Jom Follow

Jumaat, 2 Mac 2012

Bonuslink!!!


"Dik minyak RM40. Pam hujung."

"Bonuslink ada."

"Tak jumpa cari."


Dia ni nampak ke aku tercari-cari sesuatu dari dompet.
Mungkin dia agak je.
hi!hi!hi!
Memang pun aku dok cari-cari bonuslink tadi.
hihihihihi


Akademi Taipan181.

Universiti Oxford Dapat RM124.4 juta.

Pasar Tani Masjid Jame' Serdang.
Wow.
Pergi lagi pagi tadi.
Lepas hantar Bb ke sekolah.
Terus pecut ke sini.
Nak beli daging lembu segar(sembelih punya)
Dalam kereta dah berkira-kira, beli tulang.
Balik rumah, buat sup.
Tapi kita hanya boleh berharap saja.
Hari ini tak ada kat pasar tani.
Orang yang selalu berniaga, tak datang hari ini.
Belilah apa-apa yang patut.
Ingatkan tak nak beli apa-apa, penuh juga 2 tangan.

Lepas makan mee sup.
Tempat biasa.
Sedap macam biasa.
Dah lama rasa macam tu.
Kena dengan selera aku.
Selalu sangat ke sini.
1 minggu 1 kali mungkin.

Pos Malaysia UPM Serdang.
Apa kena dengan pos pulak.
Tadi aku singgah kejap kat sini.
Beli sampul surat hari pertama.
Dah lama aku tak beli.
Rasanya nak mula kumpul balik.
Rugi rasanya berhenti sekerat jalan.
Padahal dah banyak yang aku simpan.
Antara sampul hari pertama yang ada.

Balik rumah.
Santai-santai sambil baca paper.
Tunggu gi solat Jumaat.

Wow! seronoknya.
Tak ada stress. Tak ada tekanan. Tak ada pot pet, pot pet.
Pagi-pagi boleh breakfast bersama, pilih kedai mana.
Kadang-kadang dah tak tahu nak gi mana lagi.
Itu yang pantang ada orang cakap ada kedai sedap.
Esoknya terus sampai.
Tu yang kadang-kadang masak pagi-pagi.
Kerja sendiri. Lebih bebas. Nak rehat lama-lama pun tak ada orang marah.
Isteri sarat mengandung, tak lama lagi nak bersalin.
Dah tak larat nak keluar. Jadi dok kat rumah sajalah.
Tunggu hari, keluar pun sekejap-sekejap je.
Pilih sekitar KL saja. Tak perlu keluar KL lagi.
Lepas pantang baru boleh pulun lagi.
Nak sibuk kembali.
Nak income besar kembali.
Nak capai impian lagi.
Orang lain boleh.
Tak ada sebab aku tak boleh.

Aku nak kaya.
Aku nak buat sedeqah banyak-banyak.
Teringin sangat nak bina masjid.
Teringin sangat nak sponsor orang kg gi umrah/haji.
Nak sponsor orang belajar, Master dan Phd.
Impian bisa terlaksana kalau kerja kuat.
"Boleh capai ke kalau hanya berniaga MLM?"
Boleh kalau ada network seluruh dunia.
Bila nak capai tahap itu. Bolehkah syarikat malaysia tersebar seluruh dunia.

Wow! Bukan sikit tu. Berapa ramai yang dapat manfaatnya. Bertuahnya U. Kalaulah U Malaysia dapat sebanyak tu kan bagus. Berapa ramai boleh taja student ambil Master dan Phd.


Akademi Taipan181.

Gembira Tapi Sedih.

Berita Gembira Tapi Sedih.
Wow! Berita gembira tapi sedih. Tol turun separuh. Hanya bayar separuh. Separuh lagi tak payah bayar. Habis tu, separuh tu nak buat apa. Buat apa-apa la. Duit kita. Tak payah tanya. Tanyakan, ada yang nak kena marah. Tak payah ajar. Dulu bayar RM3.80 kini dah jadi RM1.90. Kalau seminggu kerja 5 hari, kita dah boleh jimat RM9.50. Kalau 1 bulan dah jimat RM38.00. Kalau 1 tahun dah jimat RM456. Kalau 10 tahun, dah jimat RM4560.00. Dah banyak tu. Itu kalau kita kira, pergi dan balik kerja sahaja. Belum kira yang kita jenis suka berjalan, berapa kali sehari kita kena tempuh tol. Kerja salesman, lagi kerap tempuh tol. Lagi banyaklah kita boleh save. Ingat sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Sepatutnya ini yang kita lakukan. Baru ada maknanya tol turun separuh. Bukan nak mengajar, sekadar suka-suka kira.

Lebuh Raya Cheras- Kajang. Terpikir juga aku. Dulu kerajaan kata, kerajaan tak boleh suka-suka turun tol. Syarikat konsesi marah. Syarikat konsesi akan saman kerajaan. Kalau nak turunkan tol, kerajaan kena bayar pampasan kepada syarikat konsesi.

Sedih juga. Aku jarang lalu jalan tersebut. Aku jarang guna jalan tu. Aku juga ternanti-nanti bila kerajaan nak turunkan tol Kesas(USJ) dan tol LDP(Puchong). 2 tol inilah yang aku wajib tempuhi pagi-pagi. Laluan aku hantar anak ke sekolah. 2 tol aku kena RM(2.20 + 1.60) = RM3.80. Tak nak turun pun tak apa. Asalkan jangan ada naik-naik lagi.


Akademi Taipan181.

