Jom Follow

Isnin, 25 Julai 2011

Sarawak;Anugerah sm&ssm, tabung kereta..


Sarawak.
Bumi Kenyalang.
Bumi bertuah, indah menghijau.
Keluasan 124,450 km persegi.
Penduduknya 2,420,009. Ramai tu.
buleh tahan demo...
 menghuni di 11 Bahagia.

Pasaran terlalu luas, 
masih hijau,
masih bersih,
pucuk masih muda.
ramai yang tak tahu.
ramai yang belum pernah dengar.
ramai hanya dengar cite dibawa angin.
cuma yang nak pulun,
tak berapa ramai.
ada pun masih malu-malu.
ada pun masih ragu-ragu.
ada pun masih cetek pengalaman.
geng-geng pun masih kecut.
tapi semangat mereka amat tinggi.
tolak sikit terus menjadi-jadi.
tolak sikit terus meletop.
tolak sikit terus melangit meniaga.
push sikit dah melaju.
Ddm Mus Yaakob, berjuang tak kenal erti rehat. selagi syarikat teguh berdiri, dia tetap berniaga. berniaga adalah pilihan. kejayaan juga adalah pilihan.
Cdm Roshila diapit oleh cdm-cdm hebat Sarawak.
Cdm Kartini bersama penerima anugerah Dsm. 9 dari 11 dari akademi taipan181. kami bangga dengan anda semua. dah dekat dan teruskan perjuangan anda. tak rugi bersama akademi taipan181. anda akan dibimbing hingga puncak jaya.

Cdm Asiah, Cdm Adul,
ddm musri, ddm wada,
dsm sharbini, dsm rogayah mohd tahir,
dsm ricky ribot, dsm misichinda,
dsm hayati jais, dsm adnan franchis,
dsm suzaimawati sahari, dsm aida rahim,
dsm rosnah ahat.

cikgu maxwell dan isteri, termizi,
romi, raini, kamarol, jonathan,
awang zulfikar,
ramai lagi,
yang tak tersebut kat sini.
sedang berusaha.
sedang bekerja.
sedang kaut untung.
masih tak cukup.
perlu lebih ramai lagi.

Anugerah semalam,
cukup hebat dan meriah.
walaupun tak ramai, 
tapi penuh dewan.
akademi taipan181,
masih no 1 kat sana.
kita paling ramai jadi dsm.
ssm dan sm pun ramai.
terkejut juga group lain,
ingatkan kita tak berapa ramai,
rupa-rupanya ramai.
diam-diam ubi.

Cdm Kartini; penuh semangat menyanyikan lagu Hai-o perjuangan ku. dah 11 tahun bersama hai-o, masih berniaga hingga kini dan tak ada niat pun nak berhenti. Sentiasa panas. Tempat rujukan warga akademi taipan181 dan sesiapa saja yang ingin berjaya dalam perniagaan mlm.
Antara barisan Cdm hai-o yang hadir.

cdm kartini, aku, 
cdm roshila, cdm zefry,
 cdm siti rahmah, cdm inda, cdm pah 
(tak jadi balik semalam, malam ini baru balik, sambutan hangat)
turun menyaport.
turun meneguhkan yakin yang memang kukuh.
menempel mana tahu terlekat kawan,
yang ada kat sana.

tan kai hee, teo nee siang,
kamarulzaman, ismail
pun turut hadir memeriahkan acara.
Cdm Inda dan Cdm Pah.

majlis juga,
menunjukan komitmen syarikat perniagaan.
bersedia untuk lebih ke dapan.
perjalanan hai-o, 
bukan momokan semata-mata,
tapi terbukti sudah.
komitmen syarikat dan pengedar menuju pulau impian.
bukan cakap kosong. bukan jual cite semata-mata.

warga akademi taipan,
pun tak kurang hebat.
sesekali bertemu, bikin terkejut juga group lain.
kita bukan cite gah, tapi kita buat jadi gah.
kita bukan cite hebat, tapi buat jadi hebat..
bergerak dalam diam,
hasilnya pun hebat

lawas datang,
bintulu sampai,
miri datang,
sibu datang,
mukah datang,
betong datang
pusa datang,
seri aman datang,
kuching datang,
betong datang,
serikin datang,

Ahad, 24 Julai 2011

Sabtu yang kutinggalkan..

23/7/2011
sabtu.
jam 5am bertolak ke KLIA, 
terbang ke kuching. 
jam 7.1 am.
meriahkan hari anugerah, sm&ssm,
untuk sabah dan sarawak.
pada 24/7/2011, iaitu hari ini.
dah ada network, kenalah datang.
sokong dan berguru dengan mereka.
bersama aku, cdm kartini,
cdm zefry, cdm roshila,
cdm indawati, cdm pah.


