Jom Follow

Khamis, 4 November 2010

AKU2


Salam.
Salam 1Malaysia
Salam Perjuangan.
Salam Kemenangan.

dah hari khamis. sepatutnya aku ke safir club. tak ada geng nak gi sama. dah bersiap-siap, tapi tak jadi. mungkin lepas balik haji ni aku akan ke sana. walaupun tak ke sana malam tadi. AT Utara tetap di hati. aku tahu malam tadi penuh sesak. tak muat dewan. dah guna dewan yang lebih besar pun masih tak muat. itu pun ramai lagi yang sangkut banjir. tahniah warga AT Utara. perjuangan yang konsisten amat perlu kalau mahu terus berjaya. apa yang kita fokus, akan menjadi-jadi. sematlah dihati. jadikan meniaga sebagai kerjaya pilihan dan akan terus buat sampai mati.

nak makan gaji, perlukan sijil. paling lekeh PMR. tapi dah tak berapa laku lagi. kini SPM amat penting kalau mahu kerja makan gaji. kerajaan atau swasta. nak dapat sijil tu berapa lama perlu belajar. berapa banyak wang ringgit yang bapak kita mesti keluarkan.
tapi nak berniaga, sijil tu tak berapa perlu. keberanian paling penting. nak berjaya, mesti berani gagal. berani ambil risiko. semakin tinggi belajar, semakin takut. bukannya semakin berani...

takut, memang tak dapat hidup seperti yang kita mahu. hidup sekadar keperluan. tapi kehendak banyak yang tak dipenuhi. kalau dapat pun mungkin lambat. kalau meniaga, kehendak tu lebih cepat dipenuhi.

aku juga belajar U. ada ijazah. mengajar lagi. tapi meniaga pilihan aku. orang kata bodoh sebab tinggalkan kerja yang menjamin masa depan. lepas kahwin je, aku dan isteri terus meniaga. jual apa yang boleh buat duit. dah biasa ada cash kat tangan. senang membeli. tak payah pikir beratus kali. duit simpanan pun tak berapa banyak sangat, tapi hidup lebih mewah dari orang lain. jual nasi kerabu, jual nasi berlauk dan banyak lagi. masa tu, dapat rm20, 30 sehari pun dah kira ok. dapat menampung gaji.

bila bertemu AT, lagi giler meniaga. meniaga MLM, cepat jadi kalau kena bimbingan dan strategi betul. mentor yang berkaliber. jadi, jadi dan terus jadi. syukur. setakat ini, tak ada cabaran yang tak mampu aku hadapi. semuanya dapat diatasi. doa dan ikhtiar.

meniaga ini juga dapat kenal dunia luar. ke china, indonesia, thailand, korea, jepun, hong kong, australia, germany, peranchis, belanda, belgium, singapore, switzeland, umrah dan haji(insyaalah).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Powered By Blogger