Jom Follow

Rabu, 10 April 2013

Aku & Dunia Baru.

Ha!ha!ha! Minat menulis. Suka menulis. Hari-hari kena menulis. Hari-hari kena keluarkan apa yang menyesak dalam kepala. Menulis bukan kerna nama. Menulis kerana passion. Dulu sekadar tulis diari. Tak simpan baik-baik. Hilang gitu je. Dah tak jumpa. Nak selongkar buku-buku, terasa malas pulak. Bukan sikit buku nak selongkar. Satu hari pun belum tentu habis.

Minggu ini, biz sekitar KL je. Tak masuk bandar pun. Sipi-sipi je. Jadi aku tak perlu ikut. Jadi dok di rumah je la. Itu yang boleh mengadap laptop. Boleh update blog. Boleh update status fb. Boleh baca status sahabat-sahabat. Boleh bagi komen-komen. Tak nak komen, cukup sekadar 'like'. Itu dah cukup bagus.

Biasa terjadi. Like & Komen pada status yang kita kenal sahaja. Jadi apa guna ada kawan beribu. Sekadar kawan dan tak pernah bertegur sapa di alam maya. Biasa aku buat, aku akan like semua dulu. Ada perlu komen, aku komen. Mulai hari ini, kena komen juga pada status kawan-kawan yang aku kena di alam maya.

Ada juga kawan-kawan yang remove aku. Aku tak kisah. Aku tak tahu pun siapa yang remove @ unfriend. Mungkin tak sesuai untuk berkawan dengan aku. Mungkin aku kerap juga update status pasal biz yang aku sudah lama buat. Dah 13 tahun berkelana dalam dunia MLM. Aku yakin kau & isteri akan terus berkelana dalam dunia MLM.

Tak suka orang biz. Kalau kita buat biz. Kita nak promote pada kawan-kawan juga. Jadi apa salahnya kalau orang post pasal biz yang mereka buat. Kita ajak orang. Orang ajak kita. Kita promote kat orang. Orang promote kat kita. Adilkan. Nak ikut, tak nak ikut. Keputusan ditangan sendiri. 

Aku suka add orang biz, Mula-mula tu, gile-gile update status fb pasal bis yang mereka buat. Hari-hari update. 2,3, 4 kali update. Tak sampai sebulan. Semakin berkurang. Cukup-cukup sebulan, terus senyap. Kenapa? Mungkin tak ada respond.  Kurang sabar la tu. Nak cepat jadi. ha!ha!ha! jangan gelojoh sangat. Kena konsisten post. Lama-lama orang akan terpikat. Sikit-sikit orang akan terpikat. Sikit-sikit orang akan beri respond.

Aku agak lewat memasuki dunia IT. Tahun 2010 baru tersedar. Orang dah jauh ke depan. Aku baru terkial-kial. Tanya orang. Baca buku. Baru mulakan sesuatu. Kini semakin faham. Semakin mengerti.

Pemain MLM. Pemain Unit Trust. Pemain Takaful. Ramai dalam friend aku. Awal-awal je, bersemangat. Sekarang ni dah tak ghairah lagi. Rugi.

Aku pun sama. Kurang konsisten. Sekejap bertubi-tubi share pasal biz. Ada kalanya senyap sedik. Tak boleh macam tu. Kena konsisten. Tapi jangan sampai orang meluat. Jangan sampai orang termuntah. Padahal produk yang aku buat ini, memang hebat. Berkesan untuk meningkatkan mutu kesihatan manusia. Garam buluh & Premium Beautiful & Bio Aura & BVSM.

Bukan cakap kosong. Bukan jual cerita indah-indah. Testimoni hari-hari ada. Boleh berjalan lepas guna bvsm. Migrain dah tak menyerang lagi. Solat berdiri. Dah boleh tidur lena. Dah itu. Dah ini. Senggugut dah hilang. Paras gula dalam darah dah turun. Tekanan darah dah normal. 

Beranikan diri untuk berkongsi. Pecahkan minda malu dan malas. Man jadda wajada. Memang baru-baru, tak terus jadi. Kena usaha. Kena usaha. Kena usaha. Jangan berhenti. Baru kejayaan menjadi milik kita. Apa yang terjadi, bila terus jadi, itu bukan kita pandai lagi tapi lebih kepada luck. Jadi dalam jangka masa lama, ini yang kita nak. Ini yang kita mahu.

Kena rajin. Kena tekun. Kena disiplin. Kena sentiasa update fb. Kena terkini. Baru betul. Baru menjadi. Nak buat ini kena disiplin tinggi. Kena kerja lebih masa. Kena kerja lebih lama. Kena banyak cuba.
Sahabat baru. Kami jumpa atas train menuju Bangkok. Begitu asyik dengan diarinya. Sepanjang masa atas train, menulis saja. Kecuali tidur @ ke toilet.

