-apa musibah. Paling penting aku mesti istiqamah menulis. Tulis sejarah hidup. Berguna dikemudian hari.

Bukan aku tak nak update blog guna Samsung Galaxy Note. Tapi tak boleh nak post. Dah banyak kali buat sebelum-sebelum ini. Asyik tak dapat je. Itu yang aku malas. Tulis panjang-panjang, bila post tak dapat. Ada kalanya hilang gitu je. Jadi Samsung tu aku jadikan kamera je lah. Rakam perjalanan kami selama 5 hari di Thailand. Canon bawa saja, tak pakai pun. Buat berat je. huhuhu.

Sebenarnya aku tak berapa cek kat. Letih kot. 5 hari berkelana. Semasa berkelana, banyak menapak. Aktiviti tersebut tak buat sangat kat sini. Itu yang tak sedap badan. Kat Siam, 2 kali aku urut kaki. Lega seketika. Lepas tu menapak lagi. Setiap kali menapak, bukanya dekat. Kenapa menapak? Saja-saja lihat dan merasai bercampur gaul dengan warga tempatan. Kalau bergerak dengan teksi, bila masanya nak bertemu dengan orang tempatan. Saja susah-susah sikit. Bila susah, baru tahu bersyukur dengan nikmat yang telah kita miliki. Rupa-rupa syok, bila menapak. Badan pun berpeluh. Lebih sihat dan bertenaga. Itu yang makan lalu kat sana tu. hihihihi

Semalam balik. Jam 3 pagi sampai KL. Setelah 4 hari berada di luar kawasan. Biarlah aku mulakan kisah aku dengan hari terakhir dahulu. Baru kita undur ke belakang. Kisah akhir baru aku kongsikan kisah awalnya.
Berposing depan hotel, sebelum breakfast pagi semalam. Kami menginap di Hotel Regency. Hotel lama. Sedikit usang.
Semalam, Jumaat. Pagi di Hatyai. Usai solat Subuh. Kami bersiap-siap. Jalan-jalan cari pasal di Bandar Hatyai. Sedut udara pagi. Lebih segar, asap kenderaan belum tebal. Kenderaan belum berlumba-lumba keluar. Agenda kami, mencari nasi kerabu & roti canai susu. Kat Hatyai, kedai orang Patani baru ada nasi kerabu. Biasanya orang Patani boleh cakap Melayu. Kami menapak ke Restauran Khaled. Dari Hotel Regency, tak sampai 10 minit pun menapak.

Sebelum tiba di restaurant Khaled, kami terserempak dengan ramai Sami. Dok kutip derma. Ramai pulak tu. Ada juga kanak-kanak sekitar 30 orang. Pelatih sami lagi kot. Mereka pakai baju & seluar putih dan berkaki ayam. Mereka sedang berdiri depan sebuah kedai. Dari jauh aku nampak, seorang lelaki bawa roti untuk dibgi pada sami tersebut. Lepas bagi, aku dengar, sami tu baca sesuatu, mungkin doa kepada si pemberi. Itu aku agak je. Dah tak paham ape ke bende.

Cdm Kartini; Depan 'Khaled Restuarant. Foto hari Khamis, ketika lunch hari Khamis.
Nasi kerabu. Simple tapi menyengat.
Dah sampai Hatyai. Bolehlah datang sini.
Aku memilih nasi kerabu. Ternyata lain dari yang biasa aku makan. Sedap sungguh. Tak sia-sia cari nasi kerabu sebagai menu breakfast kami pagi semalam. Cdm Kartini pula tambah lagi satu menu, roti canai, makan bersama susu.
Wow! Roti kosong berpalut dengan susu. Sedapnya. yumyumyum.

Nasi kerabu, 3 pinggang dan roti canai 1. Wow! Itulah yang kami bedal kat sini. Harganya jangan kira. Murah sangat. 

Lepas makan. Tak kan nak balik bilik. Masih awal lagi. Lagi satu, aku nak sangat makan kuih-muih. Kalau dapat pisang siro pun lagi molek. Jadi aku tanyalah dengan tuan kedai. 

"Kat mana ada pasar pagi."
" "Tak jauh dari sini." Katanya. 

