Jom Follow

Isnin, 22 Oktober 2012

Resepi Ikan Patin Masak Tempoyak DDK.

Ikan Patin Masak Tempoyak resepi air tangan isteri.
Entahla sesuai ke tidak.
Malam-malam buta aku pos entri ini.
Jangan pula ada yang masuk dapur.
Masak ini punya menu....

Dah gian sangat pun.
Tunggu sampai esok pagi...

Aku saja.
Nak kongsi dengan anda di luar sana...
saja minta isteri kongsi resepi ni.

ringkas saja..
20 minit dah siap.
Bahan dan cara masak....
1 ekor ikan patin {beli tu terus saja minta potong  siap2}
kunyit hidup sebesar ibu jari
cili padi 10 biji
tempoyak satu senduk
daun kesum 50 sen
caranya mudah
blend kunyit + cili + masukkan tempoyak + 5 gelas air + daun kesum
panaskan sampai mendidih....
masukkan ikan....10 minit
masukkan garam...tunggu sampai kuah pekat
siap.

Pesanan: Jangan lupa masak nasi..

Dah siap boleh bedallah..hi!hi!hi!

Ahad, 21 Oktober 2012

Bye!Bye!Bye! XXXX KU!

Saja-saja aku nak kongsi. 
Tak kongsi pun tak apa.
Tak terjejas pun aku & biz aku.
Tapi aku rasa nak share je kat sini.
Gatal tangan nak ketik ini punya laptop.
Kalau baca, terima kasih.
Tak baca, aku tak boleh paksa.

Kisahnya ringkas.
Sikit je, tak sampai 1 muka surat je.
Bukan pasal aku. Tak ada kaitan langsung.
Juga tak ada kaitan dengan CDM Kartini.

Kisahnya bermula begini.
Adalah seorang hamba Allah tu.
Dah lama berbiz PB.
Dah bergelar XXX.
Sales meletup-letup.
Ribu-riban sebulan dapat.
Tak payah buat kerja lain lagi.
Cukup je dengan biz PB sahaja.
Berteduh di bawah pohon yang kukuh(kononnya)
Kat situ ramai yang hebat-hebat.
Pangkat otai-otai kat situ, tak ada dalam senarai pangkat syarikat.
Buat-buat pangkat.hi!hi!hi!

Aku dengar kisah terbarunya.
Lain macam je bunyi.
Dah pindah pohon baru, buat berteduh.
Hinggakan 24/11 ni pun tak nak naik pentas.
Berpatah arang berkerat rotan.

Aku tak tahu, kenapa?
Pohon baru.
Ladang baru.
Otai baru.
Pengurus baru.
Idea baru.
Pemain baru.
Corak serangan baru.
Gol baru...
Dia datang.
Bawa downlinenya juga.
Parah! Semakin parah...otai lamanya...
Bisa Meroyan.
 
Sanggup terminat kontrak yang berbaki.
Sanggup buat kontrak baru.
Ladang baru, mentarinya lebih bersinar.
hi!hi!hi!
Bye!Bye!Bye!

Dah macam pasukan bola.
Boleh pindah/tukar pasukan.
Pilih gaji lebih besar.
Pilih coach baru.
Pilih padang baru.
Pilih Otai baru.

Nak berhijrah. Pilihlah pasukan Kelantan!!!!


Balik Kelantan Kongsi Bio Velocity.

Balik Kelantan, Khamis malam.
Semata-mata untuk kongsi kebaikan produk Bio Velocity Sleep Mate.
Balik untuk bersama-sama rakan niaga, memeriahkan kelas di Stokis Besut.
Kalau kami tak datang, mungkin mereka tak datang.
Antara mereka yang hadir. CDM Ah Hock, CDM Kelvin, CDM Rogayah, CDM Kartini, CDM Fazlan, CDM Azailani, CDM Cikgu Ali Bachik. Sikit tapi meriah. Sikit penuh debaran. Sikit penuh kejutan.
Sepanjang 12 tahun buat biz, tak pernah Mek datang kelas. Sejarah tercipta. Terus ambil Bio Velocity Sleep Mate.
Talk produk di Stokis Besut.
Hanya extra dari program syarikat.
Dah alang-alang buat kat Jertih.
Apa salahnya buat juga di Besut.
Sekali harung saja.
Satu dah CDM. Dua lagi DDM. Bakal bertapak di CDM dengan Bio Velocity Sleep Mate.
Hand bag Coach tetap ada. Khusus buat yang hadir. Lucky Draw.
CDM-CDM Otai sedang berbincang...Bincang ape?
Ajak tu ramai juga.
Datang pun ramai.
Masih ada benih-benih yang subur.
Datang pula booster terbaru ini, lagi cepat kembang.
Ramai pula yang tertarik dengan produk Bio Velocity Sleep Mate.
CDM sedang berkongsi kebaikan Bio Velocity Sleep Mate.

