Jom Follow

Sabtu, 3 Julai 2010

ddm miri


ddm kunaini- wira miri. menjadi MC semasa Roadshow Miri

Semangat orang Sarawak. Ketekunan orang Sarawak. Kesungguhan orang Sarawak. Jelas apa yang mereka nak. Nak duit. Nak buat harta. Nak tambah pendapatan. Nak jadi jutawan. Nak jauh keliling dunia. Banyak lagi yang mereka nak. buat, buat, buat, buat dan jangan berhenti je.

Roadshow Miri hari itu, orang Kuching datang, walaupun mengambil masa 12 jam untuk sampai ke Miri. Semangat punya pasal. Semangat nak berjaya. Semangat nak ubah kehidupan. orang dari Sabah pun sampai. ada yang sampai jam 2 pagi. menumpang rumah sedara. hotel di miri penuh, hujung minggu. orang brunai datang shooping dan bercuti.

toyota alphad milik ddm kunaini

semangat mereka saya amat kagum. ddm kunaini sebagai contoh orang yang punya impian. impian dia amat jelas. mengajar dalam di kawasan pedalaman. letrik pun tak ada. air pun tak ada. letrik guna generator. nak mandi-manda guna sungai je. line pon pun tak clear.

boleh meniaga pun hanya hujung minggu je. dok pedalaman dan tak keluar-keluar. jalan pun jalan balak je. hari jumaat je dia akan keluar. sabtu meniaga dan hari ahad buat meeting dan kembali ke pedalaman semula. hari-hari lain hanya call prospek, dari jam 9 hingga jam 12.

join bulan disember 2009. bulan pertama je dah jadi dsm. bulan k2 dia dah harta. kelapa sawit 500 pokok. bulan k2 juga beli toyota alphad. semangatnya masih lagi memuncak. dapat suntikan semangat dari jauh, melalui telefon. upline direct pun tak berapa jumpa. dia ada senarai rakan kongsi baru yang masuk. saya pun kagum dengan kerjanya. senarai lengkap dari mula dia masuk sampai bulan ini. bulan julai ni dia dah punch 7 TT. hebatnya kerja dia. kita kat sini pun belum ada closing lagi.

mereka hanya tahu action. action.action. kita di KL, semangat dan ilmu senang dapat. tapi action yang kurang. semangat kalau tak ada action tak jadi meniaga. ilmu ada kalau tak ada action pun tak jadi.

kenapa dok tunggu. buatlah tindakan sekarang.jangan bertangguh lagi. apa yang nak ditunggu lagi.

CDM SITI RAHMAH - Sebuah Perjalanan Tanpa Henti.

Cdm Siti Rahmah bersama suami tercinta. Sama-sama buat, sama-sama merasa. Tinggal di rumah yang selesa dan tak pernah bermimpi pun untuk mendiami rumah sebegitu.

Rumah yang dimiliki setelah menyertai perniagaan ini dengan bimbingan AT.

Rumah untuk kepuasan dan keselesaan anak-anak.masing-masing ada bilik sendiri.

pastikan setiap jengkal tanah ada taipan 181.

roadshow miri.
cdm siti rahmah sempat berkongsi kisah kejayaan. bukan mudah nak join MLM. tak pernah terlibat. tak nampak orang berjaya. orang berjaya pun dok KL, nun jauh di sana. hanya dengar cite je orang berjaya. dengar cite je orang orang dapat duit. dengar cite je orang gi melancong. empunya diri tak pernah jumpa. cite entah betul atau tidak. tapi akhirnya tewas juga dengan pujukan dan jumpa sendiri dengan empunya diri yang berjaya melancong bersama MLM ini.
tepuk cdm jangan tak tepuk
tahun join 23/12/2008.
membeli kete pertama- prado king, 3 bulan je, guna statement hai-o.
bulan k3 jadi DDM dengan pendapatan pada bulan tersebut rm30k.
menjadi CDM dalam masa 5 bulan dengan pendapatan bulan tersebut rm67k.
membeli rumah pertama dengan harga cecah rm700k.
membeli keta k2- prado king
pendapatan tahunan 2009 hampir rm500k
selepas setahun membeli 2 unit rumah sebagai aset masa depan.
layak mengerjakan umrah- 2009 bersama ibu.
ke tokyo bersama adik-2009
ke beijing bersama suami- 2009.
ke switzeland bersama suami- 2010.

