Promosi Pakej melancong ke Switzerland/Umrah bermula bulan Januari hingga April 2010. Pelbagai strategi digunakan untuk lebih ramai warga AT yang layak. Ternyata apa yang AT181 lakukan berbaloi. Lebih 150 orang yang layak. 90 orang ke Switzerland dan selebihnya ke Umrah. Sesiapa yang pulun betul-betul dan layak serta pendapatan pun berbaloi. Tahniah pada siapa yang layak. Tahun depan Hai-o akan hantar pengedarnya ke Eropah. Bersedialah untuk kesana.
Semasa berkumpul di KLIA;
|
Suasana semasa check in di KLIA. Penuh dengan warga AT181 yang akan terbang ke Switzerland dan kaum kerabat yang datang ucapkan selamat terbang. |
|
Banner AT pun ada. wah hebatnya... itulah pentingnya kalau kita bersama dan bersatu. banyak perkara yang kita boleh buat. benda mustahil pun dah tak jadi mustahil. |
|
Sebahagian warga AT181 Sabah yang terbang ke Switzerland. |
|
DDM Kunaini bersama warga AT181 Sarawak yang berpeluang ke Switzerland. Tak siapa yang menjangkakan suatu hari nanti mereka boleh menjelajahi negara jauh. |
|
CDM Wan Noor Hanim bersama mak, adik, abang, kakak dan rakan kongsinya. |
|
Sebahagian AT181 Utara. |
Perjalanan menggunakan Qatar Airlines. Transit dulu di Doha, sekitar 2 jam. Perjalanan dari KLIA ke Doha selama 7 jam. Nasib baik ada cite-cite menarik. Sebenarnya aku jarang tengok entertaiment yang disediakan atas pesawat. kali ini, aku layari jua. nak tidur pun tak lena. dari KLIA jam 4 petang. siang hari tak lena sangat. dari Doha ke Zurich mengambil masa 6.45 jam. bertolak dari Doha jam 2 am waktu Qatar. sampai di Zurich pagi.....
Transit Di Doha;
|
Sempat juga bergambar di Doha. |
Di Airport Zurich;
|
Cdm Fitri dan Cdm Kapten Jai |
|
Dok tunggu bagasi, bersama Cdm Fazlan, Cdm Pak Su. |
|
Dah dapat. Tunggu kawan-kawan dulu,baru nak bergerak ke bas. |
|
Keletihan. Perjalanan yang memenatkan tapi hati seronok dan gembira. Dapat lihat keindahan negara orang. |
|
Sempat lagi bergambar dengan limo... |
|
Naik bas je, terus buka bekalan. lapar. atas flight tak berapa lalu nak makan. maklumlah tak biasa makan macam tu. kena nasi dengan sambal bilis, daging dan telur rebus lagi sedap.. |
Destinasi pertama;
Rheinfall
|
Cantik pemandangan. |
|
Cdm Kartini berlatarbelakang terjunan air. |
|
Happynya warga AT181... |
|
Indahnya pemandangan yang mengelilingi air terjun. lihatlah pokok-pokok yang mengelilingi sungai tersebut. |
Makan tengahari;
|
Hidangan cukup menyelerakan. lapar dan kesejukan. |
Lepas makan tengahari, kami dibawa ronda-ronda sekitar bandar Luzern....
Lepas pusing-pusing, solat di masjid mahmud
|
Warga AT dibawa ke masjid untuk solat. |
|
Dibumi mana kita berada, solat wajib ditunaikan. Sedang berdoa untuk kesejahteraan diri dan keluarga yang ditinggalkan. |
|
Jadual waktu solat di switzerland. |
Lepas solat. hotel destinasi terakhir hari pertama;
|
Astoria hotel. tempat Warga AT menginap untuk 2 hari pertama di Switzerland. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan