Jom Follow

Jumaat, 3 September 2010

DDM Rezal; Menuju CDM



Semalam ke Safira Club lagi bersama beberapa CDM AT. Saban minggu pergi. Tak penat ke? Dah janji nak jayakan setiap yang masuk AT. Menjadi tanggungjawab. Penat hilang, bila jumpa orang nak berkerja, bila bertemu dengan nak berjaya. Sepatutnya hari rabu, tapi disebabkan perkara yang tak dapat dielakkan ditukar kepada semalam. Ke sana semalam dapatlah aku berkongsi rasa bersama dengan seorang leader hebat dari Utara. Sebelum ini kita dihidangkan dengan kisah kejayaan dan kehebatan CDM Fitri,CDM Muhamad Razali, CDM Hasmidar, CDM Mariam, CDM Abang Ali. tapi kali ini lain orangnya.

DDM Rizal- bekas pemain bolasepak Harimau Kumbang.
DDM Rizal. dah bersama AT 1 tahun 5 bulan. upline cdmnya, CDM Hasmidar.15 tahun kerja kilang Sanyo. gaji = RM 1380. anak 3 orang.pakai kereta kancil, nak jimat kos, gi kerja pakai motor je. isteri buat kuih, untuk menampung keluarga. duit sentiasa tak cukup. kena berhutang je kerja. bayarnya jarang sekali. anak nak makan kfc pun mesti tunggu masa gaji, itu pun kadang-kadang boleh, kadang-kadang ke tunggu bulan depan juga. sedih, pilu dan terkedu mengenangkan dirinya tak mampu nak menyenangkan hidup  sekeluarga. sedang diri tercari-cari peluang, menambah duit, menampung hidup. beri peluang pada diri untuk dengar perkongsian peluang di safira club. balik rumah, mata tak mahu lelap.

"inikah peluang yang aku tunggu"
"bolehkah aku buat"
"bolehkah berjaya"

sampai pagi tak tidur, teruja dan tertanya-tanya pada diri. buat ke tak buat. kalau tak buat sampai bila-bila hidup tak berubah. seperti biasa je hidupnya. nak buat, modal tak ada. mana mau cekup. esoknya bulatkan tekad, ingin berubah dan tak bertangguh lagi terus mulai ikhtiar. cari duit buat modal. sini sikit, sana sikit. dapatlah keluarkan 5 unit BA.
Setelah 5 bulan menekuni usaha bersama AT, inilah hasilnya. dah 8 bulan full time. yakin dengan MP. yakin dengan syarikat. yakin dengan AT.

setelah 5 bulan berusaha, mendung sedikit demi sedikit menjauhi dari dunianya. impian menjadi realiti. dulu tak pernah terpikir nak hidup lebih baik dari sebelum ini. syukur. peluang yang muncul cepat direbut. kalau tak......DSM dapat dan kereta baru pun dibeli. toyota wish. langkah makin jauh, poket makin tebal, impian makin bertambah. usaha lagi dan lagi.
DSM Mohamad Noor Azlan b Mat. salah seorang rakan kongsinya yang telah berjaya keluar dari kepompong dulu setelah 8 bulan bersama AT. Honda civic2.0, PJM 2181. driver JKR- driver lori. boleh berjaya. anda pun boleh.janji anda mahu.

dulu, kalau nak raya macam ini. nak beli baju raya untuk anak-anak pun kena pikir 2x. nak bagi duit pada mak pun jauh sekali. minta dengan ada. sekarang  tak lagi. dah memilikl 2 buah rumah, pendapatan 5 angka sebulan, melancong percuma. paling happy dapat merasai bersama dengan rakan-rakan kongsi. dalam rangkaianya lebih 12 kereta mewah telah menjalar di kawasan utara. nak tahu rahsianya boleh jumpa dengan insan hebat ini.


Semasa mengerjakan Umrah.