Jam 9.20am, tiba di Kuching, Sarawak. Toyota Alphad, QTG 181, telah tersedia menunggu kami. Bawa kami ke Serikin. Pasar minggu. Tengok-tengok cuci mata, beli apa yang berkenan dihati. Pemandu pelancong kami, Cdm Adul. Terima kasih cdm, sudi menemai kami jelajah Serikin.

ini banyak kat serikin. pasarnya bermula jumaat petang hingga ahad tengahari. jadi tumpuan ramai. banyak barangan yang dijual kat sini. aku rasa lebih 200 gerai yang ada. semua indon yang cari rezeki. orang kita sewa tapak.  bukan mahal pun. dalam RM100-200 je satu tapak. Pilih-pilih. Tapi panas sikitla. Tawarlah untuk dapat harga yang terbaik.


Ini yang aku beli. Surah yassin atas kulit kambing(plastik je). Nak tampal kat dinding. Beli yang dah diframe. Kalau tak, tak jadi. Inilah kita, surah yassin untuk tampal kat dinding, sepatutnya ada dalam hati setiap kita. senang nak baca. Hafallah tu, maksudnya. lagu-lagu boleh hafal. yassin lagilah boleh hafal. Nabi pun suruh hafal,. berubah. kena berubah.

Buah pun ada. segar-segar pulak tu. Limau ni manis. Maklumla limau madu. kami juga beli buah naga. manis, baru penin. satu lagi, minyak buah merah banyak dijual kat sini. aku pun tak berapa tahu. tapi buah ini, dari papua new gini. betul ke ejaan aku ini. minyak panas. banyak kegunaanya. aku pun beli sebotol semalam. bukan ubat kuat tau...

Perjalanan ke serikin, lebih kurang 1.30. Serikin dok dalam daerah bau. sempadan dengan indonesia. balik dari serikin, singgah dulu kat RJ Ayam Penyet Kopitiam. Sebelah bangunan Mara.

Lambatnya. Air pun belum mari lagi. tengah dahaga ni.

Berhenti kat sini hanya untuk makan goreng pisang je, tapi berbaloi. sedap. susah nak jumpa kat KL. sekali kena, pasti nak lagi. sedap sangat-sangat, bagi aku, orang lain, aku tak tahu. selera masing-masing.

Pandangan seberang jalan, dari bilik aku. Menginap di hotel 360 Urban Resort. Hotel baru, harganya menarik. biliknya selesa. kat lobby ada kedai-kedai, senang nak cari barang...satu lagi dekat dengan majlis anugerah hari ini. hanya seberang jalan je. ramai juga geng-geng hai-o yang menginap kat sini. selepas check in, masuk bilik dan tidur..kepenatan seharian ronda-ronda. jam 4am dah bangun, kejar pesawat. ada jugalah orang yang nak kena tinggal pesawat. ade ke patut, sampai KLIA jam 6.45, padahal pesawat nak terbang jam 7.10am. kalut ribut dan nasib baik kaunter check in, masih bagi kebenaran masuk. kalau tak terlepas..

Ini tempat kami makan malam. di arif hotel. tempat pilihan setiap kali aku ke kuching. gerai no 9.

dah lapar. dah tak sabar.

nasi kerabu special, nasi kerabu ikan keli goreng. nasi kerabu ikan keli percik, laksam dan nasi dagang. inilah makanan yang kami belasah. kenyang hingga pagi ini.

Sampai kat branch kuching, dah ada tetamu. Termizi, romi dan dahlan. orang kuat akademi taipan sarawak.

Suasana kelas semalam, tak penuh, tapi kehadiran beberapa prospek baru. cukup membakar semangat kami. bukan mudah nak berjaya. bukan senang nak berjaya. pengorbanan perlu dilakukan. jarak satu sati tempat yang agak jauh menyukarkan untuk bergerak tapi tak mustahil. kena wujudkan keghairahan untuk berjaya.

Cdm Ash. Taipan Sarawak, masih berusaha, masih menanti, masih ghairah. Sarawak lubuk emas. Orang Sarawak, pun suka jadi kaya. kena kaya. mesti kaya. baru senang masa depan. senang anak nak belajar. kat sarawak banyak terdapat univsiti luar. kosnya bukan sedikit. kalau kita kaya, mampu sekolahkan anak-anak diuniversiti tersebut.

Cdm Siti Rahmah bersama 2 rakan niaga baru. bertemu di KLIA semasa nak ke Hong Kong itu hari. Sekarang dah jadi rakan niaga. Tahniah. Prospek ada di mana-mana, asalkan ringan mulut bertegur sapa dan rajin follow up. dah lekat dan harap jadi pengempur terhebat.

Cdm Roshila, dok terangkan kehebatan Premium Beautiful kepada prospek baru semalam. Datang dari Pusa, seorang guru. Suaminya tekun mendengar. Seorang polis.

Sabtu...


bertemu lagi, andainya masih diberi kesempatan.
dah letih, esok baru boleh bertemu.
dah pagi, dah kena tidur.
walaupun masih banyak yang aku kongsikan dengan anda semua.
kita manusia, banyak kelemahannya dan kena akui hakikat ini.
malam adalah masa untuk rehatkan fizikal dan minda.
seharian bergerak, seharian bekerja, tibalah lelapkan mata.
lewat tidur, lewat pulak bangun.
subuh lebih awak di Kuching.
habis pun awal juga.
tak boleh nak ikut KL.
nanti terlepas pulak.
semalam pun 4am dah bangun.
nak kejar pesawat, nak terbang ke kuching.
sekarang ni pun belum tidur lagi..
Ya Allah bagilah kekuatan untuk aku,
bangun pagi-pagi untuk bermunajat padaMu.

