Jom Follow

Jumaat, 5 Ogos 2011

KIsah 3 Gambar.


Salam.
Jumaat.
Hari ke 5,
berpuasa.

Semalam aku ke MPH, SACC Mall, gi dengan Ddm Nizam dan Dsm Shamsul. Tak ada niat nak beli buku pun. Saja nak lepaskan ketagih je. Dah seminggu tak gi ziarah kedai buku. Tapi bila ternampak buku-buku ini. Beli ke tak? Dah nekad nak baca buku tafsir al-azhar. Kalau beli, mesti nak baca. Kalau baca buku-buku ini, bila nak habisnya buku tafsir al-azhar. Kalau tak beli, nanti tak boleh tidur. Dok teringat-ingat. Muhammad Ali Hashim tak akan kecewakan aku. Aku dah baca 2 buku tulisannya dan sering melayari blognya. Amat menarik dan menyuntik semangat untuk terus berniaga dan menjadi kaya. Bila kaya lebih senang nak bantu mereka yang memerlukan dan naikan martabat ummat islam di Malaysia. Manakala buku satu lagi itu, terpikat dengan tajuknya. Tak pernah baca buku tulisannya. Namanya popular bila menang pilihanraya ke 12. Mengalahkan Datu Seri S Sami Vellu. Tambahan dia, adalah orang yang ditahan sebelum Bersih 2.Aku dah baca sikit semalam. Ternyata menarik dan tak rugi aku memilikinya.

Apa ini? Ni aku nak cite. Garam buluh. Setiap hari aku mesti minum. Tak boleh tidak. Khasiatnya memang banyak. Aku tak nak cite banyak-banyak. Sejak aku meminumnya, ternyata kesihatan aku semakin baik. Lebih bertenaga. Lebih sihat. Gi hospital, sakit apa pun, masuk air dulu. Jantung, demam, diabetis dan banyak lagi.Air garam dulu yang dimasukkan. Ini tandanya air garam amat penting pada tubuh. Garam buluh, ini memang dibuat untuk diminum.
Kat mana ni? Apa yang dibuat? Kat Anggerik Mall. Booth untuk kembangkan perniagaan. Tempat cari kontak. Tempat tambah senarai nama. Tempat bertemu dengan stranger. Tempat untuk belajar macamana nak cari stranger. Mula-mula berniaga, cara gini banyak membantu kembangkan jaringan. Beri keyakinan untuk kita berhadapan dengan orang yang kita tak kenal.

Ramadan

Salam Ramadan.
Selamat berpuasa.
Selamat berterawih.
Selamat bertadarus.
Selamat bersedekah.
Harap semuanya selamat.

Dapat jalani ibadat puasa dengan sempurna.
Lebih baik dari tahun-tahun lepas.
Lebih berkualiti dari tahun-tahun lepas.
Mesti ada peningkatan.
Kalau tak rugilah kita,
Tapi kalau dah terbaik,
carilah mana-mana ruang 
yang boleh ditingkatkan lagi.
Aku pun mesti tingkatkan kualiti.
Anggaplah ini ramadan terakhir.
Tahun depan belum tentu kita bertemu lagi.
Semua kita dah maklum,
keistimewaan bulan puasa.
kelebihan bulan puasa.
Ganjaran amalan kebajikan dibulan puasa.
Rebutlah sebanyak-banyaknya.
Jangan biarkan iannya berlalu begitu sahaja.
Masih leka dengan kehidupan yang melalaikan.
masih leka dengan hiburan yang merugikan.

Apa peningkatan yang boleh dibuat.
bukan aku nak mengajar,
tapi sekadar berkongsi bersama.
aku pun bukan pandai/alim sangat.
sikit-sikit tu retilah juga.
aku tulis pun apa yang aku mesti buat.
aku tulis pun apa yang mesti aku tingkatkan.
hari demi hari kena buat muhasabah.
bandingkan hari ini dengan semalam.
mana lebih baik, 
kualiti puasa kita.
biasanya kita dah boleh tahu/ rasa.
hari mana yang lebih baik.
itu belum lagi,
dibandingkan dengan tahun lepas.
perbanyakkan;
solat terawih,
taubat,
baca al-quran,
berzikir,
tahlil,
tahmid,
tasbih,
solat-solat sunat.
akhirkan bersahur.
doa.
bersedeqah,
sambung silaturrahim,

elakkan pembaziran.
makanan berlebihan.
terutamanya beli kat bazar ramadan.
masa lapar semuanya sedap,
semuanya mahu,
semuanya boleh habis.
beli sikit kuih itu, 
sikit kuih ini,
nasi ayam, nasi tomato, ayam percik,
daging bakar, ikan bakar,
laksa, nasi kerabu,
mana satu nak makan.
berbuka kena air segelas dan
kuih sebiji 2 dah kenyang.
lain-lain tu bila nak makan. 
ada yang terbuang begitu saja.
ini pengalaman aku sendiri.
aku selalu gi bazar ramadan taman seri serdang.
padahal berbuka dengan nasi dan 1 lauk pun dah cukup.
sikit makan, nak solat terawih pun mudah.
bila terlalu kenyang,kadang-kadang terawih pun terlepas.
tapi bagi bermacam-macam alasan,
padahal letih kerana kekenyangan.
kena air tuak  1jag.
kena air tebu 1 jag.
kena air kelapa 1 jag.
kena air oren 1 jag.
bercerita berdasarkan pengalaman sendiri.