Suasana pasar pagi di Hatyai.
Suasana pasar pagi di Hatyai.
Suasana pasar pagi di Hatyai.
Kami apa lagi menapak lagi. Cari pasar pagi. Nak lihat suasana pasar pagi dan beli apa yang patut. 10 minit je berjalan. Dah sampai. Meriah. Macam-macam ada. Sayur-sayuran segar dari ladang. Ikan & Daging & Ayam dan ikan. Ulam-ulaman. Malangnya kuih muih tak ada yang muslim jual. Nasi je ada. Kuih muih, peniaga siam yang jual. Tak jadi beli. 
Suasana pasar pagi di Hatyai.
 Masih tak puas hati lagi. Aku nak juga cari kuih, terutamanya pisang siro. Ketika menapak balik hotel. Kami lalu jalan yang berbeza. Sampai simpang 3, ada kedai muslim kat situ. Jual roti canai. Singgah dulu. Tapaw roti. Nak makan, masih kenyang. Kat bilik barangkali. Dok tunggu roti siap. 

Sembang dulu. Tanya dulu. 
" kat mana ada orang jual kuih?" 
"ada tapi jauh."

Lega sikit. Ada peluang. Dia bagi tahu nama tempat. Tapi kami cepat tak ingat. Maklum la tak biasa dengar, cepat lupa

Keluar dari kedainya. Berjalan agak jauh sikit. Tahan Tuk tuk. Nak cari kawasan orang islam jual kuih. Tuk tuk mula-mula tahan, tak tahu dan tak nak gi. Tahan yang kedua. Agak blur juga. Tapi sanggup gi. Gi sekerat jalan, tanya geng tuk tuk. Lepas tu meluncur dengan konfiden. Aku pun syok.

Huhuhuhu!
Dia bawa kami ke Restaurant Muslim, iaitu 'Tamrab Muslim Restaurant'. Lega pada mulanya. Masuk kedai.

 "Ada kuih tak?"
"tak ada."

Sikit frust. Tapi tengok sup tulangnya mengancam. Oder satu mangkuk. Hirup je, dah kenyang. Lama jugalah kami dok lepak-lepak king kat sini. Update fb...

Dari situ kami balik ke hotel. Dah jam 9 lebih. Dah kena packing barang. Dah nak balik. Dah berakhir kelana kami. Dah tak sabar nak ke Padang Besar.

Sampai depan hotel. Ziarah dulu, peniaga tepi jalan. Terbeli sehelai baju, aku nak pakai balik nanti.

Sekian dulu. Lepas ini akan ada sambungannya nanti.

Isnin, 1 April 2013

Hukum Petani Dalam MLM.

Aku kutip kat sini. Aku kongsikan di sini. Agar kita dapat manfaatnya. Bisa digunakan dalam mengembangkan biz yang kita ceburi sekarang.


Setelah membaca artikel Hukum Petani ini secara keseluruhan, Penulisnya memastikan bahwa akan ada tiga hal yang akan terjadi pada Anda, yaitu:
1. Prinsip ini akan menjadi sangat jelas bagi Anda.
2. Anda akan benar-benar tahu apa yang sudah Anda kerjakan dengan benar.
3. Anda akan tahu apa saja yang telah Anda kerjakan dengan salah selama ini."


Hukum #1
Bila Anda menanam benih tembikar, Anda akan mendapat buah tembikar—Anda mendapatkan apa yang Anda tanam.

Dari hukum sederhana ini kita akan belajar beberapa hal:
  1. Sebelum menanam apapun, pertama-tama kita harus memastikan MEMUTUSKAN apa HASIL yang kita ingin CAPAI
  2. Lalu, kita harus mencari benihnya (dengan kata lain, kita harus MEMILIH aksi apa yang kita lakukan untuk MULAI)
  3. Setelah kita tanam benihnya. Ini berarti bahwa kita harus mengambil tindakan dan mulai sesuatu.
  4. Anda harus menanam TERLEBIH DAHULU. Anda tidak bisa berharap mendapat buah TANPA terlebih dahulu menanam. Ada URUTAN yang harus dilalui. Anda tidak dapat melupakan urutan ini! Tanam benih, lalu dapatkan buahnya.
Pekerjaan Rumah:
BUAH (hasil) apa yang Anda inginkan dalam karier (dan/kehidupan) Anda?
BENIH, apa yang harus Anda tanam untuk mendapatkan buah-buah tersebut beberapa tahun kemudian.

