Jom Follow

Ahad, 5 September 2010

Katakan Pada Diri Anda Setiap Pagi.


aku boleh. aku hebat. aku pasti berjaya. aku boleh. aku hebat. aku pasti berjaya. aku boleh. aku hebat. aku pasti berjaya.aku boleh.aku hebat. aku pasti berjaya.aku boleh.aku hebat. aku pasti berjaya. aku boleh. aku hebat. aku pasti berjaya.

orang lain boleh, aku pun mesti boleh. orang lain boleh, aku pun mesti boleh.orang lain boleh, aku pun mesti boleh. orang lain boleh, aku pun mesti boleh.orang lain boleh, aku pun mesti boleh.

tak ada bezanya aku dengan mereka.tak ada bezanya aku dengan mereka. tak ada bezanya aku dengan mereka.tak ada bezanya aku dengan mereka. tak ada bezanya aku dengan mereka.

orang berjaya bukan tak pernah gagal, tapi setiap kali gagal pasti bangkit kembali dengan lebih bersemangat lagi.



 

motivasi sahur1

kita dilahirkan untuk menjadi juara.
semua orang boleh jadi juara. berusaha dan yakin.

Sabtu, 4 September 2010

2 2 nak buat.


orang pujuk buat  2 2. yang baru buat, yang lama buat. dapat lagi banyak. akhirnya 2 2 tak buat. mati meniaga..... kenapa dok tamak.konsisten 1 cukup. dah berada dalam lopak yang jernih dan terbukti membawa kita ke mercu kejayaan. silau mata atau kabur dengan kabus. kabus tu akan hilang bila matahari datang. bukan lama pun. sekejap je..... kabus tu nak bagi ingat je. jangan terlalu mewah berbelanja. ingat juga masa depan. tak semestinya dapat sentiasa banyak. nak tengok kita bersyukur ke tidak je. kalau bersyukur, pastilah Allah akan tambah lagi. ada juga dah lama dapat banyak. cuba kumpul semua yang dah dapat tu. bagi dengan bulan kita meniaga. pastilah 5 angka lagi. bukan sikit bebbb.... kita jangan dok kira bulan demi bulan. tak kan dapat bonus, semua habis. menabunglah sikit. kalau tak 30% dari pendapatan. apa yang kita kena kira selama 12 bulan baru betul. 4 bulan turun tapi 7 bulan lagi naik. kenapa resah? kenapa mengeluh?kenapa salahkan upline?kenapa salahkan syarikat?kenapa salahkan group? kenapa sampai nak lari dari group? perkuatkan bersama dan bersatu. cari jalan untuk keluar dari kemelut ini dengan lebih cepat lagi. lagi cepat lagi bagus. sinar dah ada. cepat ikuti AT. tak nak. kami tak boleh paksa. meniaga masing-masing. AT hanya sediakan suasana meniaga sahaja dan suasana tu dah kembali seperti biasa. generasi baru telah datang.datang dengan semangat baru. strategi lebih segar. tenaga lebih hebat. umur masih muda. impian besar dan sanggup kerja lebih kuat. kerja kuat 10 tahun je, bila pasif income dah cukup untuk hidup mewah kita dah boleh pencen. nak kerja boleh. tak kerja pun boleh. tak ada mustahil dalam kehidupan.janji kita buat usaha. siapa yang bersungguh dia akan dapat.

Pagi3


dok pikir-pikir buku apa yang aku nak bawa balik kampung. mungkinkah kena beli buku-buku baru atau buku lama, untuk bacaan k2,k3,k4. kalau tak mati kutu aku musim raya. tak tahu nak buat apa. bukulah peneman aku. baca,baca dan baca. tak boleh nak bayangkan hidup tanpa buku. berapa buah buku baru cukup. entahlah.....