satu lagi kelemahan kita,
suka tidur lewat.
bila tidur lewat,
bangun sahur pun lewat.
dah lewat,
bangun pun dalam keadaan mengantuk.
lepas sahur, sambung tidur lagi.
adakalanya terlepas solat subuh.
bukankah lebih baik, tunggu solat subuh dulu,
kalau boleh bersolatlah kat masjid-masjid atau surau.
adalah lebih bagus lagi,
bangun awal, solatlah dulu.
berdoalah dulu.
lepas tu, baru makan sahur.
jadikan ianya satu rutin tetap
setiap malam.

catatan mat din yang sering lupa.







Rabu, 3 Ogos 2011

2 bungkus nasi ayam utk 9 anak.


syukur.
lepas berbuka.
nasi lemak, sambal bilis
bersama ayam masak merah
serta kangkong goreng.
sedap dan kekenyangan.
sebelum berbuka tadi,

maid aku gi hantar makanan,
ke rumah jiran setaman.
kat flat melur.
mereka berbuka puasa
dengan hanya 2 bungkus nasi ayam.
anak 9 orang,
cuba bayangkan macamana mereka bagi makanan.
sedih dengar, tapi itulah hakikatnya.
sedih, terharu.
kita kekenyangan.
mereka belum tahu lagi.
mungkin tidur dalam kelaparan.
bersahur, makan apa pulak.
kita berlebihan makanan.
syukurlah.

Ramadan- Sebelum tidur..


Salam Ramadan.
Bertemu lagi.
awal pagi.
sebelum beradu.
aku baru balik dari kelas.
belum ngantuk lagi.
sempat menulis sikit-sikit.
buat perkongsian dengan anda semua.
disamping itu asah minda juga.
kalau tak asah, berkarat nanti.
bila berkarat, susah nak kilatkan balik.
hari-hari kena guna.

kelas tadi sempat jumpa
Dsm Tengku Yuzaimi Idham.
ketanya esok keluar.
syukur,beberapa bulan berniaga
bersama akademi taipan181,
dah mampu berkereta baru.
lebih mewah dari yang dulu.
lebih mantap dari yang lama.
lebih selesa dari yang dulu.
esok kita dapat lihat.
pasti gempak.
kereta bukan nak berlagak.
kereta bukan nak riak.
tapi nak buktikan meniaga ini boleh buat.
tapi nak buktikan meniaga ini boleh berjaya.

hari ke2 puasa.
lebih bertenaga sikit dari hari pertama.
ok la, boleh wat kerja sikit.
pagi tadi, ke bangi.
ada 2 appt.
positif, tapi perlu follow up.
ramai kita, sangkut bab follow up.
demo rajin,
demo ok,
demo bereh.
bab follow up lemah.
bab follow up tak buat.
bab follow up tak reti.
orang nak join,
tapi kita kena kerja lebih sikit.
kena 2,3 kali jumpa dulu,
baru prospek jadi masuk.

jam 12pm, balik rumah.
rehat dan sempat baca buku sikit.
dapatlah ilmu sikit.
baca al-quran.
nak habis yang belum habis lagi.
ada lagi 5 juzuk.
aku mula baca,
belum bulan puasa lagi.
kena cepat sikit.
nanti rugi,
tak sampai 2 x khatam.
dah niat nak 2 x khatam.
tak buat tak habis.
kena buat. kena wajib buat.
kena bagi masa. kena ada masa.
kena kurangkan hal-hal lain.
kalau tak impian, tinggal impian.
nanti cakap tak serupa bikin.

nak berjaya.
jangan pikir gagal.
sebelum ini kita pernah gagal/tak berjaya dalam dunia MLM.
tak semestinya esok kita akan gagal lagi.
mana tahu, esok kita lebih berjaya.
kita tak buat apa yang buatkan kita gagal dulu.
mana tahu bersama akademi taipan181,
dunia bersama-sama anda.
anda jadi juara MLM.
tak mustahil.