itulah pencapaiannya. itu yang indah-indah. itu yang seronoknya. itu yang sukanya. cite disebalik itu banyak juga. berapa penolakan yang dia temui. berapa sindiran yang dah diterima. keluar pagi-pagi, orang masih tidur, balik pun pagi. orang pun sudah tidur. bukan setakat kota kinabalu je. malah seluruh sabah dah dijelajahi. 2,3 hari tinggal anak, tak kisah. berapa bil yang perlu dibayar untuk berjaya. berapa jauh jarak yang perlu dilalui.

kena tipu/ orang tak jadi masuk/ambil barang, duit tak bayar/ banyak lagi harga yang mesti dibayar kalau mahu berjaya. semua itu mainan bagi orang buat mlm dan nak berjaya.

kejayaan dalam dunia mesti bayar dulu baru dapat. kedekut nak bayar, jangan harap boleh berjaya. kejayaan bukannya datang sendiri. kejayaan datang selepas kesusahan datang. setiap kali kepayahan datang akan ada kejayaan. lebih pahit, lebih manis kejayaan.

Sebelum terbang ke Swiss, sempat bergambar dengan Cdm Hamsah, pembimbing terunggul dari Negeri Di Bawah Bayu.
Warga AT Sabah yang melayakan diri, melancong ke Swiss.
Cdm Siti Rahmah bersama anaknya(kanan sekali).
Fokus!Fokus!Fokus
Kepenatan setelah seharian ronda-ronda.
Happy sakan dapat melancong.

 umrah 2009

Semasa mengerjakan umrah bersama hai-o.
beijing
2010 telah menjejakkan kaki di bumi china
Cdm ni sentiasa senyum je, sejak bersama AT.
Tokyo 2009
Bergambar berlatarbelakang masjid di Tokyo.
Seronok sakan di Tokyo Disneyland.

sasd

Bersama suami dimajlis hai-o marketing.
Bersama uplinenya.

Semasa menghadiri ulang tahun ke 18 hai-o marketing.
Tekun mengambil nota, semasa kelas pengukuhan Cdm
bukti kejayaan.

Bersama kereta kesayangan mereka. kalau makan gaji, mana mungkin dapat memiliki kereta sedemikian hebat.
Bersama warga AT dimajlis anugerah di Sabah.
Semasa konvensyen Cdm 2011.
Bersama Upline kesayangan. Bersedia membantu bila diperlukan.



Gaya seorang pemimpin hebat. macam ahli politik pulak.
 biar apa pun cabaran yang datang Cdm Siti Rahmah tetap tegar hadapinya. tahu selepas cabaran berakhir pasti kejayaan akan muncul. seramai mana networknya berhenti, dia tetap dengan perjuangan. dah banyak manfaatnya yang dah dapat dan pasti 2011 akan lebih banyak lagi akan menyusul. pemimpin yang senang didekati dan sentiasa bertindak.
Semasa sharing di konvensyen Cdm 2011. tak apa yang paling utama sekarang, buat, buat dan terus buat. siapa yang tak nak, apa boleh buat. ganti yang lain. siapa tak nak duit maaa...

Cdm Siti Rahmah bersama uplinenya Cdm Hamshah semasa menghadiri Konvensyen Cdm 2011, anjuran pihak syarikat yang berlangsung di Equitorial Cameron Highland.

Sentiasa ceria. Sentiasa positif. Sentiasa optimis. Sentiasa buat dan tak pikir halangan. Selagi hidup selagi itulah akan ada halangan.
Ini pulak kat Perth. Awal tahun 2011. Berehat bersama suami setelah pulun bekerja. Sentiasa dapat melancong. Seronok dan bertuah berada di bawah syarikat yang kukuh dan tahu kesukaan pengedarnya.
Ini juga di Perth. Cdm Siti bersama dengan Cdm Maidah. Good dapat pengalaman baru. Dapat sedut oksigen negara orang. Bangganya.
Ambil jgn tak ambil. Ambil sebagai kenangan sepanjang hayat. Cdm Siti semasa NDS Sabah. 25/26/ 6/2011.
Cdm Siti bersama Ddm Kalsom dan Cdm Maidah; Rehatkan minda di Hong Kong Disneyland. Pakej pelancongan terbaru. Masih ada lagi peluang buat anda semua. Belgium dan Holland sedang menanti. Ayuh kejar impian tersebut. Bila lagi nak melancong percuma.
Sm Hazizah Mahli; Anak didik Cdm Siti Rahmah yang naik pentas. Anugerah Sm&Ssm Sarawak pada 24/7/2011. Tak rugi berada di bawah naungan leader hebat dan sentiasa positif.

Bukan sebarang Cdm.
Cdm yang gigih berjuang.
Cdm yang bersemangat waja.
Cdm yang sanggup menempuh
cabaran mendatang.
4 foto di bawah,
buktikan kegigihan Cdm,
membesarkan networknya.
Adakah kita kat Semenanjung pernah alami
situasi sepertinya.



Nak ke mana. Redah sungai. Demi sebuah kejayaan.




Berhati-hati. Nasib baik bawa Prado King. Semuanya beres.


Cabaran datang bukan untuk selamanya. Cabaran datang sekadar menguji keutuhan jiwa mengejar impian.


Good lepasi halangan. Halangan luaran kecil kalau nak dibandingkan cabaran dalaman.
ada lagi sambungannya...

Siti Rahmah menawan Vietnam, bersama Hai-O.
Kali ini bawa anak lagi.
Bertuah anak dapat ikut ibu melancong.

Breakfast kat hotel, bersama rakan niaga.
CDM Siti semasa berucap ketika seminar seberang laut Vietnam, baru-baru ini. CDM Siti sentiasa berikan yang terbaik untuk diri, keluarga dan groupnya yang sentiasa berkembang. Setiap bulan lahirkan permata baru.
CDM Siti bersama rakan niaga dari Sabah. Tahniah. Sabah tak pernah mengecewakan Akademi Taipan181. Sentiasa lahirkan leader-leader baru yang penuh semangat. Satu hilang 10 pasti datang, malah lebih ramai lagi yang mereka sign up.

Lepas Vietnam, fly pula ke holland dan belgium.

Khamis, 1 Julai 2010

kenapa pilih MLM?



kenapa buat MLM?
nak bantu diri sendiri buat duit. nak dapat duit lebih. nak beli rumah yang lebih luas dan selesa, keta boleh masuk dalam. nak buat kenduri senang. nak beli keta baru dan lebih selesa untuk anak-anak balik kampung atau gi jalan-jalan. anak-anak boleh gi tuisyen. anak-anak masuk U, tak payah guna loan PTPTN. kenduri-kendara anak tak payah wat loan. anak nak berniaga, boleh bagi modal. nak bagi duit pada orang tua lebih lagi. rm 500 sebulan. nak hantar orang tua ke mekah. kalau boleh nak gi jalan-jalan tengok tempat orang. nak bantu orang lain sama. buat apa yang kita buat.bagi jenis duit tak jadi masalah, lain pulak. buat MLM, nak dapat kebebasan masa. orang buat MLM, pendapatannya 5,6 angka. senang je hidupnya. tak ada opis, tak payah gi opis, tak terikat dengan siapa-siapa. hanya terikat dengan impian je. tak payah tumbuk rusuk nak dapatkan projek. banyak yang senang.

tapi ramai yang tak paham. ingatkan MLM seperti skim cepat kaya. hari ini masuk, dok 2,3 hari dah kaya, atau dok goyang kaki dapat duit tiap-tiap bulan. kadang-kadang ada yang kita jumpa, duit aku tak ada masalah. aku bagi duit kau yang running untuk aku. duit tak tumbuh diumbi pokok. duit tak berterbangan di udara. duit tak ada kaki datang menyembah kita. usaha,usaha, terus usaha. MLM pun sama dengan meniaga lain juga. kena buat, kena usaha, kena tekun, kena rajin, kena sabar, kena,kena..... MLM boleh bina pasif income, bila group dah stabil dan kukuh. nak bagi kukuh, kita kena buat betul-betul. kena ada ilmu baru boleh jadi. ilmu kena cari dan sentiasa kena tambah. kalau meniaga kita lama dok statik, cuba tambah ilmu dan guna ilmu baru. pasti akan ada peningkatan. sekarang dah banyak seminar-seminar yang boleh kita ikuti untuk tambah ilmu dan semangat. ajak ramai-ramai rakan kongsi ikuti seminar seumpamanya