buku novel ke. buku motivasi ke. buku meniaga ke. pun kena pikir juga. silap-silap hari bulan berpuluh-puluh buku aku bawa balik. pernah sampai 30 buah buku, untuk seminggu je dok kat kampung. terkejut orang kampung.
sebenarnya aku dah 4 hari tak gi kedai buku dan beli apa-apa buku. dah tak boleh tahan. asyik teringat-ingat nak gi je.mungkinkah hari ini aku akan ke kedai buku atau hari isnin ke kedai buku di Dewan Bahasa Dan Pustaka. beli novel-novel melayu. dah lama tak ke sana. kalau ke sana, beli sakan aku. murah dan banyak pilihan. pilihan banyak dan kepuasan bila tengok buku-buku. susah aku nak gambarkan. tengok buku berikan ketenangan seperti orang tengok ikan berenang-renang dalam akuarium.

salah satu sebab aku sentiasa semangat, sentiasa baca buku. setiap hari. bangun tidur je ingat buku. suntikan semangat di permulaan hari. semangat kena suntik setiap hari.kalau tak boleh hilang, nak jumpa orang pun akan malas. nak kelkelas pun malas. pantang ada masa je. beli dan baca. lebih-lebih lagi setelah meniaga ini. income bertambah sikit, boleh buat apa yang kita suka. kalau aku apa lagi selain beli buku dan baca buku. betullah apa orang kata, hobi/minat lagi subur bila kewangan kita stabil. lagi gile minatnya. pernah dalam seminggu aku habis 5,6 ratus beli buku je.lain-lain aku tak berminat. cakap pun pasal meniaga dan buku je aku minat. lain tu, boleh dengar je lah.

meniaga ni mesti ada ilmu baru boleh kembang dan bertahan lama. nak buat sampai mati. meniaga ni semakin lama kita buat, semakin mudah. skill dah mantap. ini yang seronok. dapat jumpa kawan-kawan baru yang positif seperti kita. cakap pun cakap positif dan optimis. usaha gigih sehinggakan nasib pun ikut kehendak kita.

Raya di kampung



dah ramai yang balik kampung. tahniah yang masih ada kampung dalam jiwanya. teruskan tradisi ini. raya dah dekat. dah beli semua baju raya. jangan lupa yang tak mampu. yang berada 3,4 pasang. yang tak mampu sepasang pun belum tentu. kalau boleh setiap bulan balik pun tak apa.kalau mampu. kalau tak terpulanglah pada diri sendiri. kampung sentiasa menanti-nanti kepulangan anda. banyak kenangan semasa budak-budak dulu. banyak permainan yang ada, tapi dah berkubur sekarang. nama permainan pun dah tak ingat lagi. seronok... kesian juga anak-anak aku dah tak boleh rasai mainan tersebut. aku nampak sekadar tudung botol dan kayu aiskrim je. sikitnya permainan mereka. banyak main games komputer je.

malam ini anak-anak dah balik. tak ada kerja lain, nak main je. berbasikal sana sini. tak ada takut. kat KL takut je hati ibubapa. kena culik ke. hilang ke. paper pun hari-hari dok cite yang menakutkan. kat kampung pergilah mana mau pergi. jangan masuk telaga buruk sudahlah. asalkan tahu jalan balik. jangan tak puasa sudah. terlalu kuat main. penat nanti. jarang-jarang dok lama kat kampung. mungkin hujung tahun ini, kena tinggal mereka lebih lama lagi. masa itu kami mengerjakan haji.

raya kat kelantan, banyak yang seronoknya. jalannya jam , 30 minit  waktu biasa, raya boleh jadi 4,5 jam. pernah satu tahun tu minyak habis di petropam. kalut juga masa tu. mesin atm pun out of service je. kena bersedia, kalau pertama kali beraya kat kelantan. duit ambil siap-siap kat tempat anda sekarang. jangan nak ambil bila sampai kelantan nanti. nanti parah nanti. beratur pun 1 jam dah biasa kalau musim raya.