Sehari bersama hj hanim dan bili lim.
Ape cite tu? siap dgn tangan skali. pasti suatu yg  menarik.
bersedia bimbing rakan niaga, asalkan mahu.
percuma.
berkongsi apa yang tahu.
semasa akademi taipan mengadakan seminar. tak pernah tak datang. 
mesti datang.
ilmu penting untuk berjaya dan sentiasa cipta kejayaan baru.

bersama upline kesayangan. sentiasa sedia berkongsi masalah. meniaga terus menjadi-jadi.
 safira club, sentiasa ada mukanya.

hebat bergaya. mana boleh tinggal hp. meniaga tak jadi nanti. 


ddm rizal di perth.


 di KLIA. tak habis-habis cakap dgn hp.
 dalam penerbangan ke perth.

 syoknya makan.






renung masa depan.
berubah impian.
berubah penampilan.
berubah kereta.
berubah cara berfikit.
berubah sikap.
berubah nada cakap.
setelah bersama akademi taipan.
tak lama lagi akan bergelar cdm.


Semalam.
selasa, 26/7/2011.
Bertempat di Usj Taipan.
Semasa kelas, ada perkongsian dengan beliau.
Penuh kelas. Nak dengar rahsia kejayaannya.
tranformasi dari kerja kilang kepada usahawan.
pendapatannya memang berbaloi-baloi.
2 bulan terakhir dapat RM24K.
itu ramai yang terujanya.
aku pun  teruja.
sape tak suka duit.

meniaga mlm ni mudah,
tapi bukan kaya cepat.
meniaga mlm ni senang,
bukan tak ada halangan,
bukan tak ada cabaran.
tapi ramai juga yang gagal.


mlm,
bukan cepat pungut hasil.
tanam malam,
pagi kutip hasil.
tanam pagi,
petang kutip hasil.
kena ikut aturan dan perlukan masa.
Ddm Rezal. Datang dari Utara. Berkongsi kejayaan dengan warga akademi taipan181.
Penuh. Tak sabar nak dengar perkongsian dari Ddm Rezal. Bukan selalu boleh dengar dan jumpa. Seorang yang rendah diri. Tak suka menonjol. Tapi gerak kerjanya ligat. Cepat hidu peluang.
Wah!!!! datang nak ambik galaxcy rupa-rupanya. dah janji, sape-sape yang nak, kena dapat 10 pakej sebulan. hebat tu. ada yang tak nak ke??? Ddm Rezal terima hadiah galaxcy dari uplinenya Cdm Hasmidar. gilap kaca jadi permata.
Kita tunggu kisah-kisah seterusnya insan hebat ini.


Dah jadi Cdm.
Tahniah.
Usaha tanpa jemu.
Usaha berterusan.
Atasi segala halangan.

Khamis, 2 September 2010

aku tolak tuah kalau aku;


aku tolak tuah kalau aku;
berhenti.
give up.
tak datang kelas.
tak datang seminar.
mengalah.
undur diri.
banyak alasan.
tak sharing.
tak berguru.
tak bersama group.
buat strategi sendiri.
marah upline.
tak suka dline.
menyampah pada sideline.
asyik bergosip.
tak jujur pada perniagaan ini.



Aku yang bernama Aku


kadang-kadang aku terpikir, malas nak terus berjuang, berhenti lagi baik. lantaran banyak sangat rejection. banyaknya sindiran yang aku terima, terutamanya keluarga terdekat. ramainya orang yang berjanji nak datang kelas, last minit tak jadi padalah aku dah depan rumah mereka. ramainya prospek yang tak jadi masuk padahal duit dah ada. prospek aku masuk dengan orang lain, ramainya kawan yang tak nak berkawan lagi. ramainya member sepermainan dah tak nak main. geng teh tarik, dah tak suka teh tarik.

TAPI aku dah berjanji dengan diri, pasangan dan anak-anak aku, nak bahagiakan mereka, nak mendiamai rumah impian, nak beri apa yang mereka inginkan, nak gapai apa yang mereka nak, nak pergi ke mana mereka inginkan, nak sekolahkan anak-anak di sekolah yang terbaik. nak hantar orang tua mengerjakan haji. banyak lagi impian yang aku inginkan, kalau aku berhenti, kalau aku mengalah, kalau aku give up, kalau aku undurkan diri, kalau aku menyepi, bererti segala impian aku akan musnah. segala impian aku akan terkubur, segala impian aku terbang begitu saja.
 