ada juga yang tak paham, buat mlm ni proses transisi dari makan gaji kepada pemilik bisness. dari pekerja menjadi bos. dari pekerja jadi tokey sendiri. dulu buat sesuatu ikut arahan. deadline bos yang tentukan. segala perancangan syarikat bos yang buat. siapa kena gi kursus bos yang pilih. kursus apa, bos yang tentukan. kita gi je. nak cuti, mintak dengan bos. nak keluar, bos yang lulus dulu. salah bos yang tanggung. rugi bos yang pikul.
bila wat MLM. dah jadi bos. dah jadi tokey. kena ubah cara berfikir. kena unbah cara bertindak. tak boleh macam dulu. kena bertanggungjawab sendiri, pada diri dan rakan kongsi. kena buat pilihan sendiri. kan dah jadi bos. berapa bonus yang mahu? nak gi kelas ke tak. seramai mana nak jumpa prospek. nak ikuti seminar group atau seminar oleh pakar luar atau tak nak gi mana-mana seminar. nak ada mentor atau tak. siapa mentor kita. strategi mana nak buat.segalanya kena t/jawab sendiri. bonus besar atas diri sendiri. bonus kecil pun atas diri sendiri. group hidup, atas diri sendiri. group mati pun atas diri sendiri. group stabil dan mantap, atas diri sendiri.tak boleh salahkan pada orang lain. kita dah bos. mana ada bos salahkan anak buah atas kegagalan kita. tak boleh salahkan upline, sideline, dline dan group.

join MLM, kita bawa sikap kita bersama, samaada positif dan negatif. diri sendiri yang tahu. saya tak tahu sikap tersebut. sikap positif, teruskan dan suburkan lagi. sifat negatif ni kena kurangkan sedikit demi sedikit. kalau boleh jangan ada.

seperti cepat marah; marah pada rakan kongsi, kalau prospek tak nak. mulalah keluar kata-kata yang tak sepatutnya. kena sabar dan follow up. mungkin 2,3 minggu lepas tu. ada yang join selepas 1 tahun. kalau kita dah sembur, tak mungkin kita boleh follow up lagi. ada sesetengah prospek , kena jumpa 2,3 kali. malah ada yang 7 kali baru setuju nak join. itu pada prospek baru. kalau rakan kongsi sekali pun jangan marah. kalau tegur nak membina meniaga mungkin dibolehkan.
muka temper. masalah kat rumah dibawa dalam meniaga. masalah kat pejabat bawa dalam meniaga. nak meniaga besar kena ceria dan mood sentiasa bagus. masalah lain letak tepi dulu. dah siap meniaga, kelas, jumpa prospek, ambil balik muka temper tu.
mudah merajuk dan main hati, pecah hati. upline salah cakap dah sakit hati. upline tak puji kita dah merajuk. kekadang upline lambat tegur/salam dah merajuk. sms tak sampai dah merajuk. upline lebihkan orang lain dah merajuk. upline lambat angkat call pun merajuk. kena pilih nak meniaga besar ke nak merajuk. tak ada manusia yang sempurna. tak ada orang yang sengaja buat kita susah.

susah tunai janji. nak gi demo, tapi last minit tak jadi. nak jumpa rakan kongsi, tiba-tiba tak jadi. banyak sangat janjinya. sedikit je yang mampu ditunaikan. ini pun tak boleh berlaku dalam mlm. kalau terjadi, rakan kongsi tak lama berniaga dengan kita. lama-lama tak meniaga. janji nak tolong jual barang. janji nak tolong cucuk orang.
tak jujur. pasal duit muit. pakai duit tt. tak punch. tak punch penuh. punch lewat. berhutang tak bayar. pinjam sales dulu. ambil prospek rakan kongsi. ada juga kes, upline gi demo, tapi tak close. dok 2,3 minggu lepas tu upline follow up semula dan prospek tu setuju nak masuk. upline yang sapu. mana boleh macam ini. kalau ikut betul, setahun lepas tu pun upline tak boleh ambil prospek tu. ada juga upline mintak prospek dari dline. kalau gi jauh prospek pun kena bagi sikit kat upline. jangan taja, taja, tinggal.

terlalu berkira dengan rakan kongsi. tak pernah belanja makan. duit tol pun kira. duit minyak pun kira. bill telefon pun kira. susah nakk berjaya kalau macam ni. kalau berjaya pun tak lama. duit masuk banyak sementara je, lepas tu hilang.

kalau nak bertahan lama meniaga MLM,kita sama-sama perbaiki sikap negatif. bertahan di sini bermaksud, dline boleh kerjasama dengan kita lebih lama serta suka dengan kita. group kukuh dan stabil, cari prospek pun tak seperti awal-awal kita masuk. kalau tidak setiap bulan mesti cari prospek. dalam MLM dline ikut kita pun kalau dia suka dengan kita. kalau dia tak suka, kita tak boleh paksa. tak pelik sesetengah leader, mula-mula join ramai rakan kongsi datang kelas, lama-lama tak ada orang. bila orang dah tahu perangai sebenarnya. sentiasa cari yang baru. baru datang, lama pergi. meniaga statik.

