Jom Follow

Ahad, 18 November 2012

Pasar Seni.

Petang sabtu.
Aku & Aiman terjah Pasar Seni.
Kunjungi Car Book Sale anjuran Kota Buku.
Tengok orang jual buku.
Mana tahu ada buku yang bisa tawan aku punya hati.

Pi sana, naik LRT, Stesen Seri Petaling.
Malas nak drive.
Cari pengalaman baru. Pemandangan baru.
Turun di Stesen Masjid Jamek.
Menapak menuju Pasar Seni.
Perlukan 5 minit untuk sampai.

7 orang buka booth.
Buku semakin banyak.
Pilihan pelbagai.
Lepas pilih buku.
Dua tiga kali juga pusing.
Tak tahu, mana satu buku nak aku beli.
Akhirnya terbeli juga Novel hasil tulisan Salmi Manja.

Ronda-ronda Pasar Seni.
Dah lama tak masuk.
Dah berubah.
Semakin menarik.

Lari seketika dari pikir biz.
Pikir lain...

Sempat belek-belek buku ketika singgah di Subway.

Dah lama. Wajah baru. Dah lama tak datang sini. Semakin besar. Semakin pelbagai barang yang dijual.


Tunggu LRT di Stesen LRT Masjid Jamek.

Majalah WISEL tak boleh tinggal.


Perhatikan 'art sand'. Menarik untuk dihayati.
Stesen Sri Petaling. Ajar Aiman naik LRT. Mana tahu, satu hari nanti terpaksa naik LRT bersendirian.

Sabtu, 17 November 2012

Tahniah CDM Jai & CDM Yati.

Lepas maghrib semalam.
Ziarah CDM Haryati. CDM nini baru lepas bersalin.
Masih dalam pantang.
Semoga lebih sihat & dapat full swing.
Rakan niaga dah tak sabar nak ajak demo.
Kehadiran orang baru, anak ke 4 dalam keluarga,
beri booster untuk CDM Jai & CDM Haryati.
Tanggungjawab makin besar, rakan niaga sedang ramai,
hari-hari sibuk dengan biz....

Makan 25K Big Mac.

Pada 27/5/2011.
Telah makan sebanyak 25,000 Big Mac.
Mula makan Big Mac ketika berumur 17 tahun pada 17 Mei 1972.
Bagaimana Don Gorske tahu, dia telah makan sebanyak itu.
Dia simpan resitnya. Dah habis lebih USD50,000.

Pasar Tani MAEPS.

Ziarah Pasar Tani MAEPS Seri Serdang.
Bersama Kartini Mat Yaakob.
Hari sabtu 17/11/12.
Cari ikan patin & ikan talapia.
Jamu anak-anak.

Sampai awal. Banyak peniaga dok ralit susun barang. Jadi kami mengcekik dululah. Garai-gerai untuk cekik mencekik dah siap. Kami pilih Nasi Kerabu & Nasi Hujan Panas dengan kerutuk ayam kampung. Buat peminat/pencari garai-gerai untuk minum pagi boleh datang ke pasar tani.
Gerai Keris. Ramai juga peminatnya. Selain dari keris, ada juga pisau dapur dijual di sini, siap dengan batu pengasah sekali. Peminatnya boeh tahan juga ramai. Aku sekadar tengok, tak masuk otak. Ada Keris yang berharga RM300. Wow! Mahalnya bagi aku yang bukan peminat keris. Tapi bagi peminat dan tahu nilai seni keris, RM300 tak mahal sangat.

Jumaat, 16 November 2012

ATM181.

Berlari untuk berteduh dipayung ATM181.
Berlindung dari panas terik.
Berlindung dari hujan.
Satu pilihan tepat.

AQUARIA KLCC.

Hari ini.
Kami bawa anak-anak ke aquaria KLCC.
Santai sambil tambah ilmu di sana.

Tengok ikan. 
Besar ada.
Kecik ada.
Tengok haiwan lain.

Wow! ramai orang kat sana.
Seronok & teruja, anak-anak kami.
Syok tengok Si Amar.

Kami pun enjoy.
Sesekali santai dengan anak.
Lupakan seketika soal biz.
Lupakan seketika soal BV, Upline,downline, dana.

Masuk dalam aquaria tak sampai pun 1 jam.
Sekejap tapi menghiburkan.
Sekejap boleh mengejabkan lagi ikatan kekeluargaan.