Jumaat, 22 Julai 2011

Servis treadmill

tak pernah servis,
sejak beli lagi.
beli dari fitness shop,
Alamanda putrajaya.
8/5/2007.
Horizon Treadmill T122-6,
punya nama.
dah lama tu.
masuk 4 tahun.
rajin main.
beberapa bulan.
malas tengok saja.
tengok dgn simpati.
tuannya 'malas'.
tuannya tak sayang diri.
tuannya tak jaga kesihatan.
orang yg dtg servis.
semalam saja ada 6 tempat.
sibuk juga tu.

dah byk berjaya pada kami sekeluarga.
cuma main tak konsisten je.
malas punya pasal.
tak payah bagi alasan lain.

kena gunting;t/beltnya.

kat bawahnya rosak. dah haus kot.

Alamak; berabut sakan motornya. macam-macam ada, patutla.


t/belt kena ganti baru. kosnya lbh kurang rm700. lambat pulak tu..
sape-sape yang beli.
sape-sape yang ada kat rumah.
sape-sape sayang tubuh.
gunakanlah, jgn dok berabut.
bila sakit, sesal pun dah tak guna.
penyakit datang kita tak sedar.
tahu-tahu dah parah.
kosnya lagi banyak kena..
beringat sebelum kena.
 
aku dah rasa.
kos ubatan bukan sikit.
rabu lepas,
aku ke bertam penang,
ambil ubat.
kencing manis dan gout,
cecah rm 550.
itu untuk sebulan.
sampai bila..
aku tak tahu...
aku tak tahu...


 

Khamis, 21 Julai 2011

Hari ini...


sepanjang hari,
rehat-rehat sambil habiskan buku.
bangun pun agak lewat tadi.
lepas subuh sambung tidur lagi.
ganti tidur yang tak berapa nak cukup.
bukan itu saja, 
sikit kepenatan sedikit semalam.
dah 1 bulan tak ke sana.
sampai dari penang jam 3lebih.
apa yang bagusnya,
aku masih mampu bangun 
awal untuk sujud pada Allah.
itu pun dah azam betul-betul, 
siap kunci jam lagi.
takut terbabas.

kat safira club.
sempat juga sembang,
cite meniaga.
target dah buat,
tapi selalu je dapat kurang.
sikit kurang ok,
tapi ini agak jauh.
dah 2,3 bulan jadi lagu tu.
mana silapnya.
kalau ikutkan berdemo banyak.
rakan kongsi yang aktif meniaga pun ramai.
demo tak kurang, malah lagi kerap.
punch je yang kurang.
mana silap.
apa penyebabnya.

leader bantu buat demo.
sana gi, sini tunggu.
tak cukup masa.
tak cukup kaki tangan.
kenapa tak belum,
bom!bom!bom!

bagi aku demo penting,
follow up juga penting.
soalnya sape perlu follow up.
kita ke atau rakan kongsi.
kita dah demo,
follow up rakan kongsi.
soalnya,
dia buat ke tidak.
reti ke tak reti.
pandai ke tak pandai.
berani ke takut.
nak follow up, 
kena cakap apa.
malu!malu!
segan!segan!
kita nak follow up boleh.
tapi prospek kenal rakan kongsi.
susah.
keliru.
mahu tak mahu kita juga kena.
kalau tak tak jadi join.
terlambat follow up.
terlambat kutip dokumen.
terlambat urus dana.
dah sejuk.
baru nak follow up.
rugi je bro.

alasan jauh dah mula keluar.
tak boleh tunggu kat makbul lagi.
proepek tak nak gi,
jauh.....
kena ubah strategi kot.
pikirlah mana yang patut.

demo hari ini,
esok terus urus dana.
masuk duit terus punch.

ada juga yang bagus buat kerja.
tapi tang tak jadi join,
setelah duit dah masuk akaun.
mulalah berjuta alasan.
mulalah buat perangai tak angkat call,
tak balas sms, sibuk tak boleh jumpa.
bukan rezeki kita,
kalu lagu tu.
nasi nak masuk mulut,
boleh jatuh lagi,
kalau bukan kita punya rezeki.
penyelesaian terbaik cari lain.
cari lagi.

 

Wow...

Maghrib di Lebuh Raya Plus.
Indahnya pandangan langit.


Banyak Masa Terbuang...

17/7/2011
ahad.
plaza tol seremban.










hanya 2 lorong yang ada.
lorong smart tag pun tak ada.
kereta berjujuk-jujuk.
hampir 1km.
dok tersangkut-sangkut.
banyak masa terbuang begitu saja.
rugi besar.
hanya nak bayar tol.

keadaan plaza tol seremban arah selatan.
Powered By Blogger