3 Velocity bawa ke Kelantan.
Ke 3 3 ada orang ambil terus.
Syukur! Tak sia-sia balik Kelantan.
Balik seolah-olah ambil aura dari sana untuk dibawa ke Stadium Shah Alam.

Program 2.30 minit, cukup-cukup bermakna.
Seperti hujan turun mencurah setelah kemarau panjang.
Terus terkesan pada mereka yang hadir. 

Tamat jam 10.30 malam.
Dijamu nasi lemak oleh CDM Azailani...
Masing-masing teruja dengan kehebatan Bio Velocity Sleep Mate.
Dah ada berkira-kira nak ambil pakej.
Senang nak edar. Benda molek pasti ramai yang nak. 
Tak nak tu, sebabnya kita tak pi share dengan mereka.


 
 

Sejarah Tercipta; Kelate Juara!!!

Semalam telah berakhir penantian kami sekeluarga. Langkah persediaan bermula lebih awal. Hari jumaat lagi. Lepas semi final ke-2. Selangor Vs Kelate lagi. Kami dah setkan. Nak tonton final di stadium. Nak benar-benar merasai suasana perlawanan akhir. 
Ketika Perlawanan Separuh Akhir ke-2. Selangor VS Kelantan. Mood nak tengok final kat stadium terbakar ketika ini lagi.

Pagi khamis.Bila tiket mula dijual. Aku & Aiman awal-awal lagi dah beli. Beli awal. Elak beratur panjang. Aku beli hari tu 11 keping dewasa dan 1 kanak-kanak. Kami hanya 4 tiket. 3 lagi kak ngah. 5 lagi untuk Samhan Haron.
Wow! Awal-awal lagi dah beli tiket.

Khamis malam. Kami balik Kelantan. Kami bertembung kereta bertali arus menuju KL. Bahang final telah melanda rakyat kelantan. Kami juga teruja gile. Nasib baik malam. Tak nampak sangat bendera-bendera kelantan berkibar dikereta mereka yang menuju KL. Kalau tak lagi hangat....Kami balik pun pasal ada kelas produk Bio Velocity Sleep Mate di Stokis Azailani Besut.
Sebahagian mereka yang hadir ke kelas produk Bio Velocity Sleep Mate di Stokis Azailani Alor Lentang.

Jumaat malam kami terus naik KL. Dah tak sabar. Nak tengok final. Lewat bertolak pun tak apa. Tetap drive. Tidur 2,3 kali juga. Kami masuk pintu rumah jam 6.30 pagi....Lepas solat subuh. Terus terbungkam. Jam 8.30 pagi dah bangun. Bangun dengan keceriaan dan mood happy...Maklumla tidur beralaskan Bio Velocity Sleep Mate. Sekejap dah cukup. Mood ceria tetap ada, meskipun mengantuk masih ada.
Komples Kejiranan Presint 11. Tak pernah sampai. Semalam baru sampai. Besar dan lebih lengkap kemudahanya. Tapi food courtnya kurang ceria. Gelap je dan sikit tertutup. Tak nampak dari jalan luar.

Pagi sabtu. Selepas hantar Baby ke kelas. Aku & Aiman ke Kompleks Kejiranan Presint 11. Hantar tiket bola kat Samhan. Dia breakfast kat sana. Bawa geng bola. Aku pun ambil kesempatan berbreakfast kat sana. Kena nasi belauk...Lama juga sembang. Kisah bola. Kisah terhebat hari tu. Kisah terhangat hari tersebut bagi rakyat kelantan.

Disebabkan mana-mana sahaja orang cakap pasal bola. Dari tak minat, bertukar jadi minat. Rumah-rumah rakyat kelantan di KL, jadi tempat persingahan peminat bola dari luar KL, terutamanya dari Kelantan. Singgah mandi & rehat sebelum ke Shah Alam. 

Balik dari Presint 11. Aku sambung tidur. Tambah tenaga. Biar full tenaga, tonton bola dengan keceriaan. Mood heppy untuk merai kemenangan nanati. Dari jam 11 terbungkam hingga jam 5 petang. Bangkit sekejap tunaikan solat zuhur. Lagi parah, terlupa aku nak ambil Baby dari kelas. Mim balik jam 2 baru gi ambil. Lama juga Baby tunggu. Nak buat macamana terlejak tidur....Itulah lebihnya tidur beralaskan Bio Velocity. Nak lama pun boleh. Nak sekejap pun ok. Dua-duanya kembalikan tenaga yang hilang.