Amar Tak lekat nak pegang. Asik berlari sana, berlari sini.
Antara foto yang sempat aku snap. Tadi tak banyak snap foto. Gelap. Kamera cap ayam.
Keluar je aquaria terus kasi milo & biskut. Amar kelaparan. Banyak pakai energi dalam aquaria.
Pizza hut  jadi pilihan hari ini..
Bila penuhi apa hajat anak-anak.
Nak teruskan aktiviti biz pun senang.
Tak ada komplen-komplen lagi.

Cas Energi Di Safira Club.

Dah 2 minggu berturut-turut kami menerjah Safira Club, untuk berkongsi energi & cas energi. Energi boleh tinggi, boleh rendah, boleh naik, boleh turun. Kadang-kadang boleh hilang semua sekali. Jadi pandai-pandailah cas energi. Nak maintain energi pada tahap tertinggi bukan mudah. Mereka yang punya impian luar biasa sahaja yang mampu maintai energi pada tahap tertinggi dalam jangka masa yang lama. Kalau jenis yang biasa-biasa, kena kerap cas energi. Kalau tak asyik layu. Kalau tak asyik moyok. Kalau tak asyik slow. Kalau tak asyik beralasan sahaja. Kena sentiasa cas. Salah satu tempat paling bagus untuk cas energi ialah kelas-kelas ATM181. Selain itu juga, bersemuka dengan Mentor yang berenergi. Boleh juga ikuti blog-blog leader. Ikuti fb dan banyak lagi. Jumpa leader, jika berkesempatan. Jangan segan nak buka mulut, bila bertemu dengan leader. Kadang-kadang leader tak tahu, apa yang kita nak tahu darinya.
Berguru semakin kerap untuk maintain momentum biz ketika cabaran mendatang. Berbagai biz tumbuh di luar sana, mencabar kita punya momentum.

Kami dah janji dengan diri dan CDM Fitri. Cuti sekolah nak turun ke Safira Club. Ikuti kelas kat sana. Selalunya kami ikuti kelas dari jauh sahaja. Kami kena tahu, rentak biz. Adalakanya kami kena turun. Ada ketikanya kami tak turun. Paling penting momentum biz mesti tinggi. Momentum biz mesti naik. Momentum biz mesti tip top. Ada ketikanya momentum biz terganggu oleh cuaca sejuk. Ada ketikanya momentum biz terganggu dengan cuaca panas. Momentum biz agak kacau sikit. Bila ada gangguan dari luar. Gangguan yang kita tak jangka. Datang ketika kita bizi biz. Tak sangka gangguan datang, kacau momentum. 

Semalam. Safira Club hangat. Hujan x halang kehangatan mereka yang hadir di Safira Club. Cas energi, tambah energi, kongsi energi. Sempat juga aku sembang dengan beberapa leader dalam pembikinan. Beri sikit kata-kata semangat. Kongsi sikit ilmu. Kongsi sikit apa yang aku tahu. Perancangan mesti ada kalau nak berjaya dalam tempoh yang kita tetapkan. Kalau tak ada target, biz ikut jadi, memang tak jadi. Kalau jadi pu lambat. Kalau cepat jadi, tapi cepat layu. Target mesti ada. Baru senang nak kerja. Baru senang nak kira, dekat & jauh dari target. Target bagi energi untuk kita bekerja. Bila ada target, kita tahu, berapa orang kita mesti jumpa seminggu. Berapa orang kita perlu call, nak buat appt.

Kami ke sana bersama DSM Azzad. Sepanjang perjalanan pergi dan balik. Banyak ilmu yang kami dapat. Terima kasih DSM Azzad. Kami bertolak jam 4 petang dan sampai ke rumah kembali jam 3.15 pagi. Perjalanan yang mengujakan. Perjalanan yang tidak menjemukan. Perjalanan menambahkan ilmu kami. Perjalanan yang top up kami punya energi.
Semasa perjalanan balik. Singgah di Plaza Tol Kuala Kangsar. Ambil Yus, kawan DSM Azzad. Kat situ ada orang ofer durian. Apa lagi belasahla... Dari Yus pun kami dapat belajar. Rajin bertanya, dapat banyak ilmu. Punya potensi untuk berjaya.
Sempat sembang ilmu dengan SSM Mohamad Azhar. Cabar bulan ini, dapat DSM. Potensi ada. Alasan jangan ada.
Bio Velocity Sleep Mate huru harakan Safira Club malam tadi.
Extra energi. Extra rajin..

Powered By Blogger