Jom Follow

Isnin, 25 Jun 2012

Pesan CDM Ah Hock!


CDM Ah Hock selalu pesan. Nak berniaga lama:
  1. Jangan buat tipu-tipu-tipu.
  2. Jangan buat silap-silap-silap.
  3. Jangan buat salah-salah-salah.
Semakin lama aku semakin faham apa yang dimaksudkan oleh CDM Ah Hock. Kalau buat juga, hayat meniaga tak lama. Bukan kesenangan yang kita dapat tetapi susah. Senang sekejap tapi susah yang berpanjangan. Semakin banyak salah-silap-tipu, semakin susah kita....

Apa tipu?
Apa silap?
Apa salah?

Tunggu entri seterusnya....

DUIT!


Tengok orang seperti tengok mesin ATM.
ha!ha!ha!ha! 
Duit. Duit. Duit.
Haruskah begitu?


Akademi Taipan181.


Ahad, 24 Jun 2012

Alasan!!!


Alasan-alasan dari prospek:
  1. tak minat.
  2. tak ada masa.
  3. buat dulu.
  4. tengok dulu.
  5. malu.
  6. tak penting.
  7. bincang dulu.
  8. tanya pasangan/isteri/suami/ ibubapa/tunang.
  9. tak tahu cakap.
  10. tak ada modal.
  11. malas cari orang.
  12. ramai gagal.
  13. susah.
  14. takut.
  15. anak tak ada orang jaga.
  16. tak yakin.
  17. takut kena bayar income tax.
  18. bos marah.
  19. sudah ramai buat.
  20. sudah kaya.
  21. susah jual.
  22. duit tak leh bawa kubur.
  23. tak ada sokongan.
  24. suami marah.
  25. pasangan cemburu.
  26. low class bisness/ kedai kopi punya bisness.
  27. tak ada orang/kawan
  28. tak ada pengalaman...
" Kita kena pengaruhi prospek. Bukan prospek pengaruhi kita".
Kena pandai jawab setiap alasan yang diberikan. Pandai jawab, boleh pencen awal.
Pencen bukan bererti tak bekerja, tetapi pencen bermaksud bila kita nak kerja, kat mana kita nak kerja, dengan siapa kita nak kerja terpulang kepada kita. Syoknya begini...Dengan MLM, kita dapat merasai ini dalam usia muda.

Selayang Capital....

Hari khamis malam, lepas maghrib
Kami tuju arah Selayang melalui LDP.
Bantu group DDM Syukri.
Mereka setkan appointment.
Upline tak boleh turun, jadi kami yang gempur.
Seronok bantu orang yang berubah hidup.
Seronok bantu orang yang punya matlamat dalam hidup.
Seronok bantu orang yang punya keinginan menyenangkan orang tua mereka.

Gerai depan Selayang Capital. Kat sini lebih senyap sikit kalau nak dibandingkan dengan Kedai Mamak, tak jauh dari sini. Tempat CDM Kartini convince prospek geng Selayang. Ada 3,4 orang. Sayangnya dalam tu ada yang negatif. Negatif ni biasanya lebih dominan pengaruhnya. Bisa negatifkan orang positif. Aku memilih sudut sunyi sikit, nak fokus pada aku punya bacaan. Sini lebih

Jejantas menuju Hospital Selayang dari tempat aku lepak sambil baca buku. Ramai juga pelanggang kat sini. Pelanggan boleh jadi bakal prospek. Lebih ramai, lebih bagus. Janji kita mulakan komunikasi dengan mereka.

Ini port ke-2 aku selepas gerai depan Selayang Capital. Kedai Mamak. Bukan apa, aku ke sini nak guna toilet je...hi!hi!hi! memandangkan CDM Kartini masih ralit convince prospek, aku minum dulu.hi!hi!hi!

Ini prospek ke-2. Pengalaman beberapa kali gagal, membuatkan dia lebih berhati-hati dengan MLM. Tapi tetap positif dengan peluang yang akademi tawarkan. Ingat kita tak boleh dengan masa lalu tetapi kita mesti belajar dari masa lalu. Mana tahu dengan bimbingan akademi, dia boleh terbang tinggi.