Jam 6 petang. Kami anak beranak bergerak ke Stadium Shah Alam. Hampir jam 7 baru sampai. Penuh gile. Tepi jalan dah penuh keta. Tempat parkir pun penuh. Tapi kami redah juga. Nasib baik juga masih tersisa parkir buat kami. Jauh ke dalam masuk. Itu pun dah parkir double. Nak buat macamana. Lautan kereta yang masuk. Rata-ratanya penyokong Kelate. Hujan pun dah macam tak hujan. Semuanya mood gembira. Mood menang bersama mereka.
Serbu pintu 2. Tunggu sehingga dibuka. Tempat lain dah penuh.
Belum mula. Dah start. Beli tu. Beli ni...

Solat maghrib dulu. Kat parkir ada surau. Dah solat, tengok bola pun dengan tenang. Mereka dah masuk stadium. Bersolat beralaskan bendera kelate. Bola-bola juga. Solat tetap no 1. Aku pun tak sempat nak rakam gambar. Mood cari tempat duduk. Rata-rata penuh. Nak celah pun tak boleh. Kami pun tunggu kat pintu masuk Pintu 2. Kat sini, dikosongkan. Zon pemisah antara penyokong Kelate dan penyokong ATM. Mula-mula tak bagi. Kami sabar. Tunggu punya tunggu. Akhirnya dibuka juga untuk penyokong Kelate. Apa lagi serbu. Cepat-cepat menyelit. Dapat juga seat kosong. Dapatlah kami tonton bola dengan aman dan tenang. Masa ini baru jam 8 malam....Dok belakang gol. Bawah scoreboard. Belakang gol pun tak apalah asalkan dok dalam stadium. Asalkan kami jadi salah seorang dari gelombang merah semalam.
Lautan penyokong pasukan kelantan: Bukan BN Kelantan Tau.

Tengok bola dengan kenalin. Cukup-cukup mendebar. Tak senang duduk. Kat bawah ni aku share foto-foto yang sempat aku rakam. Guna HP Samsung. Ada tak jelas. Kira ok la tu. Buat kenang-kenangan kami sekeluarga. Sempena kelantan menang 3 Piala Tahun Ini. Piala FA, Juara Liga Super dan Piala Malaysia.
DDM Din turun dari Penang bersatu dengan adik beradiknya di Stadium Shah Alam.
Baby pun nak join. Sekejap je dah boring. Layan games je.
Wow! Menang juga akhirnya. Perlawanan penuh kenalin.
3-2 sudahnya. Tersenyum puas. Mood gembira.
Sebelum menuju ke kereta. Beli dulu baju. Hijau ke Putarajaya...Sokong Hijau pulak.hi!hi!hi.
Ni pula aku kutip foto-foto dari wall aku punya geng yang tonton di stadium shah alam.
Samhan bersama geng fanatik bola kelate.

Cik Ross pun ada mari.
Cikgu kita dari kelate mari tu

Sampul Duit Raya Taipan 181.

Sape masih ada sampul duit raya Taipan 181.
Lama juga aku nanti. Lama juga dok pikir-pikir.
Macamana nak dapat kembali sampul raya tertera Taipan 181.
Bukan senang nak dapat. Bukan mudah nak perolehi.
Benda dah lama. Benda tak berharga( masa tu).
Dah jadi rezeki aku, bila kami berkunjung ke rumah kakak ipar di Besut sempena pelancaran Bio Velocity Sleep Mate.
Terjumpalah ini punya sampul duit raya Taipan 181, dalam bilik aku solat.
Apa lagi terus rembatla.
Simpanlah buat kenangan.
Mungkin ramai dah tak ingat.
Mungkin ramai yang tak tahu pun.
Mungkin ramai yang belum join Akademi Taipan 181.
Cetak pun tak banyak.
Dulu tak berharga sangat, bila dah lama semakin berharga.
Ini raya puasa 2009 punya....(seingat aku)
Bertuah sape yang masih simpan..
Dulu nama group kita, Taipan> Akademi Taipan> Akademi Taipan Malaysia.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Kelantan Kalah!!!!hihihihi

Aku kat Kelantan.
Suasana panas.
Suasana hangat.
Suasana kalut....

2,3 tempat aku berhenti.
Semua orang dok sembang pasal bola.
Kedai kopi. Singgah masjid solat jumaat.
Atas pasar TM.

Bola-bola.
Situ bola.
Sini bola...

Satu kes.
Aku tertarik.
Kelantan akan kalah.
Cara cakap, konfident kalah.
Hi!hi!hi!hi!
Aku dengar je.

Dah jumpa agong.
Mana boleh kalah.
Lawan Loins IIX.
Masa tambahan sampai 7 minit.
Itu baru Presiden FAM yang datang....

Betul ke tak betul.
Aku tak berani cakap.
Anda macamana pulak???


Khamis, 18 Oktober 2012

D'Rejab.

Minum petang bersama anak-anak.
Bersama Aiman & Ameerah, di kedai Mamak Rejab.

Roti kosong. Seorang cicah susu. Seorang cicah dal + gula.
Powered By Blogger