Tak boleh harap fb je. Kena tambah kawan di luar juga. Kena jumpa kawan juga. Kena gi situ, g sini. Tambah kenalan. Tambah senarai prospek.
 
 





Bangla Kaya.

Bangla kerja cuci marble. Dapat income RM 15,000 sebulan. Siap ada pekerja lagi. Upah orang kita jadi driber. Hantar dan ambil mereka sahaja. Hantar ke rumah customer. Petang ambil dari rumah customer. Tengahari hantar makan. Gajinya RM 80 sehari. Nak lebih, kerja dengan bangla. Ikut cuci marble sekali. Kereta bangla yang sewa. Dah advanced mereka. Dah buat biz. Bukan sekadar kerja kilang.

Tak buat kerja lain. Macamana nak dapat customer. Naikkan signboard dan flayers. Tak menang tangan. Hari-hari ada. Patutla kaya. Bukan itu saja. Mereka dah sewa kereta dengan orang kita. Gunanya untuk buat kerja cuci marble. 

Itu belum lagi kira yang buat car wash. Dah ramai bangla yang punya. Dulu kerja dengan orang. Kini jadi tokey. 

Ada sesetengah kes. Bangla beli kereta, guna nama orang kita. Orang yang mereka percaya la. 


Thailand Kami Datang.

Bertemu lagi. Sebelum aku melabuhkan mata sekejap lagi. Aku nak siapkan journal perjalanan aku tempoh hari. 

Kami ke Thailand selama 5 hari. Bermula 1/4-5/4 2013. Hari Isnin hingga Jumaat. Perjalanan yang tidak dirancang. Cuma kami pernah merancang nak ke Bangkok pada 1/2/2013. Tapi disebabkan Hari Bio Velocity jatuh pada 2/2/2013. Hasrat tersebut kami pendam seketika. Hasrat tetap ada, tetapi tak tahu bila akan terlaksana.

Hari Isnin. Agenda kami ke Bertam. Jumpa Phang oo Lang dan ambil ubat. Aku rasa tak sedap badan je sejak akhir-akhir ini. Mungkin gula dalam darah tinggi. Jadi lepas hantar Baby ke sekolah, kami bergerak ke utara. Dah alang-alang ke utara, ada baiknya kami terus ke Bangkok. Bincang-bincang kami setuju. 

Kami sampai Padang Besar sekitar jam 4 pm. Tukar duit. Ada kereta sapu. Setuju hantar kami ke Hatyai. Tambang yang dikenakan RM 150. Kami setuju je. Sebab tak tahu, berapa jauh dan tambang sepatutnya. Kereta, kami tinggal kat Cdm Che Mat.

Kami sampai di stesen kereta api Hatyai. 5.50 pm. Bergegas cari tiket. Nasib baik ada dan train akan bertolak dari Hatyai jam 6.45 pm. Syukur. Kalau tak ada, kami akan bermalam dulu di Hatyai dan esoknya bertolak ke Bangkok. Kami tak tahu pun jadual train Thailand.

Dapat tiket. Kena isi perut dulu. Tak tahu, macamana atas keretapi nanti. Untuk selamat cari makan dulu. Sekitar stesen ada kedai muslim tapi dah tutup. Panik juga. Nasib baik ada motor pasenger. Setuju bawa kami, cari kedai makan muslim. Kami berlumba dengan masa. Masa semakin suntuk Masa motor bawa kami tadi pun dah jam 6.10 pm. Nak cari kedai lagi. Bukan dekat pun.

Kami beli pulut ayam dan nasi khoumbok je. Nak cepat. Masa dah tak banyak. Kami patah balik ke stesen. Jam 6.30 pm. Train dah ada di platform. Panik juga. Cari coach 5. Tak jumpa. Sampai hujung. Coach 1. Patah balik. Cari dengan tenang. Ada pun. Tadi kami terlepas pandang.

Naik coach. Mana katil. Ikut tiket, satu katil atas dan satu katil bawah. hanya kerusi yang ada. Mengadap antara satu sama lain. Kalau KTM, memang dah ada katil. Kami buat-buat biasa. Duduk dengan rilek. Tak payah kecoh-kecoh. Orang lain tak sibuk-sibuk pun. Duduk di tempat masing-masing.

Dah lama tahan kencing. Cari tandas. Pada mulanya aku cari toilet kat bawah. Sampai-sampai, kena bayar. Aku tak bawa duit bhat. Jadi tertangguh hasrat nak kencing. Naik semula coach. Salah seorang petugas yang selisih dengan aku. Dia suruh kencing kat toilet coach.

Aku ikut saranannya. Ternyata toiletnya bagus. Bersih. Boleh mandi. Train bergerak tepat jam 6.45 pm. Duduk melangut je la. Nak tengok kat luar dah gelap. Tak nampak apa satu. 