raya ke2 dan ke 3, itu masa paling kritikal. tahun ini dijangkakan lebih 600 ribu kenderaan akan bergerak di kelantan. kalau aku, dok kat rumah je senang. nak jalan-jalan, jangan musim raya. kenduri kahwin pun banyak musim raya. jalan yang jam, jambatan salor dan jalan tanah merah machang. dan mana-mana ada simpang.
duit raya. tahun ini seperti tahun-tahun sudah. kat kampung aku, budak-budak tak gi raya rumah orang sangat. kena panggil kalau nak bagi duit raya. kalau budak dok kat luar, mereka tak malu, nak mintak duit raya. budak kampung malu, kalau mintak makbapa marah. memalukan katanya. dah tak boleh makan. 

kalau kat KL dah biasa, tak pelik, siap datang rumah. mintak duit raya. sekali dengan rombongan lagi. tunggu-tunggu rumah terbuka dulu. alasan terbaik punya.

Jumaat, 3 September 2010

catatan dok tunggu berbuka.


menjadi pemenang adalah hak sesiapa sahaja, tak kira siapa kita dahulu. tak sekolah, miskin, kelaparan, tak pandai cakap. tak ada yang mustahil buat yang berusaha tanpa jemu. 

doa, impian dan harapan  semuanya apa yang kita ingin wujudkan. 

selain kita yang berimpian, pasangan juga mesti berimpian yang sama dengan kita serta anak-anak, kalau boleh kedua ibubapa kita juga. semuanya berdoa, berharap dapat yang sama, lagi cepat tercapai. semuanya doa kejayaan kita, pasangan,anak-anak, ibubapa. apa yang terjadi  kita je yang nak, pasangan dan anak-anak tak berimpian pun seperti kita. susah nak capai.malah dalam AT mesti punyai impian,harapan dan doa yang sama, baru capai. kalau masing-masing ada impian tersediri, susah nak capainya.

ramai antara kita mahu yang pasti, walaupun kecil dari yang tak pasti, meskipun besar. makan gaji lebih disukai, dah tetap dapat. berniaga tak suka, tak tahu berapa akan dapat.

mulai dengan yang kanan. boleh diertikan mulakan dengan otak kanan. otak kanan ialah otak imajinasi. imajinasi adalah impian dan harapan yang kita ingin wujudkan.  orang otak kanan juga optimis. segalanya mungkin. tak ada yang mustahil.lepas ada impian mesti ada action. 

berbeza dengan otak kiri, realistik dan jadi pesimis dan tidak berani berimpian besar kerana " segala sesuatu itu mesti logik".

DNA- dream and action. buat,buat,buat sampai jaya. sampai 7 kali. kalau gigih berusaha. kita yang buat nasib ikut kita dan bukan kita ikut nasib. baru hebat dan menjadi pemenang.
dream cukup hanya sekali tapi usaha mesti berkali-kali baru jadi.
ada 1000 dream tapi 0 action.
1000 x 0= 000
1 x 7=?, lagi cepat dream jadi realiti.

safira club4

terima jam hasil projek TT. siapa kata tak boleh buat. SM bulan pertama
safiraSM Hafizul terima jam dari CDM Abang Ali.
sibuk dengan kerja pun masih ada masa nak buat. nak dan cari masa sesuai untuk buat. bukannya dok menung dok tunggu masa.
cikgu din; hebat perkongsiannya semalam. nak dengar sila klik.anda pasti teruja mendengarnya.
DDM Rizal; pagi tadi saya terima sms motivasi darinya. selalu bagi sms untuk rakan kongsinya,tapi bila jumpa semalam, saya minta kat saya juga. salam..semua rakan kongsi yang dikasihi, marilah bekerja bersama dengan saya untuk capai impian kita untuk 5 tahun akan datang. kita MESTI tetapkan matlamat. 1. jadi CDM. 2. gaji dari meniaga ini RM25K ke atas. 3. memiliki rumah mewah berharga lebih rm 500K. 4. memandu kereta BMW 7xx. 5. pergi melancong, umrah dan haji. 6.ada aset simpanan rm 500K. 7. membeli tanah ladang. 8. memberi kesenangan pada ibubapa-haji dan umrah. 9. membantu orang miskin.10. amal jariah yang lain-lain lagi. tak mustahil sekiranya kita buat betul-betul bis ini..
Powered By Blogger