Jom Follow

Khamis, 26 Ogos 2010

Gulai Bate keladi + udang

menu utama hari ini khamis. 26/8/2010. dah lama tak makan gulai keladi dengan udang. nampak sedap je tu. ni cdm masak sendiri.
batang keladi siap dipotong. beli kat pasar sungai besi
menyelerakan. udang segar.
ubi keladi kena rebus dulu, cepat eempok.
labu ni nat wat siro.
cdm masak sendiri. walaupun sibuk sempat lagi masuk dapur. main campak-campak je. siapa yang dah biasa tahulah bagaimana rasanya. malam ini nak buat kelas pengukuhan lagi. hebat. tak penat ke.

menu kami sekeluarga hari ini. sungguh menyelerakan. tak sabar nak berbuka. mudah je dan jimat. tak payah gi ke bazar ramadhan.

Cukai Pendapatan.

Meniaga bersama AT 181, bukan untuk senang diri sahaja, tapi kita juga menyumbang kepada pendapatan kerajaan. cukai pendapatan. sepanjang 10 tahun berniaga bersama AT, dah lebih rm400K dibayar kepada kerajaan.

untuk tahun lepas saja, kena RM36K. sebab itulah kerajaan kena galakkan rakyatnya berniaga. baru dapat cukai yang banyak. beri kemudahan pinjaman. sistem latihan yang sistematik, berterusan dan berkesan. apa yang berlaku, asal buat je. tak sungguh-sungguh bantu.

kena bayar.dah bayar. lega. tak ada hutang. ada pun sikit lagi.

lagi ramai warga AT income besar, lagi banyak kerajaan dapat dalam bentuk cukai pendapatan. bantulah kami.

Usaha AT.

AT sedang perkemas dan penambaikan terhadap aktiviti/program/roadshownya untuk lebih ramai lagi;
  • perolehi income melebihi gaji.
  • dapat setahun gaji sama dengan bonus sebulan.-lagi ramai lagi seronok.
  • dapat mengerjakan umrah dan haji.- dengar cite AT ada projek mengerjakan umrah dalam bulan ramadhan tahun depan. nak sertai mesti menabung rm1000 sebulan. sendiri simpan atau bendahari yang tolong simpankan.
  • jadi cdm tahun 2010.
  • jadi idola AT.
  • layak pakej melancong yang ditawarkan oleh syarikat.
  • mahir dalam pengucapan awam.-mesti berani. siapa pun akan gabra, lama-lama dah biasa. kena selalu buat. latih diri, dalam meeting group dulu. bila dah ok meeting AT pun boleh bercakap meletup-letup.
  • mahir dalam komunikasi.-kemahiran ini menjadikan kita lebih berharga/disayangi/dibanggakan oleh rakan kongsi. mula tu memang biasa-biasa, lama-lama akan jadi hebat jua. sentiasa tambah ilmu.
  • menjadi motivator AT.- jangan menolak jika diberi peluang dan buat yang sehabis baik.
  • pemimpin yang serba boleh. ada kemahiran/skill extra dari orang lain. kena sentiasa tambah skill baru. jangan dok takat lama. meniaga pun susah nak kembang. berlumba-lumba tambah skill/ilmu agar kita jadi lebih hebat lagi.
  • mempunyai pasif income dari aset yang dimiliki.
  • orang muda yang mempunyai pendapatan yang kukuh. rm10k ke atas.
projek terbaru ialah jom dapat duit raya. program ini akan diadakan pada 31/8 nanti. kad-kad jemputan boleh dapat dari cdm-cdm. gunakan untuk ajak rakan baru.
program aroma terapi minda- melahirkan lebih ramai yang mempunyai minda jutawan. akan diadakan di melaka pada pagi ahad ini. jangan lepaskan peluang hebat ini. bawa rakan kongsi anda. pasti dapat sesuatu yang terbaik buat kita semua. meniaga menjadi-jadiiiii.

Ustaz Ghazali Ibrahim

ustaz ghazali ibrahim sudi berkongsi ilmu dengan warga AT 181. semoga dengan perkongsian semalam kita dapat manfaatnya.menjadikan kita lebih fokus pada meniaga dan jangan lupa tanggungjawap kita sebagai manusia. cari yang halal dan gunakannya ke tempat-tempat yang halal juga. walaupun sibuk tapi tetap datang juga ke majlis AT semalam. katanya dalam jelajah malaysia bersama TH Travel. tapi semalam rehat, pasal ada ceramah di AT. lepas ceramah semalam terus ke KT. tengahhari ada ceramah pasal haji. terima kasih atas perkongsian.
dengan perkongsian semalam, menjadikan kita lebih bersemangat berkerja. cari duit sebanyak-banyak dan berlumba-lumba buat kebajikan. kita tinggalkan sesuatu yang bermanfaat selepas kita mati. ilmu yang bermanfaat. jadi orang yang kita ajar/bimbing tu akan bimbing orang lain pulak. kita pun dapat sahamnya. dalam mlm ini memang berlaku. jangan kedekut ilmu. ada je yang baik berkongsi. kalau menjadi ilmu tu, sama-sama dapat rezeki. orang lain tak ambil pun rezeki kita.
beberapapa leader AT yang sempat bergambar dengan ustaz. sejam rasa sekejap sangat. tak ada yang balik walaupun ceramahnya bermula jam 11 sampai 12 lebih. terpegun dan teruja dengan pengisian ceramahnya. dalam ceramahnya disentuh pasal kelebihan bulan ramadhan. setiap amalan sunat, pahalanya seperti amalan wajub dan setiap amalan wajib pahalanya 70x ganda. rebutlah peluang termahal ini. tahun depan belum tentu kita dapat bertemu lagi.                   



    
si kecil pun boleh datang.
bangganya dapat bertemu dengan cdm hebat.
belum mengerti apa yang orang cakap. tapi .......

saja-saja

beberapa soalan yang boleh dipakai;
  • pernahkah terpikir nak dapat pendapatan tambahan?
  • pernahkah pikir, bagaimana kehidupan kita selepas 5 tahun dari sekarang.
  • pernahkah pikir, apakah impian kita yang mustahil tercapai dengan kerja kita sekarang.
  • apakah impian anda?
  • kami ada cara boleh bantu anda dapat apa yang anda mahu dan capai impian anda.

sekadar renungan1

sentiasa bersedia untuk berdemo, setiap masa. tool kena bawa sentiasa. jumpa prospek bila-bila masa. ada yang jumpa tanpa dirancang. ada juga yang sentiasa bawa salinan cek. mana tahu terjumpa kawan tanpa dirancang.boleh tunjuk terus, tak payah jumpa lain kali.
jayakan rakan kongsi adalah kerja kita. nak jayakan mereka kita mesti ada ilmu dan pengalaman. bukan boleh mahir dalam sehari dua. memakan masa yang lama. jangan jemu bertanya dengan mentor.

bersedia untuk belajar dan mengajar. ramai yang suka mengajar tapi tak suka belajar. meniaga pun ikut suka hati je.
kita adalah apa yang kita pikir. pikir boleh, pasti kita boleh. pikir dan cakap apa yang kita nak capai sahaja. sebut berulang-ulang apa yang kita nak jadi.

bersedia untuk berubah dan terima perubahan dengan positif.
setiap tahun boleh pergi mengerjakan haji dan umrah. satu solat di masjidil haram bersamaa dengan 100 ribu kali kalau bersolat di tempat-tempat lain. kalau tak ada duit mana mampu ke sana setiap tahun, kalau Allah pilih. kalau dapat pergi pun dah berusia lanjut.

bersedia menjadi kaya. ramai yang tak bersedia jadi kaya. melihat kekayaan dari sudut yang negatif. entah apa-apa yang dok cakap pasal kekayaan. orang kaya kerana menipu. ada yang dok bagi nasihat. harta yang diperolehi banyak itu akan ditanya dari mana dapat dan kemana dibelanjakan. padahal sikit pun akan disoal oleh Allah juga. pelik sungguh manusia. Allah nak kita kaya sebenarnya. lihat sejarah semasa pemerintahan khalifah umar abdul azizi, tak ada orang yang boleh terima zakat. hebatnya ekonomi mereka.

8 sahabat yang dijamin syurga di dunia ini adalah ahli perniagaan. mereka kaya. tapi kenapa zaman kita orang kaya dipandang serong dalam masyarakat. tok-tok guru dok mengajar di masjid-masjid pun negatif dengan kekayaan. walaupun tak semua. tapi kesannya mendalam dalam minda masyarakat melayu. 

siapa nak bantu mereka, kalau bukan orang berada.
surau pun boleh dibina dengan derma orang ramai. kalau ada orang yang sanggup tanggung belanja semua pun tak ada hal.
kalau kita mampu, boleh bina bangunan yang lebih bagus lagi.

lihatlah kekayaan dari sudut positif. banyak yang boleh bantu, buat kebajikan, selalu ke mengerjakan umrah, bina masjid, bina surau, bina rumah anak-anak yatim. bina sekolah dan banyak lagi. nak harap pada siapa lagi kalau bukan pada orang yang berada.
tak kira kaya miskin yang terlibat hiburan melalaikan. kita dok meniaga ini, tak ada masa nak pikir hal-hal sebegini.

bukan orang kaya je yang berbuat maksiat. tak kaya pun ramai. tak ada kajian pun yang menyatakan orang kaya saja yang terlibat dengan kegiatan tak bermoral.

Rabu, 25 Ogos 2010

Hadiah Buat Anda.

dah banyak kali baca tapi masih tak jemu-jemu. masih banyak lagi yang kena ubah. masih banyak lagi kena perbaiki. susah nak ubah pemikiran. sekejap positif lepas tu hilang. sekejap yakin dengan potensi diri, sekejap tak yakin. banyak terjadi, selalu cakap negatif dengan diri sendiri. sepatutnya cakap lagi dan lagi hal-hal positif je dengan diri. aku hebat. aku pasti berjaya. aku boleh buat. aku dilahirkan untuk berjaya.aku memang boleh capai apa yang aku idamkan. dalam perjalanan hidup aku, aku mampu buat/ aku mampu miliki apa yang aku nak. aku mesti buat.
kita tak ada limit. yang ada kelemahan mental sahaja. kurang percaya pada keupayaan diri sendiri.
hari ini baca lagi. nak betul-betul paham. lepas tu boleh meniaga lagi besar. guna apa yang dibaca. dan kongsi dengan semua warga AT semua.
buku ini dah ada dalam bahasa melayu. pts yang terbitkan.
ini pun dah banyak kali habis. masih perlu baca lagi. sesiapa nak tambah income, boleh baca dan amalkan. mesti ada extra kemahiran/skill baru boleh tambah income. dalam MLM pun sama kena skill extra dari orang lain. saya dah sentuh dalam post yang baru-baru ini. menjalani meniaga bersama AT, tak mustahil kita boleh double income. berubah tapi tak lama. tak jadi habit lagi dah balik asal.
jangan malu untuk buat. bertanya pada yang berjaya. berguru dengan orang yang terbukti berjaya. jangan berguru dengan orang yang belum berjaya. nanti dapat ajaran sesat pulak. tersalah ilmu, lambat kukuh, group ramai yang mati. kenapa?
bagaimana nak cipta goal. kenapa ramai tak suka buat. dah buat tapi tak pernah capai. jadi tak payah buat. ikutlah apa nak jadi. inilah banyak terjadi. mungkin salah cara, tak diajar secara betul. atau buat tapi tak lama. cepat give up. tak bermotivasi nak terus berjuang.

tak rugi habiskan sedikit duit untuk mendapatkan ilmu. meniaga mlm memerlukan ilmu terkini. kalau tak kita akan ketinggalan. bagaimana nak bermotivasi selalu. bagaimana nak bagi inspirasi pada rakan kongsi. bukan sekadar beri motivasi tetapi menjadi pendorong kejayaan rakan kongsi. selagi kita boleh bagi ilmu selagi itulah rakan kongsi akan berguru dengan kita. kalau asyik dok dendang lagu yang sama, rakan kongsi pun malas nak berguru. jangan menyesal, bila ini berlaku.
selain menelaah buku-buku, kita boleh juga hadiri seminar,kursus berbayar. kalau ikutkan pesanan cdm otai, 4,5 bulan sekali kita kena hadirinya. kalau tak pun bergurulah dengan mentor-mentor. rakan kongsi boleh tahu, kita ada ilmu atau tak ada.
siri ini ada 3 buah. mana hilang satu. buku ini banyak sekarang.ambillah kesempatan untuk tambah ilmu. jadilah leader yang berilmu tapi merendah diri. ramai yang tak tambah-tambah ilmu. tak pelik meniaganya statik.tapi dok tanya ape sebab. ilmu tak tambah macamana nak besar meniaga.

buku ini kami baca 12 tahun dulu. dulu kulitnya lain, tapi isinya sama.
bagaimana membina rangkaian. lepas satu tambah satu. bina meniaga. semangat saja tak cukup.ilmu amat penting. keberanian juga perlu. nampak peluang dikala orang lain masih lagi kabur.
razzi armansur; buku pasal mlm dah banyak. nak dapat pun dah mudah. gi kedai buku pasti ada.minda kita kena berubah. melihat perniagaan adalah satu tuntutan yang mesti ditunaikan.Allah jadikan kita khalifah di bumi. Ciri-ciri khalifah?
antara yang saya sempat kongsi di sini.
pandangan orang kita terhadap kemiskinan;
  • buat apa mahu kaya? cukup makan pakai sudahlah.
  • usaha susah payah pun belum tentu jadi kaya.
  • lagi senang hidup miskin. tanggungjawab tidak besar.
  • kalau semua kaya, siapa yang mahu miskin?
  • lebih ramai orang simpati dan suka kepada orang miskin.

pandangan silap terhadap kekayaan;
  • bukan senang mahu kaya. kalau senang sudah tentu ramai orang kaya.
  • apabila kaya nanti lupa diri, sombong dan lupa Allah.
  • buat apa mahu kaya, susah nanti apabila kaya.
  • kalau tidak menipu, masakan boleh jadi kaya.
inilah selalu kita dengar dan mungkin banyak lagi.
  






buku-buku ini ada dalam koleksi kami!!! ada lagi.tak masukan semua. berilah masa pada diri untuk membaca setiap hari selama 15-30 minit. pagi atau sebelum tidur atau bila-bila free. jangan  buat berterusan. lepas itu, lihatlah anda menjadi terhebat dalam bidang mlm ini. semakin lama semakin hebat, semakin matang, semakin berkarisma, semakin bermotivasi. anda akan jadi idola semua orang. kita boleh perhatikan siapa leader yang sentiasa menambah ilmunya dengan yang tidak.
jangan pulak dari mula masuk,ilmu tak bertambah-tambah. jangan terkejut meniaga kita statik. mula-mula je ada peningkatan. ilmu bertambah, meniaga juga akan bertambah. 
Powered By Blogger