bertemu anda di puncak kejayaan.



jangan berhenti


jangan jemu jumpa;
guru
mentor
upline
prospek

jangan jemu datang;
kelas
seminar
roadshow

jangan jemu;
belajar
baca buku
tulis impian


jangan;
banyak harap
pikir negatif
down
cepat menyerah
BERHENTI




29/6/2010


hari yang kami lalui semalam sungguh indah dan ceria. penuh semangat dan teruja lepas tengok ramainya warga taipan hadiri kelas di usj taipan. semangat cdm-cdm hebat yang datang semalam juga membakar semangat kami. perjuangan belum selesai dan mesti bertindak segera. jangan dok tangguh lagi. kejayaan semakin dekat untuk kita semua. kejayaan tak akan datang kepada kita, sebaliknya kitalah mesti bergerak kearahnya.

dalam meniti meniaga kita. semakin banyak serangan yang datang. bertubi-tubi tanpa henti. lepas satu, satu datang. datang dari kiri, datang dari kanan, datang dari atas, datang dari bawah. datang dari dalam dan datang dari luar. cabaran datang dari dalam, cabaran paling sukar nak lepas. alasan, alasan, alasan, alasan.

apa pun serangan yang datang, janji kita kuat. setiap kali rasa down. ingat balik kenapa kita buat meniaga ini. kenapa mesti jelas. kenapa buat mlm? kena jelas. kena kuat. bila jelas kenapa baru datang bagaimana.

orang yang berhenti bila 'kenapa' tak jelas dan rasa dah tak boleh capai apa yang mereka impikan. berheti atau tukar kenderaan lain. cari yang lebih laju dan boleh lalui mana-mana jalan. apa kenderaan kita pakai, cara pemanduan lagi penting. laju tak semestinya cepat sampai. kadang-kadang lebih lewat dari yang biasa-biasa. jangan berhenti je, sampailah kita ke destinasi.

kita dah pilih untuk buat projek mesra rakyat, orang akan kondem;
1- projek kecil, dapat pun kecil- kecil besar adalah jumlah. nak dapat lebih kena rajin dan buat berterusan.
2- kena cari/sharing ramai orang- ikut mp hai-o, kita mesti lengkap 6 kaki baru dapat SEMUA bonus yang ditawarkan oleh syarikat. buat besar atau kecil mesti lengkap 6 kaki baru dapat semua. kalau buat besar, cari 4 je. itu tak boleh pakai. nanti susah naik pangkat. nanti banyak sama level. bonus tak besar.
3- buat kecil lambat berjaya- buat jangan berhenti je. buat besar tak semetinya cepat berjaya. berapa ramai yang dah tak buat, koma dan mati terus.

kita boleh pakai ini. kalau ada orang yang main ayat-ayat tersebut untuk potong kita punya prospek. meniaga ikut strategi sendiri dan tak payah dok kondem strategi orang lain. cite je kehebatan kita dan jangan dok buruk strategi orang lain.

ini janji yang biasa kita dengar;
1- masuk dengan aku/ masuk group kami- orang kami akan cucuk. mana ada orang buat gitu. itu tipu nak tarik orang masuk je. berapa ramai dia nak cucuk orang. kalau cucuk pun yang tak aktif tu buat apa. atau dia kata " tak ada orang nak masuk". ingatlah tak ada orang yang buat kerja macam tu.....
2- barang kami tolong jual. Ini pun tak boleh percaya. dah ramai yang tertipu dengan janji sebegini. kita masuk, barang tu kita jual sendiri. lagi senang dan mudah. BA tu tawarkan pada kawan-kawan je. mesti ada yang nak. kalau tak buka mulut memanglah tak ada orang nak.

2 janji ni biasa berlaku dalam mana-mana mlm. jangan percaya ini. kalau cucuk pun seorang je. lain-lain tu kena cari sendiri jugak. itu pun nak tunai janji.

pada pencari peluang. kalau dah pilih syarikat. kena tengok sistem latihan. ada sistem bimbingan. ada ke tak ada. kalau ada, buat berterusan atau tidak. nak berjaya kena ada sistem yang mantap.


bertemu anda di puncak kejayaan.
Powered By Blogger