Jom Follow

Khamis, 28 Julai 2011

Hak milik awang zulfikar.

Setelah berjuang.
akhirnya kau dimiliki
oleh Awang Zulfikar, 27 tahun.
Warga Akademi Taipan 181 Sarawak.
Lebih tepat lagi Miri.
kakitangan awam, kementerian kesihatan.
sekarang ni dah beralih,
kerja dengan shell pulak.
Allahyarham Ddm Kunai suruh dia beli kereta
buat berniaga.
Sayangnya kereta ini di miliki setelah aruah pergi buat selama-lamanya.
Baru sebulan dimiliki.
Aku dah naik. memang best. memang boleh meletup berniaga.
makin bersemangat setelah kereta keluar. 
drive jauh pun tak penat.
lebih bersemangat setelah hadiri,
majlis anugerah sm&ssm sarawak.
bakal cdm dari sarawak.
tak mustahil.
meniaganya memang bertahan. 
sentiasa ada sales.
hasil jual maharani pun incomenya cecah rm 700 sebulan.

Puasa!


Ramadhan tiba lagi.
2,3 hari lagi.
syukur diberi kesempatan,
menjalani ibadat puasa.
bulan penuh keberkatan.
setelah setahun,
tinggalkan kita,
ada yang telah
meninggal dan 
ada juga yang baru lahir.
ada yang menjadi kaya,
ada yang jatuh miskin.
ada yang bahagia dan 
ada yang sengsara.
ada yang dapat petunjuk,
ada yang tersesat.

Apa target puasa kali ini.
mesti lakukan yang terbaik.
jaga mata,
jaangalah pandangan dari memandang yang haram.
jaga lidah-
janganlah mengumpat orang lain. 
janganlah adu domba,
janganlah bercakap kotor.

jaga telinga-
janganlah dengar yang melalaikan.
jaga tangan.
janganlah ambil bukan hak mu.
jaga kaki.
janga terjerumus 
pada yang tak halal.

kat mana nak gi terawih.
baca al-quran sekurang-kurannya 1 kali khatam.
banyakkan sedeqah.
bagi makan anak-anak yatim.
banyak lagi..
jgn pulak dok jajat bazar ramadhan.

pahala digandakan bagi setiap ibadat..
amalan wajib digandakan sehingga 70kali.
amalan sunat diberi  ganjaran amalan wajib.




2 gol bukan tugas berat


bertemu kembali.
hari ini, hari khamis.
malam ini
 
malaysia
lawan 
singapore.
 
Pengurus dan Jurulatih Malaysia.
 
pra kelayakan piala dunia
pusingan ke 2.
biasanya kita tewas dipusingan pertama
pra kelayakan piala dunia.
kalau tak silap akulah dah 34 tahu kita asyik tewas.
adakah malam ini kita tewas lagi.
atau kita menang dan
memasuki pusingan seterusnya.

tiket dah habis dibeli.
lambat memang gigit jari.
tengok tv lah gamoknya.
aku pun terlepas.
tunggu-tunggu nak beli tiket.
tengok berita semalam.
tiket habis.
penuh malam ini.
90 ribu, kata Kosmo.
85 ribu kata Metro.
mana satu yang betul.
tak kisah asalkan menang malam ini.
bakar semangat juang pemain negara.
defisit 2 biji boleh lepas.
kita boleh. kita kuat. 
menang.
jangan kalah.
kalau nak kalah janganlah,
dengan pasukan jiran.
kalah pun dengan 
jepun, korea, australia,
iran, iraq. arab saudi.
baru ok.

tadi aku dah lalu.
dah ada khemah, 
peniaga malam ini.
jual jersy dan minuman.
nak pi, tiket dah habis.
 
Safee Sali
 
safee sali.
harap menjadi malam ini.
mengganas malam ini.
menjaringkan gol malam ini.
jangan kecewakan kami semua.
kalau dia tak jaringkan,
orang lain pun tak apa asalkan menang.

Apek

keeper sape malam ini.
apek main ko.
kalu tok main sapo hok main.

