Jom Follow

Selasa, 7 Ogos 2012

Makin Selesa Biz PB.


Selasa.
Makin selesa biz.
Makin mudah close.
Makin ramai prospek.
Makin panjang senarai nama.
Makin kerap demo.
Makin banyak SMS masuk.
Makin kerap call masuk.
Makin panjang langkah.
Makin lewat tidur.
Makin tak cukup rehat.
Makin cepat bateri hp habis.
Makin tinggi bill hp.
Makin kerap post foto-foto kat wall.
Makin cepat servis keta.
Makin laku JTX1000.
Makin ramai datang kelas.
Makin kuat laungan go go go Taipan.

Book Excess


20120807_093923, originally uploaded by kartinimatyaakob.
9 - 13 Ogos 2012.
Khamis.
11 pagi - 9 malam.
MIECC.

2 hari lagi.
Jom pencinta buku sekalian.
Jangan lepaskan peluang berharga ini.
Tambah koleksi buku anda.
Lebarkan horizon pembacaan anda.

ATM.
Jom ke sana.
Promosi PB.

Pesan.


Pesan Saidina Ali RA.
" Didiklah anak mengikut zamannya dan bukan zaman kamu dididik."

Pesan Saidina Umar Al-Khattab RA.
" Bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 tahun ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 tahun ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka."

Isnin, 6 Ogos 2012

Agak-Agaknya Diterima Ke?

Mungkin Allah SWT membuka pintu ketaatan untuk anda, tetapi harus diingati bahawa mungkin juga Allah SWT tidak membuka pintu penerimaan. 

Bahkan Allah SWT mentakdirkan adanya kemaksiatan yang anda lakukan kemudian anda bertaubat nasuha menyebabkan sampainya amal anda ke hadrat Allah SWT. 

Kemaksiatan yang menimbulkan kehinaan dan kesedihan lebih baik daripada ketaatan yang menimbulkan perasaan bangga dan sombong. 

Ibadat tersebut terkeluar daripada penerimaan Allah SWT apabila anda berkata. "Siapa yang boleh menandingiku? Aku berpuasa dan aku melakukan solat sunat. 

Aku juga melakukan solat terawih dan solat malam. Sepanjang waktu aku bersedeqah dan memberi makan kepada yang memerlukan." 

Oleh itu, anda haruslah bersyukur apabila diberikan anugerah untuk taat kepada Allah SWT. Jangan sesekali berasa riya' dan bangga diri terhadap diri sendiri.

Aku kutip dari buku 'Rabbaniyyin Bukan Ramadaniyyin Beramal Sepanjang Masa' Karya Al-Qardawiyy

kahkahkah

Kah!kah!kah!
hi!hi!hi!

Kuantan Kami Datang!!!

SEMALAM.
Ahad.
5 Ogos 2012.
Bergerak di sekitar Kuantan.
Bimbing rakan niaga berdemo secara praktikal di lapangan.
Sempat juga bimbing 3 kali pada rakan niaga tersebut.
Nampak gayanya rakan niaga cepat belajar dan punya keinginan untuk belajar.
Paling penting berani share biz dengan prospek dan tak malu berdepan dengan prospek.
Kalau takut-takut berpuluh kali upline bantu pun masih tak boleh buat sendiri.
Kalau takut sukar untuk kembang dan bertahan dalam biz MLM.
Kalau mencapai pangkat tertinggi pun, networknya tak berkembang subur.

Plaza tol Kuantan. Singgah untuk 'jatuh hukum'.
 Kami bertolak ke Kuantan.
6.15 pagi, lepas solat subuh.
Angkut semua anak dan maid.
Sampai Felda Bukit Goh lebih kurang 8 lebih.
Jalan clear, hari cuti, boleh sikit pecut.
Masjid Tengku Panglima Perang Tengku Muhamad Sungai Karang. Demo pertama di kawasan parkirnya. Masjid tepi jalan je. Senang jumpa.
 Tinggal anak dan maid kat situ.
Kami bergerak ke Beserah.
Appointment pertama jam 10 pagi.
Jumpa kat parkir masjid sungai karang.
Nampak isi borang dan berminat.
Doakan semoga minat tu bertahan lebih lama.
Sambil tunggu prospek datang rumah rakan niaga. Sempat juga aku menelaah buku ni, milik rakan niaga. Alhamdullilah dapat beberapa ilmu baru dari buku ini. Dah masuk dalam list buku yang akan aku miliki.
Appointment ke-2 jumpa di rumah rakan niaga.
Jemput prospek datang rumah.
Prospek rakan sekerja suami rakan niaga.
Dah pakai PB, cuma nak terangkan biz PB yang betul.
Isi borang, esok urus dokumen.
Rakan niaga dah expert urus dana.
Appointment ke-3 kami semalam.
Appointment ke-3 di Kerteh.
Lepas zuhur kami bertolak dari Beserah.
Sampai Kerteh hampir jam 4 petang.
Prospek seorang guru, suaminya 'orang minyak'.
Drive ketika mengantuk, itu yang lambat sampai....
Mereka jumpa prospek, aku tidur dalam kereta.
Wow! dapat 1 jam lena, segar smeta-meta.

Ketiga-tiga prospek, aku tak tanya.
Nak ke tak nak.
Malas nak tanya.
Jarang orang tak nak, masa didemo.
Biasanya selepas tu baru tak nak.
Sejam atau sehari lepas tu, baru call tak jadi.

Habis situ, bertolak ke Beserah dan Felda Bukit Goh.
Kami berbuka puasa di rumah sepupu maid kami.
Nasib baik jugalah sempat berbuka.
Masuk rumah je, azan....

Jam 9 malam bertolak ke KL.
Singgah Mentakab.
Patin Tomyam dulu.
Sampai rumah jam 12.45 pagi...





Senyum Kambing!!

Snap kat SACC MALL.
Hari sabtu. Orang mula keluar beli persiapan raya.
Aku & CDM Kartini juga menyibok juga hari tu.
Jalan-jalan kat situ. ALamak nak parkir pun susah. Penuh.
Terpaksala parking tepi jalan, tak boleh masuk parkir.
Valet parkir pun penuh, dah tak leh masuk...
Dah pi, terpaksa cari parkir juga....
Aku nak cari buku je...

Penat memilih boleh rehat. Ada kerusi lagi kat tengah-tengah tu.
Macam-macam ada. Ikut bajet yang tersedia.
WOw! Raya. Penjual buat duit.
Aku snap foto ni dari lantai 1.
Kat SACC MALL, mungkin tak seramai PKNS.
Aku memang elak ke PKNS, nak melangkah pun susah.
Lagi pun kedai buku tak best kat sana....

Intai-intai juga harga pakaian.
Alamak, mahalnya...
Tak semua orang mampu beli.
Kalau anak ramai, berapalah bajet raya mereka.
Kena pula pendapatan kecik...

Kalau pendapatan gini.
Sedih nak bayangkan mereka sambut raya.
Kalau kerja pula seorang...



Akademi Taipan Malaysia.
Powered By Blogger