JADI aku mesti teruskan jua, aku mesti terus berjuang sampai berjaya. aku mesti berjaya. aku tak boleh lagi undur belakang. aku tak boleh salahkan sesiapa lagi, bimbingan dah cukup, senjata dah lengkap, apa lagi yang aku mahu. aku mahu terus buat. aku mahu terus bernafas dalam meniaga ini. aku mahu terus bernafsu menjalani meniaga ini.

APALAH SANGAT cabaran dan halangan yang aku terima semua itu, kalau nak dibandingkan apa yang aku, pasangan dan anak-anak aku yang akan dapat. berbaloi-baloi kalau aku lepasi halangan itu sekarang. aku pernah tanya pada mereka yang dah berjaya. apa cabaran yang mereka hadapai sepanjang menekuni meniaga ini? sama dengan yang aku tempuhi. sekarang ini pun mereka hadapi perkara yang sama. mereka boleh lepas, aku mesti lepas juga. mereka boleh tempuh, aku pun boleh tempoh. tak ada beza antara aku dengan mereka.

ketika balik rumah dengan perasaan kecewa, prospek reject, prospek tak jadi datang kelas, kepenatan balik kerja terus buat meniaga ini. aku tatap wajah-wajah anak tersayang. terpikir aku. adakah mereka akan mewarisi kehidupan seperti aku jalani ini. banyak yang tak dapat, masih banyak kekurangan, masih tercari-cari ruang bernafas sebelum gaji,cukuplah aku yang hadapinya. biarlah mereka berjaya hidup seperti mereka inginkan. perasaan kecewa terus hilang, malah aku bertekad, aku akan terus berjuang demi anak-anak tersayang. aku akan..........

dengan penuh kerendahan hati, aku berwuduk dan bersolat. lepas itu aku tadah tangan memohon pada Ilahi. berilah aku kekuatan untuk hadapi semua cabaran mendatang. mudahkan perjalanan aku menuju destinasi, pertemukan aku dengan orang-orang positif, berilah upline-upline aku kesihatan yang baik untuk terus membimbing aku sehingga berjaya, tutup kelemahan mereka pada aku dan tunjukkan hanya kebaikan mereka pada aku. amin.

terkejut aku, bila bahu aku disentuh. pasangan aku, ternyata dia juga berdoa sama dengan aku, mengamin sama dengan aku. rupa-rupanya dalam diam pasangan sentiasa mendoakan aku. aku jadi semakin bersemangat. terasa benar pulau impian semakin dekat. ternyata aku tak keseorangan. bukan aku je yang nak tapi seluruh keluarga pun nak........kami melakar impian bersama dan tak terasa subuh menjelma. semangat tiba-tiba meluap-luap. mesti jadi.




 


Rabu, 1 September 2010

cerita bergambar

2 cdm ini tak kurang hebat. sentiasa hadiri kelas. berkongsi kejayaan dengan rakan kongsi. bergurulah dengan mereka kita tak akan rugi.

3 cdm hebat. bergaya dan pantang undur belakang. terus mara menuju puncak. sibuk dengan tugas di AT. jayakan mana yang mahu dijayakan. tolak mana yang mahu bergerak.

bawa lebih ramai rakan anda ke AT. belajar di AT, bikin cepat kaya.jangan malu dan perlu ada sikap berani je. berani berubah dan berani berbeza dengan orang lain.
hebat dan manis senyuman. beraya dengan AT tahun ini. dapat lebih keseronokan dan boleh tambah kawan lagi.
bakal cdm 2010, sentiasa berjuang bersama AT. berani keluar dari zon selesa, berjuang mencipta hidup seperti mana yang diimpikan.berjuang pun bukan seorang diri, tapi ramai-ramai bersama dengan AT. setiap masa bersedia membimbing. sedikan diri je.
ramai juga yang datang semalam terus sign borang. syukur majlis AT berjaya meyakinkan orang yang datang. perubahan mesti dilakukan kalau mahu senang dimasa-masa depan.

cdm di meja pendaftaran. kalut sikit, ramai yang datang. cdm ah hock pun ada semalam. datang beri suntikan semangat. perjuangan belum selesai.
termenung prospek balik atau tak jadi datang. next pulak. tak mengalah dengan orang tak jadi datang. ramai lagi yang bersedia untuk datang, cuma kita belum jumpa lagi je. jangan berhenti buat je.
tak leh masuk dewan.kat luar pun jadilah. dapat sembang dan kongsi masalah dalam meniaga. nak kaya mana boleh macam tu je. mesti kena ujian dulu.
dok tengok apa tu? bingkisan kejayaan AT. hebat dan kena buat juga bingkisan kejayaan pribadi, senang nak berkongsi dengan prospek.tak lama lagi cdm bakal digapai.berjuang selagi terdaya. cabaran sentiasa datang, suka atau tak suka.
CDM Fitri bersama dengan rakan kongsinya. datang dari Penang semata-mata menghadiri majils 'jom dapat duit raya percuma'. "berbaloi" kata mereka. dapat suntikan semangat dan susah nak dapat kat tempat-tempat lain. AT menyediakan ruang untuk berjaya seluas-luasnya.
happy je bang. dapat banyak ke duit raya. dapat sikit atau banyak. itulah rezeki kita semalam. lepas ini selalu-selalulah datang kelas AT. tuntut ilmu menjana pendapatan, dapat lagi banyak.
leader hebat AT. sentiasa bersedia. gempur,gempur.
di lantai pun jadi. dengar sambil makan.
lepas majlis, ada kudapan kuih raya. mana yang sempat ambil. mungkin tak cukup semalam. kedatangan di luar dugaan.
lambaian kemenangan. lambang kehebatan. tanda teruja dengan kehebatan AT.
CDM-CDM pun dapat ke? happy nampak.
berjaya bersama. kaya bersama. senang bersama. sama-sama buat.

wah ramainya orang.

seronok dapat kad-kad jemputan.



tak muat dewan. lebih 1200 orang yang hadir.
duduk kat lantai pun ramai. kerusi dah habis. semangat punya pasal. tak ada hal.
tekun mendengar.  kenapa perlu ubah paradigma.
yang ada tag kuning tu, orang first time datang. lebih 450 orang baru yang hadir, nak dapat duit raya.
dengar dan lihat peluang terhebat ini. buat bersama AT lagi cepat berjaya.
bertukar-tukar sampul duit raya. orang baru je dapat sampul duit raya.
masing-masing tunjuk sampul duit raya masing-masing.
dereta kereta yang ada semalam.

beginilah kita

sampai bila kita nak hidup begini. banyak hal kita telah ketinggalan. semakin lama semakin ketinggalan, terutamanya dalam hal ekonomi. kemaraan orang lain kita tak boleh tahan, apa yang boleh kita lakukan, kita mesti bergerak 2x lebih cepat dari mereka. rumah-rumah mewah siapa pemiliknya. rumah kedai siapa pemiliknya. penyewa di klcc, siapa orangnya. syarikat besar, siapa empunyanya. kita dah ketinggalan. mesti berubah. sekarang nilah masa terbaik.

apa perlu buat? kena keluar dari kepompong lama. kena open mind. kena ubah pandangan terhadap wang dan kekayaan. kena punyai minda kaya. bertindak/berusaha seolah-olah kita tiada tempat bergantung harap. gantung harap hanya pada Allah setelah berusaha semaksimum mungkin. ikhtiar kita lebih 100%.

langkah pertama,mesti jadi kaya. bila kaya kita boleh beri pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita. boleh tuition yang terbaik, bayar cikgu terbaik mengajarnya dan kita boleh hantar anak-anak kita di belajar di institusi terbaik dunia, tanpa bantuan kerajaan. balik nanti boleh sambung perniagaan kita.

orang lain dah lama menikmati pendidikan terbaik, kita baru nak dapat itu pun dengan bantuan kerajaan. kita tak menabung pun untuk pendidikan anak-anak. setakat yuran sekolah je yang kita mampu. lebih-lebih tak mampu. tak ada tabungan dan tak ada niat pun nak menabung. harapkan pada kerajaan sajalah orang kita. tak ada pilihan mana nak belajar. pilihan terhad. orang lain, tak ada kat sini, mereka boleh ke luar negara. pilihan tanpa had.
belajar kaya dengan orang kaya. berkawan dengan orang sama-sama nak kaya. 
Powered By Blogger