Aidil Zafuan.
harap dia main.
nampak sangat longgar pertahanan malaysia tanpa dia.
kemudi pertahanan negara. lebih kukuh. lebih kebal lagi.

tunjukkan pintu keluar pd singapura.
kita pulun habis.
malam keramat harimau malaysia.
2 gol bukan tugas berat.

Rabu, 27 Julai 2011

Hari Ini- Closing Lagi.

Tengahari tadi.
Keluar demo.
Ambil rakan niaga.
Aku tunggu kat PKNS, Bangi.
Cdm Kartini dan rakan niaga je yang gi.
Macam dulu-dulu balik.
Masa mula-mula berniaga mlm.
Dok fokus premium beautiful.
Orang laki hanya tunggu dalam keta,
bila isteri gi demo.
Jadi sekarang ni premium beautiful mengganas kembali.
Jadi kegilaan ramai.
Setelah di berikan penerangan kebaikan memakainya.
Nak pakai mesti kena tahu size yang betul untuk tubuh kita.
Jangan main pakai, tak berkesan pulak.

Tempat wajib. Mesti masuk. Walaupun sekadar cuci mata. Cuci mata pun aku dah bersemangat. Semangat apa? Nak baca buku. Nak kutip ilmu sebanyak mungkin. Sebab itu, aku dan Cdm Kartini sentiasa bersemangat. Selalu menelaah buku.

Mula-mula malas nak beli. Buku yang nak dibaca dah bawa. Tapi bila tengok buku nukilan Dr Yusuf Al-Qardhawi. Tak boleh tahan. Aku dah baca beberapa buku hasil tangannya, amat menarik. Ulasan hebat. Lain dari yang lain. Walaupun sekadar baca terjemahannya sahaja. Sambil tunggu, sempat aku khatamkan. Tak berapa panjang. Kena baca lagi untuk lebih menjiwainya. Bisa bangkitkan semangat untuk terus cemerlang. Meniup semangat untuk terus menjadi yang terbaik. Berusaha dan terus berusaha. Terus kreatif dalam perniagaan ini. Kena kukuhkan ekonomi ummat islam. Memberi senbanyak-banyaknya.

Sesuai sangat. Dah dekat nak puasa. Tulisan Dr Aidh Abdullah Al-qarni. Menyentuh/ meresapi jiwa. Belum habis lagi. Mungkin malam ini kena habiskan. Nanti tak sempat pulak. Tulisan dr, tak pernah mengecewakan aku. dah banyak bukunya dalam koleksi aku. biasanya aku habiskan secepat mungkin buku-buku tulisannya. 2 buku ini yang aku beli tadi. seronoknya ada duit dan boleh beli buku sepuas-puasnya.

Ini pulak, aku beli jumaat lepas di masjid sri petaling. setiap kali jumaat, beli buku. 2 2 masih ada sikit lagi.

Pencil.

Malam ini sekali lagi aku menemani pensil aku beli pencil,
pemadam,
pembaris
 sharpener. 
Entah kali keberapa aku tak betapa pasti.
Dah selalu sangat.
mintak dibeli
Pensil hanya tahan 2,3 hari je. 
hari ke 4 dah kontot. 
Nak pegang pun dah tak boleh.
Hairan.
Makan ke pencil tu. 
asyik gigit pencil ke.
Tak tahu, aku tak tahu. 
2 minggu kena sediakan pencil 4 batang pencil.
Parah kalu lagu ni.
Budak2 zaman sekarang. 
Aku tahu ramai juga ibubapak
hadapi dilema yg sama. 
seperti aku, suami isteri.
Itu kira yg aku gi beli,
belum masuk yg wife dan 
maid teman dia gi beli.
beli kat popular,
beli kat mydin,
beli kat 99.
beli kat 7e.
sekali beli bukannya 1.


berapa kali sharp, 
sehari. 
pencil sekarang pun cepat patah kot.
nak sharp, bukan sekali dua patah,
banyak kali.
aku sharp pun susah nak dapat mata yang ok.
budak-budak lagi la.

beli yg mahal pun sama juga.
sharp, patah, sharp, kontot.

pemadam/pembaris
selalu hilang.
tak jumpa cari.
entah tertinggal kat mana.

adakah anda hadapi hal-hal yang serupa.
kalau darjah 1,2 memang selalu kena.
nak marah kat budak-budak macam tak betul. 
kenalah ikut, harap-harap satu-satu pencil tu bertahan lama.
tak lama pun nak buat macamana, asalkan bijak belajar.