Hukum #2
Setelah menanam benih, Anda harus merawatnya. Perlu PROSES

Dalam hukum ini ada beberapa pelajaran yang sangat penting:
  1. Setelah kita menanam benih, pekerjaan BELUM selesai! Masih ada beberapa hal yang kita HARUS LAKUKAN sebelum kita menikmati buahnya.
  2. Kita perlu memberikan AIR untuk benihnya dan menyuburkan tanahnya. Hal ini memerlukan
    Waktu
    Usaha
    Uang (perlu uang untuk menyuburkan tanahnya)
  3. Walaupun kita masih belum dapat melihat buahnya, kita tetap meberikan air dan menyuburkan tanah dengan rajin! Seringkali, Anda harus terus-menerus mengerjakan hal-hal yang harus dilakukan walaupun belum melihat TANDA-TANDA dari hasil yang diharapkan. Anda tetap melakukan yang benar dan terbaik karena ada sesuatu yang sangat penting: HARAPAN dan KEYAKINAN.
  4. Anda harus mencabut tanaman-tanaman penggangu, mengusir burung dan serangga. Jika tidak, Mereka akan merusak tanaman Anda sebelum siap dipanen. Seringkali dalam petualangan kita mencapai tujuan dan mimpi, “hama” dan “serangga” datang menggangu dengan komentar-komentar negatif dan menyebabkan kita meragukan kemampuan kita, bahkan bisa menyebabkan kita berubah pikiran dan menyerah! Siapakah diantara teman, rekan kerja dan Anggota keluarga Anda yang menjadi “hama” dan “serangga” ini? Apa yang Anda lakukan terhadap mereka? Apakah Anda metolerir mereka atau mengusir mereka? Petani tidak dapat mentolerir mereka. Bila tidak! Keluarganya akan kelaparan! Bagaimana dengan Anda?
  5. Para Petani harus melakukan hal-hal ini (memberikan air, menyuburkan, membersihkan tanaman penggangu, mengusir hama dan serangga secara TERATUR dan DISIPLIN). Mereka tidak dapat melakukannya bila ingin saja. Suka atau tidak suka, ingin atau tidak, mereka harus melakukannya. Semua ini butuh konsistensi dan disiplin. Apakah Anda orang yang konsisten dan disiplin?

Hukum #3

Proses tidak bisa instan. Perlu Waktu

Dari hukum ini sederhana ini, kita dapat belajar beberapa pelajaran penting:
  1. Bahkan bila sudah melakukan semua hal diatas, kita harus MENUNGGU agar tanaman itu bisa tumbuh dan buahnya matang. Bila semua ini sudah terjadi, barulah kita bisa memetik buahnya. Kita harus menunggu dengan SABAR. Prosesnya tidak bisa instan!
  2. Ini disebut delayed gratificatio. Petani tahu bahwa ia harus bekerja keras saat ini agar dapat menikmati hasilnya pada hari esok. Ada WAKTU TUNGGU. Ia tidak bisa menikmatinya SAAT INI. Bila ia memetik buah yang belum matang, buah tersebut takkan memiliki nilai jual di pasar! Kita pun demikian, harus bersabar untuk mendapatkan buah yang matang. Kerjakanlah apa yang harus dikerjakan secara konsisten dan tekun, suatu hari nanti Anda pasti mendapatkan buah hasil kerja keras ini.

Hukum #4

Ada cara yang BENAR dan cara yang SALAH dalam melakukannya

Dari hukum sederhana ini, kita dapat mempelajari beberapa pelajaran penting:
  1. Kebanyakan petani mempelajari apa yang harus dilakukan—bagaimana mempersiapkan tanah sebelum ditanami benih, bagaiamana dan kapan menanam benih, seberapa sering harus disiram dan diberi pupuk, pupuk macam apa yang digunakan, bagaimana mengusir hama dan serangga, pestisida mana yang harus digunakan, bagaimana memilih buah yang baik, dan buah yang seperti apa yang sudah siap untuk dipetik—dari pengalaman orang tua mereka. Saya ragu bila ada banyak petani yang melakukannya secara trial dan error. Kebanyakan petani belajar dari orang yang suda bisa melakukannya dengan baik.
  2. Tentu saja, cara yang benar untuk melakukannya adalah pada orang yang sudah melakukannya dengan baik, untuk MENUJUKAN kepada kita bagaimana melakukannya sendiri. Seringkali, Anda harus mengeluarkan uang atau mengorbankan sesuatu untuk mendapatakan ilmu dari orang yang sudah berpengalaman tersebut. Yes, you have to PAY.
3.     Cara yang salah adalah bertanya pada orang yang belum pernah melakukannya, atau yang sudah mencoba beberapa kali tetapi belum sukses. Cara lain adalah bertanya pada orang yang belum pernah melakukannya tetapi punya banyak ide dan pendapat. Seringkali, untuk bertanya pada orang-orang seperti ini tidak diperlukan uang dan pengorbanan, tetapi kualitas dari nasihat yang didapat belum terbukti—dan mungkin bisa berharga lebih mahal bila ternyata nasihat tersebut membuat Anda gagal.
4.     Cara yang paling konyol adalah melakukan dengan coba-coba (trial and error). Mengapa harus coba-coba? Cara ini sangatlah mahal (uang dan usaha terbuang sia-sia!). Konyol bila Anda melakukannya secar trial dan error, padahal sudah ada orang yang pernah melakukannya dengan sukses, dan mungkin siap untuk berbagi dengan Anda. Toko buku penuh buku-buku bagus tentang orang-orang yang sukses melakukannya! Tanyalah pada ahlinya! Bayarlah bila perlu, karena nanti malah bisa menghemat uang dan juga usaha Anda di masa depan! Hal ini bisa sangat menghemat proses kurva belajar Anda! Inilah alasan mengapa orang-orang mengambil Franchise (bisnis bersistem), hal ini secara signifikan dapat mengurangi risiko dan akibat fatal dari trial and error.