Tak lama lepas tu. Petugas keretapi mulakan kerja. tukar kerusi menjadi katil. Owwww! Baru aku tahu. Satu persatu dia akan buat sehingga coach kami semuanya menjadi katil dan tak ada lagi kerusi. Rupa-rupanya setiap coach ada seorang petugas. Setiap coach ada sink. Ada paip. Lengkap kemudahannya. 

Aku kena katil atas. Cdm Kartini katil bawah. Malas nak panjat. Katil atas tak ada tingkap. Jadi aku dok kat bawah juga. Katilnya besar. Muat untuk 2 orang dewasa. Baring-baring sampai tertidur. Sesekali bangun ke toilet. Ada juga kami ke kantin. Minum kopi je la. Lain-lain tak halal. Kantin punbersih dan besar. Makan ke oder. Tak jaja di coach. Tapi jam 11.30 pm, tutup.

Tidur. Bangun. Sembang. Baca buku. Baca majalah. Tidur lagi. Bangun lagi. Tak sampai-sampai. 

Sambung lagi tau.




Selasa, 9 April 2013

Esok Bonus Masuk: YES!

Wow!Hari yang ditunggu-tunggu. Hari yang dinanti-nantikan. Hari yang minta dipercepatkan. Hari yang jangan diperlewatkan. Mesti kota, apa yang dijanjikan. 10 hari bulan setiap bulan. Sejak dulu-dulu lagi. Sejak 13 tahun dulu lagi.

Esok bonus masuk. Esok masuk akaun masing-masing. Boleh cek. Boleh semak. Berapa RM yang masuk. Hari ni dah boleh call syarikat. Kalau tak sabar nak tunggu esok. hihihii.

Ada dapat 4 angka. Ada dapat 5 angka. Ada dapat 6 angka. Ada yang dah berkali-kali dapat bonus. Ada yang baru pertama kali dapat bonus. Mungkin yang dah berkali-kali kurang excitednya. Tapi bagi yang pertama kali dapat, excitednya boleh tahan. Mungkin termimpi-mimpi. Dah tak sabar nak cucuk mesin ATM.

Biasanya kalau pertama kali dapat bonus. Beli gajet dulu. Hp terutamanya. Cari yang terkini dan tercanggih dipasaran. Dah lama dok nak beli. Mungkin terbantut dek harganya. Bila dapat bonus, 4 angka. Mimpi bakal jadi realiti kini.

Jangan lupa. Dapat bonus tu. Beli tiket Diamond Nite. RM100 sahaja. Jangan lambat-lambat. Habis tiket. Habis duit. Terlopong nanti. Kerap berlaku. Akhir-akhir baru nak tiket. Masa tu, tiket dah tak ada. Beli sekarang. Miliki sekarang. 

Siapa yang pernah hadir, tahu akan penangannya. Macam biasa-biasa. Macam tak ada apa-apa. Bila hadir, balik jadi lain macam. Balik, macam orang baru. Balik, semangat jadi double. Balik, semangat bisa teriple. Tak percaya, hadirkan diri anda pada Diamond Nite nanti.

Tengok orang pun dah bersemangat. Itu belum lagi dengar perkongsian dari pemimpin hebat lagi. Pendek kata rugi besar kalau masih berkira-kira nak hadir ke tidak. Buat keputusan kemah-keming. "Aku hadir Diamond Nite."


156.64

Hu!hu!hu! Sekali isi. Berapa hari tahan? Ligat kerja. Cepat habis.

Isnin, 8 April 2013

BVSM: Saujana Impian.

Lepas Maghrib kami bertamu di rumah Encik Malik & Puan Ema. Kenal melalui fb. Teruja lihat testimoni yang dipaparkan. Lalu beranikan diri untuk bertemu dan mencuba kehebatan bvsm. Minggu lepas dah janji, tapi masing-masing ada komitmen lain. Jadi malam ini kami ke rumah mereka. Ternyata positif dan dengar perkongsian kami sepenuhnya. Beli bvsm untuk kembali sihat.

Mereka tinggal di Saujana Impian, Kajang Selangor. Tempat bertugas di Bangi.


Restoran Sri TTDI: Mace-mace Bubur Ada.

Sambil tunggu azan Maghrib. Aku nak share sikit. Mana tahu, ada sapo-sapo nak cari port baru. Nak tukar selera. Nak beralih rasa. Boleh singgah sini. SRI TTDI. Mace-mace lauk ada. Nasi Ayam ada. Mee Celup ada. Somtam Ada. Lakso ada. Paling penting ada mace-mace bubur. Kiro-kiro 8 jenis bubur. Peminat bubur, boleh mari. Sebut jah ada blako sini. Bubur kacang hijau. Bubur pulut meroh. Bubur durian. Bubur ubi kayu. Mari sdiri kalau nak rasa.

Ambo gi takdi. Asalnyo nok gi makan di Restoran Aroma Hijrah. Tapi hari ini tutup. Dah tutup, jadi ambo pun singgah sini. Doh tok jauh mano dengan Restoran Aroma Hijrah. 




Powered By Blogger