Selasa, 26 Julai 2011

Suka/Tak Suka Bukan Milik Aku


bertemu lagi.
agak lama tak menulis bicara.
ada yang dok menanti,
ada juga yang dah menyampah.
ada yang biasa-biasa.
itu semua lumrah manusia.
kita tak boleh paksa orang suka/sayang pada kita.
suka/benci tu milik orang lain.
apa yang perlu bagi kita,
seboleh mungkin jangan ada yang terluka,
dek cakap-cakap kita,
dek gelak-gelak kita,
dek bisik-bisik kita,
dek apa-apa saja.
 
orang suka, 
ok,
tak suka.
nak buat macamana.

aku bekas guru.
sama juga.
semasa mengajar dulu-dulu.
aku mengajar teknik cheras,
ada juga orang panggil teknik KL.
sama la tu.
aku ajar subjek fizik.
ada pelajar suka.
ada pelajar tak suka.
ada pelajar ok je. 
suka tak, benci pun tak.
jenis datang sekolah,
boring dok rumah.
nak ponteng sekolah,
takut mak bapak marah.
tak bagi duit poket.

berniaga mlm pun sama.
ada orang suka.
ada orang tak suka.
ada orang meluat.
ada orang menyampah.
ada orang trauma.
bila tahu kita menjalani perniagaan
berbentuk MLM.
 
tahu je ,
terus tak nak jumpa.
terus tak angkat telepon.
terus tak balas sms.
terus tarik muka.
terus tak nak kawan.
terus jadi musuh.
terus diam.
terus tak reti cakap.
takut diajak bersama-sama
berniaga.
tak nak. tak suka. cakap elok-elok.
aku/kita tak marah.
kita tak paksa join.
kita masih boleh kawan lagi.
tak suka biarlah pada MLM je.
jangan tak suka pada orang yang berniaga MLM.
itu yang silap.
kita pun dah jadi musuh.
tak suka berniaga. 
ok.
jangan pulak sampai kita pun dibenci.
nak keluar makan-minum pun dah tak sudi.
ok. tak habis duit aku. 

hari ini.
keluar sekejap.
jam 11.30am.
keluar dengan wife aku,
Cdm Kartini serta Cdm Inda.
jumpa prospek. 
kerja big apple,
subang jaya.
dah lama pendam.
hari ini gi jumpa.
terus sign borang.
terus urus dana.
nak cepat, nak pakai Premium Beautiful.
nak bergaya sempena hari raya.
boleh buat duit skali.
urus dana kat CIMB.
Empire Shopping Gallery.
Subang Jaya.
nampak gaya lepas.
syukur.
malam ini.
kelas lagi.
bersama Ddm Rezal.
Budak Kilang yang berubah hidup,
setelah meniaga MLM.
dia buat kerana nak berubah.
lama-lama jadi suka/seronok.
malam ini boleh dengar,
perkongsian beliau.
biasa-biasa tapi ada wawasan.
nak bina keluarga cemerlang.
pendidikan kelas pertama.
kena ada duit baru boleh capai kelas pertama.
buku-buku mesti lengkap.
kelas tiusyen mesti ada.
guru datang rumah pun kena.
makan minum mesti yang berkhasiat.
tak ada duit macamana nak buat.


Nak masuk pun gerun. Dari luar, gah semacam. Kereta yang masuk pun kecut perut aku tengok. BMW, Merc, Porshe, Ferari. Kedai-kedai pun mengancam. Aku tengok kot luar je. Mahal-mahal. Rugi kalau aku beli/pakai.
Kedai ini aku masuk. Tapi tak beli apa-apa. Nak habiskan buku yang belum terbaca lagi. Lagi pun nak gi ke Amcorpmall. Lagi murah buku-bukunya. Dah ada mana buku mahu aku beli. Tunggu dulu.