Hukum #5

Waktunya panen (tapi tidak selalu)

Bila kita melakukan hukum 1,2,3 dan 4 benar, kita akan menikmati panen. Kenyataanya, seringkali kita sudah melakukan segala sesuatu yang harus dilakukan dengan giat dan tekun, tapi tetap saja kita tidak bisa menikmati buah hasil kerja itu. Seperti halnya para petani yang menanam benih, menyirami, memberi pupuk, mebersihkan rumput-rumput liar, mengusir hama dan burung-burung, mempelajari ilmu yang benar dari petani lain, tetapi tetap saja ia belum dapat menikmati hasil panennya.
Mengapa? Perubahan cuaca yang mendadak (cuaca kadang bisa berubah dan sulit dijangka). Hal lain, bisa jadi karena ada penyakit yang menyerang seluruh benih. Maka dari itu, terkadang dalam kehidupan, walapun kita sudah melakukan semuanya dengan benar, Anda masih tetap belum dapat menikmati hasil panennya, karena hal-hal yang diluar dugaan mungkin dapat terjadi. Mengapa demikian? Ini adalah hukum dari bertani!

Hukum #6
Kurangi kerugian

Kadang-kadang sewaktu sang petani kehilangan seluruh tanaman atau benih akibat penyakit, ia memutuskan untuk mencabut dan membuang semuanya. Ia tidak MELANJUTKAN menyirami dan memberi pupuk pada benih atau tanaman yang sudah terkena penyakit. Ia mengurangi kerugian. Mengapa? Karena tindakan untuk menumbuhkan benih yang sudah rusak adalah tindakan yang membuang waktu, tenaga, dan energi! Sang petani tidak mendapatkan hasil yang sepadan dari benih yang sudah rusak. Bahkan, bila ia harus melanjutkan usahanya itu, kesuburan dan ruang tanahnya akan terpakai semua untuk benih rusak tersebut.

Jadi, kita harus belajar untuk mengurangi kerugian. Terkadang kita sudah mencurahkan segenap waktu dan tenaga untuk pelanggan prospektif, tetapi ia tetap memutuskan untuk membeli dari orang lain. Jika hal ini terjadi, lebih baik kita mengurangi kerugian. Lupakan dan lanjutkan usaha kita pada pelanggan lain. Memelihara pelanggan yang tidak bisa diharapkan cuma buang-buang waktu, usaha, uang, dan resourse Anda. Seperti halnya nanti akan ada waktu atu kesempatan lain untuk menanam benih baru, maka nantinya akan ada juga pelanggan-pelanggan baru potensial yang bisa Anda dapatkan. Jadi, jangan menangisi benih yang sudah rusak. Kurangi kerugian dan lanjutkan hidup Anda!

Hukum petani ini sama tuanya dengan alam. Ini adalah suatu kebijaksanaan (wisdom) yang telah bertahan selama berabad-abad. Hukum tersebut sudah dipegang oleh seluruh manusia selama ini dan telah terbukti berhasil untuk semua petani. Prinsip dan hukum ini juga akan berhasil untuk Anda. Jadi Anda harus memahami hukum ini dengan menganalisis:
  1. Apa saja yang telah Anda lakukan dengan benar.
  2. Apa saja yang telah Anda lakukan dengan salah.
  3. Dan yang paling penting, setelah Anda mengerti nomor (1) dan (2), apa yang akan Anda lakukan untuk mengembakan performance dan menjadi lebih sukses dari sebelumnya?
Powered By Blogger