join dan terus buat.
tak payah nak tunggu sempurna baru nak mula.
sambil buat, sambil kita belajar.
lama-lama kita pun akan jadi sempurna.
nak sempurna dulu?
siapa tahu, tahap sempurna tu.
buat pun ikut kemampuan kita.
jangan terlalu ikut rentak orang lain.
orang lain berjaya dalam masa singkat.
kita pun nak kejar,berjaya dalam masa yang singkat.
padahal kondisi kita tak sama dengan orang lain.
kita bertindak, akan sampai masanya kita akan berjaya.
asalkan tak berhenti buat dan tak berhenti belajar.

kegagalan bukan selama-lamanya.
kegagalan hanyalah sementara.
kegagalan datang sekadar menguji kesabaran
dan ketekunan kita sahaja.
semakin banyak cabaran datang,
kita semakin teguh/kuat/pandai.
mana tahu lepas hadapi prospes itu,'
kita lebih bersinar. lebih meyerlah kepandaian kita.
lebih booom kita punya perniagaan.



Selasa, 2 Ogos 2011

Meniaga Bulan Puasa.


pose.
puasa.
meniaga mlm bulan pose.
akademi taipan181
meniaga maintain.
tak ada masalah.
appt mudah buat.
orang tak sibuk keluar makan.
mudah close.
income lonjak.

kelas 
berjalan seperti biasa.
cuma mula lewat sikit.
biasanya kita solat terawih,
masjid hampir dengan tempat kelas.
kalau kelas belah malam.
kelas belah siang
iaitu sabtu dan ahad.
macam biasa.
 
ini bagi yang positif.
yang negatif, pose ni rehat je.
macam-macam alasan keluar.
kita sepatutnya lebih cemerlang bulan pose.
kita sepatutnya lebih gemilang bulan pose.
pose bukan penghalang kejayaan.
pose bukan penghalang kemenangan.
kelas malam ini.
tetap berjalan seperti biasa.
jadi aku kena solat terawih kat masjid al-falah.
lepas tu terus gi kelas.
dekat sikit, jimat masa.
datang jangan tak datang.
ambil ilmu dan semangat.

lepas kelas tu,
boleh minum-minum.
sembang-sembang sikit belum balik.
tapi jangan lama sangat.
tak sahur nanti.
rugi besar kalau terlepas sahur.
 
appt pun sampai tengahari.
habis lewat pun jam 4 -5 je.
petang sibuk nak bersiap berbuka.
orang nak sampai rumah cepat.
nak berbuka pose dengan anak-anak.
lewat sikit, berbuka dalam kereta.
demo biasanya sambung lepas terawih pulak.
sempat 1,2 lagi sebelum tidur.
kena pulun giler awal pose.
lepas 20 hari, orang dah sibuk
persiapan raya.
malas nak dengar pasal meniaga lagi.







Ramadhan-Azam Aku


Salam Ramadhan.
Bulan penuh keberkatan.
Bulan pengampunan.
Bulan turunnya Al-Quran.
Bulan dalamnya ada malam lailatul qadar.

setahun menghilang.
kini muncul lagi.
syukur kita masih diberi kesempatan,
bertemu lagi tahun ini.

azam aku tahun ini.
nak solat terawih penuh.
kalau boleh gi masjid yang buat 20 rakaat.
nak khatam al-quran sekurang-kurangnya 2 x.
nak habiskan tafsir al-quran,
buku tafsir, al-azhar,
hasil tulisan HAMKA.
aku mesti bersahur.
aku mesti solat witir setiap malam,
aku mesti berqiamullai setiap malam.
aku mesti banyak doa, zikir.
aku kena kurangkan makan.


buku tafsir al-azhar
dah lama beli, 
asyik baca sikit-sikit.
baca sikit, tak baca,
cerlang, cerluk je buat.
tak tahu bila nak habis.
tahun ini.
tahun terbaik 
untuk aku habiskan.
tahun depan belum tentu kamu 
dapat bertemu dengan ramadhan.
 
buat.
tak payah cakap banyak.
buat baru jadi, 
sekadar cakap,
tak guna.

sungguh-sungguh buat.
bukan buat main-main.

 
Ramadhan.
bukan sekadar tak makan, tak minum
lain-lain pun kena puasa juga.
lidah kena puasa.
mata kena puasa.
telinga kena puasa.
tangan kena puasa.
kaki kena puasa.


Isnin, 1 Ogos 2011

WAB


WAB, aslinya di-upload oleh kartinimatyaakob.

Wanita Anggung Bergaya.
Sambutan semakin hangat.
Tempat kian terhad.
Masing-masing nak menawan.
Cepat, dapatkan tiket,
hanya RM 10 sahaja.
Terlalu murah untuk kelas sebegini.

Sabtu dan ahad.
Di Usj Taipan.
Bukan lama pun.
Ilmu yang diberi terlalu berharga.
Powered By Blogger