Buku dalam senarai.

Sarawak; Teruskan kehebatan anda...


Majlis Penganugerahan
Ddm, Dsm, Ssm, Sm.
diadakan 
di Crown Impreal Hall,
Kuching, Sarawak
pada 24/7/2011,
Ahad.
Kehadiram lebih 140 penerima anugerah.
Warga Akademi Taipan181 bersama Cdm Kartini.
Cdm Kartini bersama dengan warga akademi taipan181. sentiasa menjadi yang terbaik dan gunakan peluang yang terhidang untuk ubah kehidupan sekeluarga. peluang bukan selalu datang.
Kita tak buat perubahan, kehidupan sama je. 5, 10 tahun akan datang pun tetap sama.
Pasangan hebat dari Sabah. Cdm Siti Rahmah dan Dsm Tam. Mana ada peluang, kat situ mereka muncul. Rebut peluang, terhidang. Networknya semakin subur. Paling penting fokus pada perniagaan dan lihat pada kelebihannya dan jangan fokus pada kelemahan/kekurangan. Masih setia bersama akademi taipan181, apa pun ribut melanda.
Cdm Pah, Cdm Inda, Cdm Shila, Ddm Wada, Cdm Asiah dan Cdm Siti. Anggung bergaya. Kejar rezeki melimpah ruah, tapi tak lupa pada Pemberi rezeki.
Cdm Kartini bersama Ngoi, Manager hai-o branch kuching. sentiasa ceria, banyak membantu warga akademi taipan181 berniaga. ilmunya cukup hebat. komunikasinya juga hebat. sekali jumpa, pasti teringat. bersedia membantu bila-bila masa. seronok bantu dan lihat orang berjaya.
Cikgu Maxwell, Cdm Kartini dan Tameze.
Pertemuan lepas majlis anugerah. Cdm Kartini beri suntikan semangat. Ramai juga yang pertama kali jumpa. Ada juga yang masih kecewa, ditkelentong upline. Semalam telah diselesaikan segala kekusutan itu. Sekarang ni terus gempur, strategi baru bakal merubah langskap perniagaan kita. Mereka semakin yakin dengan perniagaan ini. Mereka semakin yakin dengan potensi yang mereka miliki. Gempur dan terus gempur. Akademi Taipan181 sedia membantu. Cdm Asiah, pandulah mereka menuju ke Pulau Impian.

 
Bersama Encik Tan Kai Hee.  Terpancar wajah ceria, bila bersama akademi taipan. Warga Akademi Taipan181 yang hadir majlis penganugerahan. Sepatutnya lebih lagi tapi ramai cikgu-cikgu ada kursus hari isnin. Jadi ramai tak boleh hadir. Jarak perjalanan jauh. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan.
Romi, bakal Cdm. Penuh semangat. Ada ghairah nak berjaya. Bersama dengan geng-geng, balak merubah wajah akademi taipan 181 sarawak.
Cdm Kartini bersama mereka yang hadir.
Cdm Kartini bersama dengan salah seorang penerima anugerah semalam. Cdm Siti terbang dari KK untuk bersama-sama dengan rakan kongsi. Dengar cite selama 4 hari berada di Kuching.
Jejaka hebat warga akademi taipan. ambil kesempatan untuk bergambar dengan Cdm Kartini, Cdm Roshila dan Cdm Asiah.
Ini lagi penerima anugerah semalam. Happy, penat lelah dihargai oleh pihak syarikat.
Sesekali berkumpul, seronok juga. Masing-masing bergaya sakan. Majlis semalam menyuntik semangat buat mereka untuk terus bersama-sama akademi taipan, mengutip sebanyak-banyaknya wang dari hai-o. Ada yang aku kenal dan biasa, ada juga yang tak kenal. Mungkin dari luar Kuching. Apa-apa pun mereka tetap warga akademi taipan181 yang aku sanjungi semangat juangnya.
Sempat lagi bergaya, sebelum naik pentas. Tameze, Maxwell, dan Mus. Cdm roshila bersama 2 lagi penerima anugerah semalam. perjuangan belum selesai.




Powered By Blogger