Khamis, 1 Mac 2012

Seketika Di Satay Willy

Petang tadi. Kami ke Sungai Ramal. Makan Satay Willy. Sedap punya pasal, jauh pun sanggup pergi. Gi petang, orang belum ramai. Taklah lama sangat menanti. Tadi hanya 15 minit. Satay dah datang. Tapi sebelum satay datang, belasah dulu cendawang goreng dan 'kelantan fried Chicken'.

Aku bukan nak cite pasal makan satay. Masa makan tadi, terkesan juga dengan gelagat budak yang duduk kat meja sebelah kami. Menangis serta merengek2. Nak main kat permainan kanak-kanak. Maknya tak bagi kot. Kalau bagi mana menangis.(agak saja). Mereka tu datang berlima. Ayah, Mak dan 3 anak. 2 lagi, tak ada masalah. Relax je.

Baby siap makan. Malas nak tunggu kami makan. Minta nak main kat permainan kanak-kanak(maaf kamera x bawa, so foto x ada). Aku suruh Baby pergi sendiri. Aku bagi duit RM5. Aku dah pasti ada bayaran yang dikenakan. Berapa RM aku tak tahu. Aku agak-agak sekitar RM2-RM3 sahaja. Terkejut juga, bila diberitahu bayaran yang dikenakan RM5. Boleh keluar masuk. wow! kalau 3 anak nak masuk, dah kena RM15. Mahal ke tak? Mungkin ini yang Mak budak tadi tak bagi main. Bayarannya sikit mahal. Main pun bukan lama, sementara tunggu makanan sampai je. Paling lama pun 30 minit. 

Bijaknya peniaga. Meniaga benda budak suka. Letak pun tempat orang ramai. Food court Sungai Ramai. Tempat tumpuan, terutamanya yang dah berkeluarga. Pikat budak-budak. Sementara makanan dapat, main dulu. Sambil makan pun main. Kalau ke sana lepas maghrib, lagi lama tunggu makanan, lagi syok budak-budak main. Kalau tak bagi main, budak-budak akan guna senjatanya. Mengamuk dan menangis. Lagi kuat menangis, bila lihat ramai geng-geng seronok main. Malas nak tengok muka, monyok, bagi juga main. Untungnya!!!

RM5. Patut ke tak patut?

Tanam&Tuai.

Musim;
  1. musim menanam.
  2. musim menuai.
Tak tanam, bila nak tuai hasilnya.
Jangan jealous, bila teman-teman baik sedang kutip hasil.
Teman-teman baik tu, dah lama menanam.
Dulu, ketika teman-teman baik, ajak sama-sama tanam, kita tak nak, kita buat-buat tak dengar.
Kita ego dengan pendapatan ketika itu. Teman-teman baik tu, dah jaga, siram dan baja tanaman mereka dengan baik.
Bila tanaman terjaga dengan baik, hasil pun baik juga.
Kita baru nak tanam, hasil pun bukan dapat sekarang.
Belajarlah dengan teman-teman baik kita tu, macamana nak jaga tanaman akan dapat hasil yang terbaik.
Suatu hari nanti, kita dan teman-teman baik sama-sama kutip hasil yang terbaik. Insyaalah.
Paling penting kita sama-sama bertindak seperti teman-teman baik kita tu.
Tak ada istilah terlambat dalam usaha menambah pendapatan.
Jangan pulak, kita sekadar tengok dan sekadar ucap tahniah atas kejayaan teman-teman baik.



Akademi Taipan181.

Fokus Pada Tu?

Nak berjaya, fokus.
Nak jadi, fokus.
Nak kaya, fokus.
Nak hebat, fokus.
Nak meletup, fokus.
Nak income, fokus.

Fokus?
Tumpu lebih pada tu.
Fikir lebih pada tu.
Cakap lebih pada tu.
Mimpi lebih pada tu.
Kerja lebih pada tu.

Pada tu?
Pakej.
Pakej.
Pakej.

Pakej?
Premium Beautiful.
Bio Aura.
Biozone food.

X pakej, sikit-sikit pun ok.


Akademi Taipan181.

Fokus!!!

Sempat mengajar Bb. Esok ada ujian. Kalau tak buat begini, alamak tak belajar. Nasib baik, malam ni,tak ada appointment. Lagi pun tengah tunggu hari. Dah tak ambil banyak appointment, terutamanya belah malam. Siang tu boleh lagi. Tak ada appointment langsung mana boleh. Kena ada juga. Buat selagi terdaya. Lagi pun bakal prospek ramai ternanti-nanti. Senarai nama, masih ramai yang belum call. Tengah tambah senarai nama. Lepas pantang nanti boleh pulun. Kalau tak ada senarai nama, nak pulun macam mana. Nak jumpa sape. Nak share dengan sape. Jadi sebelum pulun tu, kena tambah senarai nama dulu. hi!hi!hi! Pesan CDM Ah Hock tadi, fokus pada pakej. Pakej dah tak ada saingan lagi. Dah tak ramai yang dok main pakej. Cuma bila main pakej. Jangan banyak janji. Janji tolong jual barang. Janji tolong cucuk orang. Janji mesti balik modal. Janji-janji tu akan makan diri. Kena terang sejelas-jelasnya, ilmu MLM. Jangan tipu-tipu. Kalau tipu-tipu, meniaga tak akan lama. Senang sekejap saja. Kalau berniaga secara jujur, kita boleh bertahan lebih lama. Kita senang lama-lama. Lagi pun orang tak marahkan kita kalau mereka lambat jadi.


Akademi Taipan181.
Powered By Blogger