Akademi Taipan181.

Akademi Taipan181.

Kami semakin membara.
Semakin galak berniaga MLM bersama Akademi.
Semakin tinggi tahap kepercayaan terhadap Akademi.
Akademi hebat, lihat perjalanannya 10 tahun dulu dan 20 tahun akan datang.
Populasi penduduk Asean cecah 800 juta.
Apa perlu takut, tak ada prospek.
MLM bisness masa depan.
Cuma perlu ilmu produk, ilmu network dan isu-isu terkini dunia MLM.

Kenapa pilih Akademi Taipan181?
  1. Dah muncul lebih 10 tahun di Hai-O. Kini semakin kukuh. Semakin unggul. Semakin dikenali ramai.
  2. Latar belakangnya yang hebat. Leader-leadernya datang dari pelbagai latarbelakang. Dari orang biasa-biasa kepada orang luar biasa. Dari tak sekolah hingga Universiti.
  3. Berdaya tahan. Sentiasa tingkatkan ilmu, hadapai cabaran-cabaran baru. Majlis ilmu sentiasa buat.
  4. Banyak produk yang boleh bercakap di pasaran.
  5. Sentiasa ada new blood. Nafas baru. Selain itu juga, mahir pulih orang cedera, patah kaki, putus kaki, orang koma...


Akademi Taipan181.

Sabtu, 23 Jun 2012

Makan Besar Lepas MUS Sabah.

Lepas MUS.
Sebelum balik hotel.
Makan dulu, Restoran Pak Din jadi pilihan.
Bersama kami, rakan kongsi CDM Siti Rahmah Leonardo.
Aku dapat tahu, rakan kongsinya dari Tawau.
Esok baru bertolak balik Tawau.
Malam ini menginap rumah CDM Siti.
Sempat lagi menuntut ilmu dari CDM hebat Sabah.
Balik naik bas, mau 8 jam baru sampai.
Tapi itulah pengorbanan yang mesti dilakukan kalau mahu berjaya.
Pengorbanan yang mesti dilakukan kalau mahu jalani hidup luar biasa.
Pengorbanan yang mesti dilakukan kalau mahu dapat, apa orang lain tak dapat.





Ikan bakar.
Latok.
Budu.
Midin goreng.
Telur dadar.

Itulah menu tadi.
Mudah dan simple.
Tapi menyelerakan.
Kenyang dan boleh rehat malam ini.

Makan tak penting sangat.
Dapat kenal dan suntik motivasi paling penting.
Dapat menjawab beberapa persoalan rakan niaga.
Beri keyakinan terhadap bisness Hai-O.
Paling penting fokus LOPA.
Main barang besar.



Suzuki Boulevard; Teruja Aku.

Motor.
Aku jumpa masa rehat MUS KK.
Jumpa brader kita, yang minat motor.
Aku nampak, terus tegur.
'Cantik motor.'
Mesra-mesrakan dengan stranger.

WVW 2480.

SUZUKI BOULEVARD. 1.8CC.

Memang Gah. Memang hebat.

Aku abadikan foto ini bersama empunya motor tersebut.
Tuan punya motor ni Asmadi(40)
Seorang guru yang mengajar di SMK Chinta Mata, Tenom.
Asal Arau Perlis. Dah 7 tahun merantau ke Sabah.
Dah kahwin, isterinya juga seorang pendidik, asal Bachok Kelate.

Dia datang KK.
Nak ziarah anak yang sedang belajar di SMA KK. Tingkatan 1.
Bermalam kat KK, malam ini. Esok ada kenduri geng motor.

Aku sempat kongsi kisah aku buat Hai-O.
Tak berapa tahu, bila aku sebut Bio Aura.
Memang biasa dengan Bio Aura...

Aku datang KK.
Jumpa rakan kongsi...

Akademi Taipan181.
Powered By Blogger